Thursday, December 2, 2010

Identiti di alam maya

Dalam dunia maya, ada yang memilih untuk menyembunyikan identiti diri. Tu sebab kita tengok ada yang taruk bukan nama sebenar, atau bukan gambar sebenar. Hanya di Asia saja banyak identiti blogger atau mamat di FB itu tiada profile lengkap. Orang sebegini takkan dilayan jika mereka di luar negara seperti di Amerika atau di Eropah. Kerana mereka mungkin stalker atau rapist atau psychotic....

Setiap punyai sebab tersendiri dalam melakukan sesuatu. Ramai juga yang tak pernah terpikirkan kenapa kenapi melainkan mereka dah memang terbiasa dengan dunia 'taknak bertanggungjawab atas perbuatan atau kata-kata mereka'.  Mereka suka hidup dalam kebebasan tanpa ikatan, bebas ke mana mereka mau pergi dan bebas melakukan apa saja tanpa mau dipersalahkan sekiranya perbuatan mereka itu menyinggung sesiapa.

Ada yang punya sejarah hitam kali terakhir mereka tampil secara terbuka.  Mungkin kerana salah cakap atau salah sangka atau kerana mereka mahu bersembunyi dari agen yang boleh membahayakan nyawa mereka atau orang yang mereka sayangi (macam adiwira pulak)...

Namun itu bukanlah satu pujian kepada yang berani tampil dengan identiti sendiri sambil mencarut-carut atau menuding-nuding secara terbuka. Mungkin ada yang respek dengan tindakan atau point yang diperjuangkan, namun, bukan semua manusia itu SAMA tahap IQnya. Ada yang nampak minuman dalam sebijik gelas. Ada yang nampak gelas. Ramai jugak yang terus memfokuskan kepada machaa yang menghantar minuman itu kepada kita tadi...

Padaku, aku lebih hargai mereka yang close to realiti. Yang jujur. Yang bila aku check profile FB, blog dan komennya, ia menerangkan sesuatu tentang dirinya. Kerana dengan cara ini, barulah masaku di dunia maya ini benar-benar terisi.

Aku mahu mengenali...Dan memahami..

7 comments:

± said...

this entry describes a lot about me.i have my own stupid reason.call me rapist, stalker or psychotic and save your time for those that close to reality (ini bukan komen emo..haha)

Al said...

call me rapist, stalker or psychotic and save your time for those that close to reality

yup, ak tlg gandakan ayat dark

Irwan said...

untuk kengkawan, aku tak berniat nak labelkan sesapa apa-apa..Entry ini sebagai percubaan meng embedkan mesej subliminal secara primitif. Nak tau tak mesej tu apa?

Cuba select semua perkataan dalam artikel ini, copy dan paste dalam MS Word. Lepas tu, identify dan susun setiap perkataan yang di boldkan untuk mendapatkan mesejnya....

Happy trying..

Hayla said...

'aku tengah boring'

Ka-Ching said...

ko boring rajin betul wat benda2 ni hahaha

Irwan said...

Bagus Hayla...maka Dark atau sesapa saja, jangan marah atau terasa...hehehe..Aku nak pergi terjah Hayla plakk

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Dunia maya apa-apa pon boleh jadi. Yang laki boleh jadi wanita dan sebaliknya. HAHA!

Keep on post bro! =)

www.klangselangor.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...