Wednesday, February 2, 2011

Komen kepada: tip dapatkan komen yang banyak




Entry asal:

Assalamualaikum...

sepanjang aku berblog ni selalu aku tengok
blog yang ada banyak komen..
satu entry dia ada lebih 30 komen..
tu bagi aku satu yang sangat menyeronok kan..
jadi aku pun tertanya2 la jugak
macam mana diaorang buat ye..

kadang2 aku tengok entry simple2 je..
cerita tentang anak tengok tv je..
tapi komen mak iah..
30-40 komen..


baca lagi tips dia...

Salam Diana,

Saya suka dengan presentation tips awak yang simple. Buat dalam perenggan dan dalam intonasi bercakap. Takdelah orang ambik series sangat walaupun point-point yang diutarakan adalah series.

Saya nak berkongsi jugak beberapa pemerhatian saya semenjak berblogging ni dalam mendapatkan komen terbanyak. Saya campur adukkan antara cara baik dan tak baik dan menjauharilah kita semua cuba mengenal manikamnya.


1) Menjadi pengomen tetap di blog-blog yang ramai pengomen.

Blog ni ikut dia punya genre. Ada blog politik, agama, sosial, games, blog lucah atau sebagainya. Kita pilihlah blog yang selari jenis pembacanya dengan blog kita dan selalulah mengomen dan meninggalkan link di sana. Tricknyer ialah kita kena komen sikit entry tuan rumah dan buat orang yang baca komen kita tu nak pergi ke link yang kita sertakan. Along Tapa suka buat benda ni.


2) Blogwalkkan entry terbaru dengan title yang betul

Blogwalk harihari blogwalk. Dan kita sendiri boleh tengok macam-macam jenis ayat bloggers pakai nak kasi tertarik orang klik dia punya nick kat shoutbox tu. Ada yang pakai URL shortener sebab nak kasi surprise (atau sebab dah kena ban sebab pakai software blogwalking). Ada yang pakai ayat panas yang berbau provokasi atau suggestive. Ramai jugak yang sekadar tulis pembohongan macam 'ziarah sambil baca entry baru' atau 'tolong klik iklan kengkawan' atau you know...Blogwalkers arif sangat benda ni.


3) Cara entry ditulis

Cara penyampian entry juga penting dalam mendapatkan komen yang banyak. Sampai satu masa, blog kita akan ada pembaca tetap. Bila sudah sampai tahap ni, tuan rumah boleh mula ubah intonasi entry nya daripada sekadar bercerita dan berkongsi kepada berbincang atau emosi. Entry mestilah ditulis ke arah membuka pelbagai persoalan (kalau jenis bincangkan) atau ke arah kongklusi (kalau jenis bahas). Dan penutup entry kena ada persoalan yang perlu dijawab oleh pembaca. Ini kena jelas sebab zaman sekarang orang suka bercakap pada masa yang tak diperlukan tapi senyap bila dia wajib bercakap. Jadi, setelah menulis sesuatu entry, cuba baca balik dan check samada entry kita tu menarik komen atau sekadar umpama iklan di dinding tandas.








4) Jawab komen yang orang berikan pada kita.

Bila ada orang datang komen kat blog kita, sebaik-baiknya kita balas setiap komen tu dengan berhikmah. Hindari unsur emo atau berlagak sebab ini sifat yang dibenci ramai, wlaupun oleh mereka yang berlagak sekalipun. Aku suka style Cikgu Gedek yang faithfully menjawab setiap pengomen di blognya. Mari kita susahkan hidup dia dengan mengomen ramai-ramai sampai dia tak terjawab...

Masa menjawab pun ada trick jugak. Kengkadang kena jugak tunjuk emo dengan sesapa yang kurang ajar tu. Kengkadang orang berduyun datang blog kita bukan sebab entry kita, tapi sebab dia bergaduh dengan sapa ntah kat dalam entry kita yang satu tu. Gaduh pulak takde kena mengena laktu.


5) Komen diri sendiri banyak-banyak.

Buat cam dia ni buat. saiko betul.

6) Kengkadang tulislah apa yang orang nak baca.

Orang boleh muak bila asyik baca luahan hati kita jer. Kengkadang kita kena kreatif dan mencabar diri sendiri jugak dengan meletakkan diri dalam situasi orang lain. Cuba menulis sesuatu yang tidak ada. Entry sebegini sudah pasti menarik orang yang kita nak jadi tu. Contohnya kita buat entry pasal tampal gigi dari perpsektif doktor gigi. Lepas tu kita promo lah entry tu kat blog doktor gigi atau blog pergigian yang berkaitan, contohnya.


4 comments:

M said...

comel je.
tapi blog walking seronak tengok gelagat orang.

De Mois said...

Banyak betul gsk cerita kau ni irwan. Sory la..aku pun dah lama tak jenguk kat sini. Nice3..

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Irwan said...

Tetap terima kasih kerna masih hengat..

± said...

seorang blogwalker mahalan (bukan murahan) dapat identify blogs yg worth to read, contohnya apa yg tukangkomen buat skrg. aku discover byk blog2 hebat dari sini. dunia blogging jugak boleh diibaratkan spt ug scene. ada think tank, ada true followers, ada poser dan ada trendy

dah berminggu jugak aku tinggalkan aktiviti blogwalking secara komer-sial

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...