Entry asal:
Seronok tak mengenal Ciri-Ciri Lanun dalam Shoutbox Blog? Ok. Kali ini mari kita mengenal ciri-ciri blogger yang kemaruk dengan duit nuffnang plak. Ala. Jangan cakap kau tak tahu langsung pasal Nuffnang ni ye. Kalau tak letak iklan Nuffnang dalam blog pun I bet you know jugak lah kan Nuffnang ni company iklan yang kasi earning kat bloggers kalau letak iklan dorang. Got it? Banyak benda aku nak elaborate dengan hujah-hujah ugly truth aku ni. Bahan-bahan explicit pun dah bersedia nak keluar dari kepala otak aku ni.muahahahahaha (evil laugh with evil look)
read more...
Dear Amoi,
Aku baru dalam blogging. Aku suka blogging sebab ada nuffnang dan segala macam yang lain yang menghasilkan duit dari blog. Aku suka ramai yang baca blog-blog aku. Dan kesukaan itu aku measure dalam bentuk earning nuffnangku, supaya mudah ku diamkan ibu dan orang lain bila ditegur:
"Apo bondo kau buek dalam bilik tu dendiam, Wan? Isap ganjaaa, ko?"
Aku baru dalam blogging dan term macam nang, dang, innit, BE, cashout atau blogwalk adalah asing bagiku. Aku cuba nak catchup sebab aku membesar dalam dunia IRC dan fanzine. Internet is the future dan the future is now. Dan masa aku cuba memahami semua ini, aku mula paham kenapa ada term blogger dan kenapa blogging itu addictive.
Ada banyak sebab orang jadi taik blog. Yang kau menyampah ialah golongan yang kepoh dengan buffered earning (BE) atau cashout mereka sampai jadi TAIK benda tu. Kita parking dulu review entry kau. Kita masuk ke otak aku dulu.
Pada aku pula, dengan adanya nuffnang, ia adalah satu indeks yang menerangkan pelbagai sudut tentang masyarakat Malaysia. Salah satunya:
Nuffnang hanya mengira visitor yang datang dari Malaysia ke blog kita. Sebab barang yang diorang promo kat blog kita adalah barang yang local untuk blog kita, sahaja. Dan diorang promo ikut timing trafik paling ramai dalam sebuah hari. Umpama papan tanda kat tepi highway yang hanya memaparkan gambar bila ada kenderaan melaluinya. Iklan camni semua orang dapat. Bila ada iklan, blog tu nampak cam ada isik. Umpama seseorang kat shopping mall yang pakai baju branded. Sesetengah orang tak perlukan branded untuk kelihatan gempak sebab gaya diorang berjalan atau muka atau ayatnya memang power. Dan jika kita rasa kita tergolong dalam golongan ini, atau golongan yang pakai barang bundle contoh lainnya, rilekla.
Tanpa diorang yang poyo tu, takdelah pulak entry gempak kau yang ni.
Kembali ke review entry kau;
Antara golongan yang kau senaraikan adalah:
1) Orang yang giler buffered earning sampai tahap buat citer pasal pengiklan tu.
2) Orang yang giler trafik via gila keyword dengan me recycle isu dalam sokkabar atau media lain.
3) Orang yang aktif join aktiviti gathering nuffnang dengan niat nak ada kabel dangan nuffnang (atau nak team-up dengan blogger lain untuk main i klik u, u klik i)
Melalui entry ini, aku rasa aku nak belanja kau pekena chai sambil mendengar, apa lagi pemerhatian kau tentang blogging. Kau ni macam pihak pembangkang dalam politik Malaysia. Walaupun feedback kau tu berbunyi emo atau naive namun, ia berdasarkan pemerhatian yang valid. Dan input itu penting dalam memahami the whole picture, supaya perancangan kemajuan itu lebih teliti.
Aku dah lama berharap agar dapat bertemu secara LIVE bloggers seperti kau atau Dark Half atau para mangsa tetap kat sebelah kanan ni supaya kita boleh menge-beat the system dengan tidak terperap di rumah dengan alasan yang macam-macam (padahal pemalas).
Blogging menyuruh kita berfikiran kreatif dalam lanskap yang terhad (terhad sebab dalam Malaysia).
Ada yang blogging sebab dia nak cakap sensorang. Diorang ni aku panggil syok sendiri. Tapi golongan macamnilah paling ramai visitor dan followernya. Maka kita tau ramai yang syok sendiri dalam industri blog kat malaysia ni.
