Saturday, September 24, 2011

Kepada Bebudak Yang Baru Belajar Menulis

Bila kali terakhir korang naik bas?
Kengkadang gua hangin dengan korang semua. Bangkang kerajaan tapi jejak kaki ke jalanan pun tak pernah. Korang samada duk depan lappy atau tab, atau empuk dalam kenderaan semasing. Bila panas sikit, susah sikit, berkokok mengalahkan orang bergelendangan yang kat KL tu. Tapi sehangin hangin gua pada diorang,
hangin lagi gua kepada puak yang baru belajar menulis.
Tulisan mereka elok dan kemas. Orang yang menulis tetiap
jer boleh tulis kat permukaan sebegini.
Puak puak ni, selain menjadi pengiklan atau chatter tetap di pintu pintu tandas awam, puak yang sama juga sering menjadikan bangku dalam bas sebagai tempat nak test pen biru dan hitam mereka. Contohnya ialah bangku bangku bas yang gua naik ni. Lu tengok?
Peh! Dia punya pesanan tak boleh tahan...
Menurut kajian saintifik, bebudak sekolah ajer yang biasanya ada bawak pen kehuluhilir DAN berkeupayaan nak tulis huruf O dalam keadaan vertikal, apatah lagi dalam sebuah bas yang bergerak. Ini dikuatkan lagi dengan survey tidak rasmi yang mengatakan sebab utama mereka mevandal bangku bas ialah membantah paperless world dek penularan iPad dan tab sebagai hadiah kepada segala pertandingan dalam dunia ni sekarang. Kajian sejarah tempatan terhadap bangku bangku bas sekolah yang menampakkan ciri profail pemvandal yang sama juga menguatkan lagi taakulan bahawa culprit utama vandalisme sebegini adalah bebudak sekolah.
Bukti I Love You tulis kat tempat orang taruk buntut?
Pesanan gua kepada adik adik yang baru belajar menulis ni ialah, jika adik tak puas ati dengan cikgu, pakgad atau Salim sekalipun, eloklah adik belajarbelajar mengendalikannya macam orang dewasa. Adik kena bawak berbincang, bertemu face to face. Gentle. Dialog macam gentleman. Alah, paling kuat bergaduh. Biasa ar tu.
Dag naik lunyai dah sarung bangku, tu
Dan kepada adikadik yang nak mengekspresikan cinta, atau carutmarut, atau pesanan masyarakat sekalipun, gunakanlah saluran yang betul. Kita ada blog, twitter, malah FB untuk adik poke atau troll mamat yang merampas cinta hati adik itu. Bukan bangku bas. Kesian parents yang terpaksa tutup mata anaknya dari gambar klivej ala ala dewi aztec yang adik cuba lukis kat pelapik bangku bas tu.

Sebab kalau adik betul betul tak puas hati dengan bas, driver, sistem atau kerajaan sekalipun, at least pakai lah spray paint dan sembur kat body bas tu.
Kali terakhir gua mengamuk dengan bas...
Komankoman petang tu jugak adik masuk Metro. Sekian.

Selamat beramal!

2 comments:

cek chun said...

orang yg sembur bas kat bawah tu boleh datang sembur kereta aku tak?

Irwan said...

dok leh, katanya. Nak menyembur kena ada mood dan emo. BAru ada ART, katanya...

hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...