Monday, November 1, 2010

Komen kepada: Cikgu ada pilih kasih ke.....




Entry asal:


Pagi tadi zaki tak boleh ke sekolah walaupun hari ini adalah hari kedua peperiksaan akhir tahunnya, lelah dan demamnya agak kuat...setahu aku jika murid jatuh sakit pada hari peperiksaan, mereka boleh menjalani peperiksaan yg teringgal itu pada hari lain..(cikgu2 tolong jawab) ...betul ke atau tidak..

Kira2 pukul 9 pagi aku menelefon ke sekolah memaklumkan hal itu pada pihak sekolah..kebetulan cikgu kelas zaki berada di bilik darjah..takut menganggu kalau aku menelefon beliau, jadi aku menghantar pesanan ringkas memaklumkan hal zaki..bunyi SMS aku seperti mula2 tadi..

Namun hinggalah tamat waktu sekolah dan hinggalah ke saat ini tiada sepatah jawapanpun aku terima dari cikgu kelas zaki...sejam...dua...tiga..tiada jawapan..think positive...cikgu sibuk...cikgu takde kredit nak jwb atau cikgu tertinggal handfon kat rumah.....atau HP cikgu hilang....


read more...

Salam Cik Idalara,

Waaahhh...Cik Idalara menyerang payabesarpedas dengan komen-komen pendek tapi menusuk. Jadi, saya yang memakai topi 'tukang komen' dan menerjah blog Cik Idalara dan membaca entry terbaru.

Tajuk entry ini mengingatkan saya kepada zaman sekolah rendah dulu. Pada perasan saya, MEMANG WUJUD PILIH KASIH dalam industri kecikguan. Saya ialah salah seorang yang sentiasa menjadi pilihan kasih para cikgu sepanjang karier saya sebagai murid. Dari cikgu sementara dan cikgu B.I semasa di sekolah rendah, hinggalah ke lecturer Elektromagnetik dan coach basketball semasa di universiti. Sebabnya bukan sebab saya ni suka menjilat papan hitam atau belakang sapa-sapa. Atau kerana markah saya selalu tinggi. Ada pelbagai sebab dan salah satu sebab yang popular ialah saya selalu menarik perhatian guru-guru saya. Ada kalanya guru itu ingat saya kerana saya banyak tanya soalah killer. Ada juga guru yang ingat saya sebab saya suka menyampuk dan melawak masa dia baca buku teks dan suruh kami salin dan tulis dalam buku tulis kami.

Para guru adalah manusia biasa. Mereka bukan wali atau orang yang bijaksana. Ada yang menjadi guru kerana passi (passion). Ramai yang menjadi guru kerana nakkan pencen dan sebab dah tak dapat kerja lain. Apa-apapun, bila mereka dah jadi guru, mereka sudah mendapat satu title yang sangat penting dalam sebuah masyarakat. Serupa seperti title ketua kampung atau bidan atau pak imam.

Dan kita sebagai ibubapa, memang sentiasa harapkan guru anak-anak kita mengambil berat akan anak kita ni. Setidak-tidaknya pun, guru kelas mereka mengambil tahu prestasi kedatangan murid, seperti yang digambarkan dalam telenovela atau cerita-cerita masyarakat di TV.

Tapi dalam dunia globalisasi dan era klip video 3gp, para guru juga terpengaruh dengan desakan serta gaya hidup moden sehinggakan mereka juga selalu terlupa akan peranan mereka sebagai guru. Ada sampai ke tahap nama anak kita ni pun hanya mereka ingat setelah mereka menyebut dua-tiga nama anak orang lain.

Memang ia jadi begitu kerana anak kita ini tergolong dalam kelompok mediocre. Atau kerana anak kita ni low profile. Atau kerana kita ni bukan hotshot. Tetapi itu bukanlah hujah kepada kita untuk menyerkap jarangkan mereka dengan pelbagai andaian dan kongklusi pra matang. Sebagai seorang bekas guru, Puan Idalara sepatutnya menyemak silang keadaan si guru yang tak membalas SMS Puan sekiranya puan begitu pentingkan akan kedudukan akademik Zaki yang tak dapat ambik peksa pada hari tersebut. Jika kita tak puashati dengan subordinate, kita kena escalatekan ke immediate supervisornya pula. Supaya lepas ni, buka setakat Zaki ajer yang dia kasihi...

