Sunday, November 28, 2010

Blogging versus berdiari

Walaupun aku BARU MULA berblogging, aku dah ada selonggok benda yang boleh aku baca dan kaji balik pasal penulisan dan keadaan emosi aku, masa entry ditulis. Ia merupakan tools muhasabah yang amat bermakna pada diriku di masa lapang kerana aku suka mencari kelemahan sendiri. Bila dah tau apa yang lemah, aku boleh baiki mana yang perlu. Atau cari orang yang boleh baiki aku. Atau sub ajer kat kontraktor Melayu.

Ada tulisan yang membuatkan aku loya dengan diri sendiri sebab kelemahanku menahan diri dari menggunakan perkataan yang tak baik macam mencarut ketika emosional, umpamanya.

ADA tulisanku yang membuatkan ku rasa macam bagus, lantas rasa amat berdosa kerana bukti akan kelemahan akhlakku itu terpampang di depan mataku. Kalau dulu, nasib baik jugaklah sebab ia dalam bentuk mastercopy zine, atau diari atau selembar kulit pokok kayu yang takde orang hingin nak membacanya. Sekarang ni, dalam dunia blogging ni, aku menghebahkan kelemahanku itu ke merata tempat dan aku pasti, amat pasti, ADA yang MEMBACAnya. Dan tahu siapa diriku. Sebab AKU punyai kelebihan sebegitu, maka sudah pasti, maklumat peribadai yang terpancar secara subliminal dalam entry ku itu, dapat diBACA oleh sesetengah dari mereka. Dulu aku kisah. Tapi sekarang tidak lageeee...

Banyak jugak tulisanku yang indah khabar dari rupa, sebab aku berminat dan bercerita pasal benda yang NAK aku amalkan, bukan apa yang TELAH dan SEDANG aku tunaikan. Tulisanku itu MENAMPAR diriku yang pada masa akan datang, sekiranya aku masih berada dalam BULLSHIT yang sama pada hari esok. Aku suka tulisan sebegini.

Tapi akibat blogging, tulisan-tulisanku jadi mendatar. Mundane. Aku dapati satu trend 'mood' tulisanku yang berubah-ubah dalam kitarannya mengikut tarikh keluar gaji. Malahan dahada jugak tulisan yang berupa 'trick' nak tarik traffic sebab aku suka dengan trend peningkatan jumlah follower dan comment, seperti yang dinyatakan dalam disclaimer di bahagian bawah sekali di blog INI.

Dan yang paling best; yang paling aku sayang; ialah blog aderberani sebab setiap tulisanku itu adalah baru. Setiap entry membawakan kembali perasaanku ketika mulamula membaca entry yang aku komen tersebut. Tiap kali baca komen dalam setiap entry itu, aku mesti terinspirasi nak buat entry baru. Hehehe.


Dan semua data yang aku dah gather dari kesemua 5 blog aku setakat hari ini, mengarah kepada satu mesej:

I'm a self centered, smooth-talking, whiny, owner of a kick-ass brain. Hehehe

12 comments:

± said...

aku penah lalu zaman2 beronline di CC.sejam terasa sekejap sgt jadi sebelum pegi tu memang aku dah siap jot down apa aku nak buat dlm notebook kecik aku tu

bila dah ada pc sendiri,aku terasa lebih santai dan mula habiskan masa berjam2 depan pc hingakan aku takde masa berkualiti utk berkomunikasi secara verbal dgn ahli keluarga.so, nampak di situ ada pro n con nya.aku bkn peminat fb dan jrg2 sgt aku berfb sbb aku seorang yg paranoid dan menganggap mak aku ejen CIA. tapi,sbg blogger yg xde hala yg tepat dan substance yg kuat utk blog yg aku signup,jadilah ia sebuah blog yg ntahapahapa

aku suka baca blog dari penulis yg warak dan tawadduk dgn ibadatnya dan apa yg disebarkan kepada blogger yg liberal tahap dewa lagi sekular

blog2 yg lain tu aku baca sekilas lalu saja, kalau tak suka aku diam, kalau rasa nak bg pendapat, aku post komen

Irwan said...

kau buatkan aku perasan la dark...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam bro
itu saja di hujung jari gua

Irwan said...

apa kata lu taip apa yang ada di hujung rambut pulak? semoga cempakamu mekar

Ka-Ching said...

ape pun blog fevret aku ttp akuskizo..

best je bace sumer blog ko scuba..bile ade update aku x sempat bace mesti rase cam xlengkap haha

Irwan said...

takde benda la kak ching...alangkah bagus jika kita berdua ada perasaan yang sama bila sehari tak baca BUKU (AL Quran)

Ka-Ching said...

**sedang cube merajinkn diri menghadap buku (Al Quran) sbb aku bercita2 nk ajar sndri ank aku mengaji...mudah2an laaaa....amin

Anonymous said...

Aku bertanya-tanya sekarang jika kita dapat berbicara tentang statistik situs Anda - volume pencarian, dll, saya sedang mencoba situs yang saya dapat membeli adspace melalui - beritahu saya jika kita bisa bicara tentang harga dan yang lainnya. Cheers mate Anda melakukan pekerjaan yang besar sekalipun..

Anonymous said...

Hanya berpikir saya akan komentar dan mengatakan tema besar, apakah Anda kode itu untuk diri sendiri? Benar-benar terlihat lebih sempurna!

Anonymous said...

replica wholesale handbags aaa replica bags replica bags china

stoorin said...

straight from the source site link my site original site a knockout post read this post here

Anonymous said...

replica bags near me moved here p7x96e6r38 replica bags manila have a peek at this site m7n24c7n92 replica bags online replica kipling bags why not find out more g2a82q7h56 aaa replica bags replica bags ru y2y89k2e47

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...