Wednesday, February 2, 2011

komen kepada: Ingat Beijing Takde Roti Canai ke?




(Korang pergi jelah kat sini)

Salam Fickry,

Waahhh, ambik degree dalam linguistic (amender, ni?). Kira, bila dah grad, kau ni akan jadi seorang cunning-linguist, lah? Kau belajar bahasa apa kat sana? Pepehal pun, semoga kau dan kengkawan yang kat China tu sumer sihat-sihat belaka.

Bila terbaca entry kau pasal roti canai kat Beijing, aku pun teringat dua lawatan pertama aku ke negara yang sama. Masa tu aku sangatlah muda dan tak pernah lagi ke luar negara sensorang. Aku pulak tak pandai berbahasa Cina. Cina kat sana pun tak reti berbahasa Inggeris (yang fasih pun senget-senget kepala aku cuba menagkap perkataan mereka). Masalah utama ialah nak cari benda makan.

Memula ke luar negara aku fasi jugaklah pasal makanan. Aku siap bawak bekalan dari Malaysia berupa mee segera dan segala apa yang aku jumpa dalam supermarket tu dari Brahim. Pepagi dok belasah roti dan butter hotel sampai muak. Lunch tak makan. Petang balik hotel makan megi. Cuaca sejuk jadi bila makan malam tu aku memang makan tahap mentekedarah macam bukak puasa 2 hari punya. Ini mengakibatkan bekalan rangsum aku cepat habis maka terpaksalah berkelana ke luar dari kawasan (gua) hotel mencari makanan.

Well, kengkadang supplier atau kengkawan yang belanja makan, jadi, memang tak dapat nak mengelak punya. Aku biasanya akan order makanan seafood atau veggies. Kalau ada roti-roti memang aku suka. Punyalah siksa pengalaman ke luar negara padaku masa tu.

Sekarang kalau ke China, aku dah tak risau lagi sebab aku dah tau password:

Chau Fan! Puyau Chu Ro.
(nasi goreng taknak babi)

3 comments:

Dark Half said...

fickry ni blogger yg mmg mesra alam nak2 masa aku rajin bergrafik novel dulu. dia tak miss komen. dan kau bleh siap borak lg kat shoutbox sbb dia akan reply. jd x heran kalau dia ramai pengomen setia sbb fickry rajin mengomen sambil berblogwaking. aku harap kau akan singgah lagi blog aku...

sedapnya aku tengok kau membaham strawberi bersama yougurt. hepi belated birthday!

scuba, kalau chau fan takde babi takot pakai minyak babi pulak. restoran veggie dorg ok tak?

Irwan said...

nak berkira sangat, alamat aku sawan babi la dok makan salad dan roti jerrr...

Dark Half said...

kekeke..tapi kalau dah darurat takpe kan..aku tergelak dgr member termakan spring cikin

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...