Saya suka dengan gaya penulisan Puan yang sarkastik. Entry sebelumnya ("Macamana nak tolong....") adalah satu contoh klasik bagaimana puan bijak menggunakan elemen sarkastik dalam penulisan puan. Kali terakhir saya berpengalaman dengan elemen ini ialah ketika berdialog dengan ibu saya sendiri pada petang semalam. Para ibu yang penyayang dan penyabar memang dianugerahkan dengan hikmah ini agaknya...

Saya harap puan sudi datang mengomen ke mana-mana blog saya dan segala pandangan puan amatlah dihargai dan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih.

Amacam? Kasih tak kat saya? Hehehe ;p

7 comments:

Idalara said...

Salam Irwan
wah....pertama2 kali rasa sgt terharu...berjumpa blog irwan pun tk ingat bagaimana..samaada irwan yg singgah menyapa atau akak yg menerjah dulu..dan kebetulan mood untuk bg komen dtg mencurah..dan kebetulan juga pc wktu tu agak ok..(takleh puji2 nnti dia merajuk terus hang)
terimakasih komen balas irwan yg panjang lebar...puas gak cari2 kat mana td...mungkin ada antara2 bahasa irwan yg agak tinggi untuk akak fahami..tp apa pun akak mng dapat fahami apa yg cuba irwan sampaikan...akak rasa irwan tergolong antara yg cerdik pandai dan bijak ..itu sbb gaya penulisan irwan dlm blog bukan mudah untuk difahami jika tiada penghayatan..mungkin kerana akak masih baru masuk ke dunia irwan maka akak belum dapat menjiwai sepenuhnya apa yg mahu irwan smpaikan...
akak menulis dari hati...apa sj yg terlintas akan akak lakarkan di blog..kecuali kisah2 berkaitan Agama dan para Rasul..tidaklah sepandai irwan menulis dan beribu lagi penulis blog di maya ini..

blog irwan sudah pun akak letak di senarai list blog akak..insyallah bila berkesempatan akak pasti singgah..hidup sbgai ibu dan ayah dalam satu masa membuat akak menanggung banyak komitment..so agak membataskan pergerakan BW dan mengupdate blog...

apa2 pun jutaan terimakasih menyukai cara penulisan akak...

Irwan said...

huiiiii...meromang bulu tongkok den baco komen balas dari akak ni...ada unsur sarkasm tak ni? ke ikhlas ni?

(aku nak ambik angin jap)

± said...

macam baca surat rasmi pulak komen incik irwan kali ni.terkesima saya sekejap di situ

sori kak ida, nak tumpang kepoh sekali walaupun takde pengalaman.lain la incik irwan, dia kena siap sedia sebab x lama lagi anak dia jugak akan bersekolah.

last2 apa cter kak ida?dpt feedback x dari cikgu tu?kalau usaha2 tu x menampakkan hasil, nampaknya zaki kena la berguru dgn incik irwan skill2 nak menarik perhatian cikgu memandangkan dasar pilih kasih masih berleluasa.sekian, terima kasih

Irwan said...

hehe..aku rasa kak Ida tak kisah punyer...Zaki dah OK (menurut entry tersebut). Kak Ida dah bagi surat kat guru lain kat sekolah tu.

Tips untuk menjadi kesukaan guru?

1) Dengar cakap guru.
2) Belajar rajin-rajin
3) dan yang paling power: bila tak siap kerja sekolah, pergi jumpa cikgu tu sebelum kelas bermula. Tapi jangan buat selalu. Nantiki kantoisss

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Saya bersimpati dgn kak ida tu... akak juga mengalami masalah serupa di sekolah bila anak sakit waktu peperiksaan dan sudahnya dapat markah 0 utk subjek tertentu...tapi ada beberapa sekolah ( rasanya semua sekolah kut ) di daerah akak ni yang mengeluarkan peraturan hanya pelajar yang mewakili sekolah, daerah, negeri dan yang seangkatan dengannya yang boleh dikecualikan daripada peperiksaan... Ada rasionalnya yang diberi... tapi ruangan ni agaknya tak cukup...

Irwan said...

ni lah dia sistem yang dibuat oleh bekas2 menteri pelajaran yang semuanya jadi PM sekarang...
Bayangkan apa dia dah buat kat Malaysia

tesende said...

replica gucci handbags n23 i5n21h3i67 Ysl replica bags y66 f0a53y0r52 aaa replica bags u32 a0a80h0l80

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...