Ada yang blogging sebab ada benda yang diorang nak cakap pada semua orang. Orang camni, dia akan cuba reach seramai orang yang boleh. Golongan peniaga dan gila populariti pun dalam kategori ni gak (gila trafik). Dan tentulah diorang akan explore wal exploit segala trick yang ada dalam memenuhi kegilaan mereka.
Tapi ramai orang yang taktau what the hell is going on except joining the crowd macam aku ni. Kami mesti tetap nak letak iklan nuffnang kat blog kami. Bila dah letak, baru ada semangat nak meng update. Ada motivasi.
Tapi kengkadang sebab nak pakai duit lebih, kenalah OT sikittt...
Kitorang orang kampung hidup susah. Bukan cam akak. Duit banyak. Tak heran dengan BE-BE ni...
Sebelum bla, ikuti artikel ini:
ekselen wek. kipidap. fak komen moderesyen.
12 comments:
huhu...mcm best jerk..tp dpt duit nuffnang mmg ley best!!!
hahaha....aku suke entry ko niy...ko dulu mmbesar dlm irc ke?..samela ngn aku....thats why baru 2 bulan aktif balik blogging walaupun blog aku dh muncul dari akhir tahun lepas. irc n yahoo caht room aku dh sepi...
by the way..aku sokong kenyataan ko lebih dari kakak tu...masing2 ade hak masing2...so what..duit masing2 dapat..akak tu jeles ke hape..heheheh..jgn marah kak..tapi akak nmpak cam emo je...~saya blogger anak2 ikan je~
check out my new entry :
"wanita tak cantik macammane lak??" Entry"
kak chik 2 org kat atas ni baca sampai abes tak entry Amoi & Tukang Komen?hehe..(sori sbb suka gelakkan org)
satu je yg setuju dgn Amoi:"Orang yang giler trafik via gila keyword dengan me recycle isu dalam sokkabar atau media lain."
kalau nak review blk berita tu rasanya takde salahnya, cuma jgn la copy n paste bulat2 semata2 nak ambil kesempatan naikkan trafik
aku tak penah up entry pasal BE yg aku dpt, tapi apa salahnya org yg up entry ttg tu kalau niat bersyukur (bak kata scuba, kita bersangka yg baik jer)
pasal join gathering tu pulak, rasanya sikit sgt kot yg join dgn niat negatif.bloggers tegar biasanya suka berkenalan sesama mereka, jadi bila dpt invitation, itu la peluang diorang nak kenal lbh rapat
tipu la sape yg siarkan iklan dr nuffnang tak berminat dgn duit kan?wpun terpaksa bersengkang mata utk RM50, nilai tu dirasakan cukup besar.mungkin Amoi annoyed dgn sebilangan bloggers yg blogging TOTALLY FOR THE MONEY (entry main blasah je or copy paste tanpa sikit usaha tambahan). tapi golongan camni xkan kekal lama,kot? lama-lama sure dorg akan penat & frust..haha..
masing-masing dengan intenion masing-masing. kita sebagai manusia perlu gunakan peluang ini untuk saling memahami dan menghormati.
apa yang aku belajar; dalam blogging ni; ada yang baik, ada yang jahat. ada yang nakal, ada yang sengal. tapi kita semua sama jer..
kena tipu dek yahooddd
hai dark half....bacelah abg chik..dh bace entry akak amoi lame dah sbelum bace blog ni lagi..tapi malas nk komen..hehe..kat sini baru best nak komen..by the way...macam irwan cakapla...masing-masing dengan intenion masing-masing. kita sebagai manusia perlu gunakan peluang ini untuk saling memahami dan menghormati......haha...saya pon suke gelak..barula hidup happy..hahahah
(^_^) happy blogging
by the way saya tak kate akak amoi salah..akak amoi betul, tukang komen pon betul..dan masing2 ade hak nak bersuara n ade point of view menurut teori moral...jadi mane yg baik tu ambik as pengajaran..mane yg tak baik tu, tolak tepila..hehehehehe...
jawapan yg bagus dari Cik Hafizah kiterr...ni lah semnagat moderate yang dicanangkan oleh PM kita..semoga kita semua ambik yang pahit dan kurangkan yang manis....
haha menarik..mcm peniaga mcm kami2 ni kena la menggilekan trafik hik hik.
nama kak Zila pun dah saiko saya dibuatnya
sila teruskan ke saiko-an anda ha ha ha
hohoho.. mantap..
pehh, ikhlas betul entri. haha. aku suka.
Post a Comment