Wednesday, October 20, 2010
Komen kepada: Mencari MR/MRS Perfect?
Entry Asal:
Benarkah wujudnya Mr/Mrs Perfect?Begitu susahkah mencari pasangan yang memahami diri.Apakah sudah mati mereka yang Sempurna sehingga yang wujud hanyalah mereka yang kurang Sempurna....
Bacalah sajak dibawah ini,semoga yang membaca memahami isi-isi yang tersirat didalamnya....
Tak Perlu mencari teman secantik Balqis,andai diri tidak sehebat Sulaiman...
read more...
Salam Jib.
Aku suka entry yang ni dan mesej yang kau nak sampaikan. Apa yang aku paham; kita kena sedar diri kita sapa sebelum kita sibuk nak itu ini dari pasangan kita dan jika kita dah ada pasangan, terimalah dia seadanya...
Biasalah seorang yang tak pernah ada teman, akan sentiasa mengimpikan seseorang yang menyejukkan mata memandang dari luaran dan menyenangkan hati dari dalaman. Tapi bagi mereka yang playboy macam Asan, mereka tahu bahawa kesempurnaan itu adalah fatamorgana dalam percintaan.
Sebab fitrahnya, manusia kena berpasangan. Yang taknak berpasangan tu biasanya adalah orang kecewa dan paderi. Fitrah ini dijadikan demi keterusan spesis manusia. Kerana itulah berpasangan sejenis itu dilarang sebab TAKDE HASIL.
Tetapi dalam hal perhubungan sesama manusia atau pasangan kita, kita takbley menyukai seseorang kerana kelebihannya. Sebab setiap manusia, semakin kita hampir padanya, semakin jelaslah kelemahannya. Tambahan pula, jika kita suka seseorang kerana kecantikan atau kelebihannya, maka apa bezanya sayang kita dengan sayang orang kebanyakan yang memang akan suka kepada kecantikan?
Masalah utama dalam hubungan percintaan ialah harapan. Si lelaki mengharapkan si perempuan akan menjaga hatinya, membenarkan dia meraba tempat yang tak sepatutnya dan meminjamkan duit barang seketul dua. Yang pompuan pulak mengharapkan si lelaki dapat membaca fikirannya, mendengar tantrum periodnya setiap bulan dan mengangkat plastik mereka masa shopping. Bila ada harapan yang macam ni, maka perhubungan itu akan selalu ada pergaduhan.
Dalam percintaan, kita takleh pikir apa yang kita ndak. Kita kena selalu pikir camana nak bagi pasangan kita ni bahagia. Dalam percintaan, takde istilah'aku'. Yang ada hanyalah 'dia'.
Kita selalu dikaburi dengan istilah jodoh yang dah tertulis. Bila kawin lambat, kita kata belum jodoh. Bila dah cerai, kita kata takde jodoh. Pada aku, jodoh itu bukanlah nama orang yang kawen dengan kita tu. Jodoh itu adalah kualiti dalaman yang ada dalam pasangan kita. Kita kena cari 'jodoh' itu dalam pasangan kita. Dan untuk itu, kita kenalah bercinta. Dan masa bercinta, jangan harapkan apa-apa. Dan yang ada hanyalah Dia.
Dan bila dah kawen, 'aku' dan 'dia' tu akan lenyap bila dah ada 'mereka' (anak-anak). Barulah institusi rumahtangga jadi OK. Kot?
Aku pun masih mengkaji lagi...
Amacam Jib? Ok tak?
Labels:
Series
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment