Tuesday, September 28, 2010

Komen kepada: Apa yang ada dengan Melayu Babi?



Entry asal:

Aku baru tahu mengenai hal ini lepas aku pergi menjenguk dekat blog seorang blogger. Aku tak tahulah sama ada aku ini ketinggalan zaman ke apa. Sebab bila aku terjah pi dekat blog Melayu Babi ni aku tengok dah dua ribu lebih dah pengikutnya.

Aku cuba mencari motif dekat account ini, apa sebenarnya pengasas account ini nak. Kalau betul bencikan Melayu. Diam-diam sudahlah. Tak perlulah nak kecoh sampai macamni. Aku kecewa sangat dengan sikap sesetengah orang seperti pengasas Facebook Melayu Babi(click untuk ke facebook accountnya yea) ni.

Dia kutuk dan hina melayu dan ada juga menghina negara Malaysia ini. Dia kutuk dan hinanya melayu. Katanya kebanyakkan penagih dadah, pembuang bayi, pembuat maksiat dan semua yang buruknya datang dari orang melayu. Oke, kalau betul semuanya datang dari orang melayu, kenapa perlunya kau nak buat macamni? Macam tak reti cakap baik-baik.

read more...

Salam Cik Ju,

Memandang Cik Ju ini seorang yang berkulit sensitif, maka saya terpaksa menggunakan petroleum jelly sebagai lubricant. Kulit yang bergaris bila diguris itu bukanlah kering tapi sebenarnya berdaki. Cuba gunakan scrub masa mandi, nescaya Cik Ju tak perlu menggunakan Vaseline. Tambahan pula, Vaseline itu waterproof dan ia menghalang air wudhu dari sampai ke celah yang sepatutnya. Anyway...

Nasihat saya apabila terjumpa dengan 'Haters' dalam dunia cyber ni, JANGAN LAYAN atau menyebarkan link ke akaun FBnya. Apatah lagi nak buat (2) entry kat blog Cik Ju yang suci ini nak bercerita pasal dia. Serupa macam cerita tersebarnya klip video peterporn atau gambar lucah genius Matematik Malaysia dulu. Lagi kita berborak mengenainya, lagi tersebarlah ia, maka Cik Ju sebenarnya telah memblog walkkan mereka. Kerana orang bodoh jangan dilayan. Jika dilayan, kita memperbodohkan diri kita sendiri. Either way...

Jika yang buat hal itu ialah non Malay, maka kita pahamlah orang itu ada masalah domestik atau otaknya spastik. Tapi kita tetap kena ambil iktibar dari pendapatnya kerana orang yang postif belajar dari semua perkara, lebihlebih lagi komen negatif mengenai dirinya. Memang betul tangga teratas jenayah sex dan lain-lain kat Malaysia itu dipegang oleh Melayu. Nakwat camner? Dah majoritinya rakyat Malaysia ialah Melayu. Kalau kat India, orang Indialah paling atas. Kalau kat China, orang Cinalah paling atas. Dan bila point ini digunakan, pahamlah kita orang itu hanya berkata-kata mengikut emosi dan pengajaran kepada kita: orang marah jangan didekati.

Jika yang buat hal itu ialah Melayu, maka kita pahamlah orang itu ada niat tersembunyi. Biasa arr, Melayu kutuk Melayu sebab Melayu Malaysia itu Islam dan setan hanya memecahbelahkan orang Islam. Apapun, kita kena ambik iktibar dan cuba memahami kenapa dia ada self-hatred. Mesti ada sejarah dia tersendiri. Saya sarankan Cik Ju agar cuba menegurnya dengan sehikmah yang boleh (takut kulit dia pun sensitif jugak). Jika Cik Ju tak reti menegur dengan hikmah, belajarlah. Kalau tidak, sampai bila pun Cik Ju takkan belajar. Nantik Cik Ju akan bercakap macam mamat anonymous yang kononnya nak dakwah Cik supaya tutup aurat menggunakan reverse psychology tu...

Nampak macam saya attack Cik Ju? Jangan sensitiff...Kerana orang yang berjaya adalah orang yang mempelajari sesuatu yang berlaku pada orang lain sebelum ia berlaku kepada diri sendiri. Bahkan kita semua hanyalah saksi kepada apa yang berlaku di sekeliling kita (cuba lihat tafsir syahadah). Kitalah (dengan izin Allah) yang boleh menjadikan sesuatu perkara itu bermanfaat atau mudharat kepada kita, bergantung kepada cara kita melihat dan react kepada apa yang kita alami dengan deria kita ini. Semuanya adalah mesej dari Dia untuk Kita. Mamat anonymous, Emilda (blogger porn yang BW kat shoutbox), dan arwah Tok Wan hanyalah asbab dalam menyampaikan mesej-mesej tersebut kepada Cik Ju.

Saya harap hati Cik Ju tidak terguris dengan komen saya kerana saya percaya hati Cik Ju tidak berdaki. Jika terguris jugak, saya mintak mahap dan saya harap agar Cik Ju sapukan Vaseline kat hati Cik Ju...

Wallahu'alam.

4 comments:

± said...

fuyyohhhh! macam edisi Terjah Nas Ahmad jer ni...mampos la kalau entry aku lak kene terjah pasni. tapi aku suka cara ko menerjah tu.make sense!

Unknown said...

Oh, baru hari ni I dapat tau ada orang yang tolong mempublishkan entry I pasal benda ni. By the way, thanks. I tak suka actually. But ini hak individu. I kata jangan buat, you tetap akan buat. Please jangan buat lagi dekat entri entri I. I tak berapa suka benda macam ni. Oke? Thank you :)

Irwan said...

ok. thank you

rotoath said...

Check This Out view publisher site this article check this link right here now navigate to this web-site Read Full Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...