Friday, December 3, 2010

Komen kepada: Wujudkah kosong?


Entry asal:

Sesuatu yang berisi tentunya tidak sama dengan sesuatu yang kosong, namun pertanyaannya, apakah benar yang berisi itu adalah sentiasa sesuatu yang baik? Apakah kekosongan hanya bermakna sesuatu yang tidak baik atau tiada apa-apa kesan kebaikan darinya? Atau apakah kekosongan hanya berkaitan dengan kebosanan yang menyelubungi kehidupan?


read more...


Salam Cik Zarch,

Pada saya, kosong itu hanyalah garisan pemisah. Dengan kosong, saya lebih menghargai akan kesucian sebuah keberisian. Tanpa kekosongan, saya tidak ada motivasi untuk mencari pengisian. Bahkan, setiap hari saya akan bermula dengan kosong agar ekspedisi mencari hari ini yang lebih baik itu lebih mudah buat saya. Serta proses memahaminya pada malam nantik sebelum tidur lebih sistematik.

NOMBOR KOSONG umpamanya, adalah pemisah antara integer positif dengan negatif. Dengannya kita dapat menilai magnitud sebuah anu, atau mengetahui arah sebuah vektor. Tanpa nombor ini, kita tidak akan menghargai kemutlakan sebuah permulaan. Nombor 10 lebih mudah diterangkan kepada budakbudak darjah 3 sebagai permulaan nombor dua digit daripada nombor 9.99999999. Dengan nombor kosong, kita dapat buktikan secara matematik bahawa sesuatu yang dikaitkan dengan kekosongan itu tidak akan memberi apa-apa nilai. Namun anehnya, melalui nombor yang mewakili 'ketiadaan' ini juga, cendiakawan matematik lebih memahami konsep infiniti.

Intepretasi KOSONG SEBAGAI SEBUAH PERKATAAN pula membawa kepada pelbagai tafsiran. Ada yang melihatnya sebagai 'ruang'. Ada yang melihatnya sebagai 'keadaan'. Saya melihatnya sebagai sebuah 'permulaan'. Sungguhpun demikian luasnya intepretasi perkataan ini, kadangkala saya akan TERASA kewujudan emosi bila saya dilabel sebagai KOSONG setelah susah payah saya cuba tonjolkan akan keberisian saya. Namun emosi sebegini tidak saya layan sekiranya saya tak ingin terus berada dalam kekosongan yang dikaitkan dengan saya tadi...

Dalam hal realiti dan keagamaan, manusia perlu mengosongkan dirinya dari sesuatu untuk lebih menghargai sesuatu itu. Kita takkan dapat menghargai kebenaran, selagi diri tidak dikosongkan (bertaubat dari negativiti) sebelum memulakan perjalanan menuju ke arah kebaikan (positiviti). Sesuatu takkan bergerak (ke arah yang sepatutnya) jika kita tidak berupaya mengenalpasti vektor-vektor yang bertindak ke atas roh yang hendak digerakkan itu. Pendek kata, dalam hal penerokaan diripun, KOSONG itu ada NILAINYA yang tersendiri.

Secara peribadi pula, tatkala saya mengosongkan diri setiap hari, saya suka menganggap kekosongan itu sebagai tanpa warna. Dari sini, kekosongan itu akan menimbulkan segala macam rupabentuk perkara yang tersurat atau tersirat pada saya untuk hari tersebut. Semuanya akan nampak chaotic, hitam putih (kerana waktu muhasabah kita kena tau mana baik dan mana buruk) hingga ke tahap tiada satu pun yang berlaku memberi apa-apa makna. Kemudian saya akan cuba mengamati setiap butir dalam kekacauan itu. Sedikit demi sedikit, setiap hitam dan putih itu akan mula menampakkan warna dan bentuknya. Lama-kelamaan, ia akan menjadi suatu gambaran sebuah pemandangan yang biasanya mententeramkan jiwa (kerana dah paham). Dan setelah itu, barulah semua warna yang umpama pelangi itu bertukar menjadi putih. Barulah datang sakinah untuk zzzzzzzzzz....

p/s: perenggan terakhir diexplain juga di sini bagi mereka yang CGPA kurang dari 2.75

4 comments:

zarch said...

" Kita takkan dapat menghargai kebenaran, selagi diri tidak dikosongkan (bertaubat dari negativiti) sebelum memulakan perjalanan menuju ke arah kebaikan (positiviti)"

Setuju dengan kenyataan Irwan. Atas itu juga, kita perlu beristigfar setiap hari, dalam mana setiap hari perlu meluangkan masa untuk memohon keampunan kepada Allah. Hatta dalam suatu riwayat, Rasulullah s.a.w sendiri melakukannya 70X sehari biarpun Rasullullah s.a.w adalah maksum dan merupakan insan yang paling mulia dikalangan mahluk Allah.

Irwan said...

Benarrrrr

± said...

mekasih pada zarch dan irwan atas pengisian yang cukup bermakna walaupun aku terpaksa amik masa yg agak panjang utk faham secara keseluruhan. thanks for the below 2.75 CGPA tips,too..

sekarang aku faham kenapa segala pengisian positif dlm diri selama ni terasa kosong dan menuju ke arah perlakuan negatif. aku belum mengosongkan diri

Aida said...

terima kasih untuk entry ini.
sangat kena dengan kehidupan manusia secara amnya. bagaikan mendapat "sesuatu" yang amat bermakna selepas membaca entry ini. terima kasih sekali lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...