Friday, December 3, 2010

Komen kepada: Kesian Melayu

Entry asal:

Agak agak secara bangang, apa teras kekuatan melayu? bangsa yang muda tak mempunyai akar tunjang.
melayu hanya mampu menjadi kuat sekiranya mengambil islam sebagai  teras kekuatannya
Islam bukan saja agama yang indah,bersih dan suci malah kekuatan ketamadunan islam itu di perakui

 read more

Salam brutalsolo,

Entry yang gempak sebagai penyebar info tentang kesedaran kepentingan beragama Islam di dalam bangsa Melayu. Aku bangga jadi Melayu sebab bangsa ini saja yang memperlembagakan agamanya. walaupun aku sendiri semakin keliru dek keadaan negara yang semakin mengkapitalisme.

Sungguhpun peruntukan perlembagaan itu sudah ada, namun penguatkuasaannya amatlah lemah. Punyalah lemah sampaikan dewasa ini, aku pun dah tak tau samada bolehkah aku memberi salam kepada mamat berambut ala Beckham di depan aku ni. Atau patutkah aku menegur kapel yang sedang commolot di depan anak-anak aku ni.

Tak cukup dengan tu, golongan yang mensyiarkan ketayap dan janggut mereka juga nampak lebih mudah tersinggung daripada apek, machaa atau bro.

Dan yang lebih menyedihkan lagi, orang macam kau dan aku, sungguhpun kaya dengan keislaman kita, masih bergua-gua lu-lu tiap kali kita berbicara dengan bro-bro kita.

Aku taktau mana akar atau tunjangnya. Dan aku rasa pokok ini akan rebah dek ranting yang macam kita berdua. Atau dek anai-anai yang kita biarkan beranak di hati kita...

6 comments:

Ka-Ching said...

sangat logik utk diterima akal fikiran aku.

pernah skali aku tegur kapel berbangsa melayu merabe2 di khalayak umum tanpa segan silu..bleh plak diorg sound aku balik haihh...

Irwan said...

kak ching sound aper? saya pernah gak sound orang camni tapi saya sound:

"Cukup tak jari tu? Tak cukup, saya ada lagi sepuluh"

Dan diorang ketawa dan bla...

Ka-Ching said...

aku yg membacenye pon tertawa dan rase xleh blah hahahahahaha....

tegur2 biase jelah..tanye diorg tu "halal" ke dok merabe kt tmpat umum..xelok budak kecik tgk..

bleh plak menjawap "ko sape nk tegur2 kitowg..org len wat dekk je" lalu berambus dari situ.

± said...

aku sebenarnya agak risau nak komen bab bangsa ni..
melayu adalah bangsa majoriti di malaysia jadi perkara2 negatif yg dilakukan oleh bangsa melayu mudah diassociatekan dgn agama anutan bangsa melayu itu sendiri oleh non-malay/muslim yg cetek pemikiran dan tidak berusaha mengenali islam itu sendiri

kadang tu sedih jugak bila islam dilabel sebagai sesuatu yg negatif hanya disebabkan perlakuan sesetengah bangsa melayu walhal tiada bezanya dgn negara2 lain yg islam bukan agama rasminya

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dalam
terimakasih bro

Irwan said...

dark, jangan rasa semacam jika aku selalu citer pasal kaum aku. Aku taknak buat rusuhan kaum kalau aku kutuk kaum lain...anyway, feel free nak kutuk bangsa aku...sapa yang positif akan terima. sapa yang negatig, maka kita akan tahu sapa mereka...

aku akan backing kau, jangan takut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...