Friday, December 3, 2010

Komen kepada : Nasib bangsa aku

Duit Rakyat Didahulukan, Pelan Persaraan Di utamakan
Entry asal:


[malas aku nak taip balik entry asal sebab tiap kali aku copy, dia stuck kat widgeo punya iklan. Aku memang anti dengan taktik widgeo dalam mempromosi. Ni silap-silap aku komen pasal widgeo lak ni kang]

Klik di sini


Aku tertarik dengan blog ni sebab kebanyakannya adalah sajak yang bersifat peribadi. Aku juga suka sebab budak ni budak negeri. Jika ini menyebabkan aku ni dilabel kenegerian, maka pergi mamposlah sama pelabel. KahKahKah.

Salam Khairul,

Isu kenaikan harga petrol memang tidak asing lagi. Bila ia dipersoalkan, kita akan disogokkan dengan hujah boring seperti petrol di Malaysia masih murahlah, Malaysia dapat save berjuta ringgit dengan penarikan subsidilah, ramai yang jual petrol haramlah. Aku yang tak pernah beli RON97 pun terasa cam cibai bila dapat tahu akan hal ini dari blog kau. Dan sebagai bangsa Melayu yang tanpa usul periksa, aku anggap apa yang aku baca kat blog kau ni adalah berita sensasi terkini yang tak perlu disangkal lagi. Maka bermulalah komen kita pada hari ini.

Bila harga petrol naik, peniaga akan menaikkan harga barangan. Bila harga barang naik, sebenarnya nilai duit kita semakin turun. Aku tak pedulik berapa kadar tukaran ringgit berbanding dolar. Cukuplah padaku sebagai hujah bahawa harga air kencing yang nak aku curahkan nantik semakin tinggi nilainya. Baik aku curahkan kat rumah ajer sebab takmau IWK makan gaji buta.

Sebenarnya aku faham dengan falsampah menaikkan harga petrol ni. Aku juga paham bahawa duit subsidi tu lebih baik digunakan untuk benda lain. Cuma aku benci tatkala melihat lemahnya penguatkuasaan dalam mengawal kenaikan harga barangan. Umpama golongan peniaga itu lebih KUAT KUASAnya dari PENGUATKUASA. Berita dalam TV pun sekadar tangkap muat, nak tunjukkan bahawa pihak BERKUASA TAHU dan lakukan sesuatu dalam hal ini. Tak dipaparkan pulak indeks keberkesanan penguatkuasaan walaupun PM dah perkenalkan sistem KPI dalam pentadbirannya.

Kalau harga ayam setiap musim perayaan dalam SETIAP TAHUN pun tak dapat nak pantau, agak-agaknya apalah lojiknya janji mereka nak memantau benda lain? Agaknya memang betul bahawa bangsa kita ni hanya pandai mencipta dan menginovasi tapi mangkuk bab mengekal atau memperkayai. Yang boleh harap ialah bab bercakap.

Jadi, apa yang boleh kita buat? sementara nak tunggu mengundi, alamat kita semua dah bankrap. Kalau kita buat demonstrasi, kita sapa yang akan jamin kita jika kita ditangkap nantik? Kalau kita sebarkan PERASAAN ini, kita akan dituduh mengindoktrinasi. Jadi apa yang boleh kita buat?

Buat lawak jelah sebagai penghibur jiwa yang kacau...

3 comments:

± said...

aku yg masih solo mungkin tak terasa sangat akan keperitan harga brg naik berpunca dari kenaikan harga petrol sbb jaga bontot sendiri je. tapi aku agak faham perit yg ditanggung golongan pemimpin keluarga sebab aku banyak bergaul dgn kaum bapak

layankan saja...

Marhaenonymous said...

irwan:salam..terima kasih atas komen dan nasihat saudara ttg blog saya..segala nasihat,tunjuk ajar dan komaen membina yg saudara utarakan sgt saya hargai...terima kasih sekali lagi.

Irwan said...

elleh khairul...aku yang kena mintak tunuk ajar dengan ko...

dan dark, kau kena mula belajar dari sekarang sebab kau tak mampu nak belajar bila dah berkahwin. dah terlambat nantik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...