Entry asal:
(Beberapa waktu yang lalu, konon terjadi percakapan yang cukup intens di antara dua orang rabi Yahudi. Mereka membicarakan tentang kemajuan umat yang sangat diwanti-wanti dalam perjalanan panjang mereka menguasai dunia: umat Islam.)
Rabi pertama : “Sepertinya kita harus mulai mewaspadai gerakan umat Islam sekarang ini…”
Rabi kedua : “Memangnya kenapa?”
Rabi pertama : “Lihatlah, sekarang di masjid-masjid, setiap hari Jumat, selalu penuh dengan mereka yang menunaikan salat Jumat. Tampaknya mereka sudah mulai bersatu.”
Rabi kedua : “Hmm, tampaknya itu berlebihan. Kita sebenarnya masih bisa tenang-tenang saja.”
Rabi pertama : “Mengapa?”
read more...
Salam Fontonk
Soalan yang bagus. Yang aku tau, nak solat subuh kena bangun pagi. Nak solat Subuh berjemaah, kena bangun awal pagi. Nak bangun awal pagi, kena tido awal dan pastikan sebelum tido, perut tak terlalu kenyang. Maknanya kena kontrol timing dinner atau supper. Ini semua dinamakan time management. Sama skill macam persediaan untuk solat yang kusyu dimulai dengan bersugi dan wudhu yang sempurna.
Nak senang bangun, susahkan tido. Maka, jangan tido selesa-selesa sangat. Tido atas tikar mengkuang atau tilam Toto. Atau tido dalam keadaan sunnah (mengiring).
Nak buat semua di atas, kena lawan nafsu. Nafsu pulak di akhir zaman ni, memang macam suka sangat menggalakkan kita berjaga malam (layan FB, blog, movie, videoclip Slayer, etc). Bahkan berjaga malam juga digalakkan kerana ia melawan nafsu tido (walaupun psychiatrist Yahudi kata kurang tido akan buatkan kita paranoid dan terskizo). Anyway, aku nak cuba jawab soalan kau:
Solat Subuh itu 2 rakaat. Ia paling sedikit jumlah rakaatnya. Dan untuk melaksanakannya secara berjemaah di masjid (sebab kita nakkan solat Subuh macam solat Jumaat dan solat Jumaat itu hanya di masjid), rasa macam tak berbaloi la pulak nak start motor dan bergerak semata-mata nak solat 2 rakaat. Sapa-sapa yang lawan nafsunya dengan meneruskan perjalanan ke masjid untuk bersolat Subuh berjemaah itu adalah pemenang..Tapi ada lagi...
Solat berjemaah pulak kena ikut adabnya. Saf kena rapat. Bila saf rapat, ada body contact. Bila ada body contact, cas berlebihan yang terkumpul dalam kepala hotak kita masa tido tadi dapat di bumikan dengan mudah (masa body contact dan bersujud). Ini membantu manusia untuk lebih fokus dalam aktiviti sehariannya disamping body contact tadi membuatkan jemaah rasa mesra antara satu sama lain. Itulah salah satu sebab kenapa orang dah kawin, bangun tidurnya lebih segar dari orang yang tido sensorang. Sebab banyak cas berkumpul dalam otak dan cas berlebihan mengganggu keseragaman ampere sinaps neuron di dalam otak ketika berfikir di waktu pagi.
Dari segi tasawufnya pula, bila dah ramai orang Islam yang Allah izinkan untuk bersolat Subuh secara berjemaah, ini menunjukkan iman orang Islam sudah ada (salah satu bukti orang beriman: berulang-alik ke masjid untuk solat fardhu). Dan bila iman sudah ada, dan kita pun punyai sedikit kelebihan masa, maka takde apa pun dalam dunia ni yang boleh kalahkan kita.
Wallahu alam
2 comments:
aku dah nampak dah. thnks bro kasi sikit penerangan.
Aku pun subuh kadang2 bgun awal pegi masjid. kalau terlambat, smayang sorang jelah. huhu.
btw, nice anwer you got there bro. keep it up
aku suka jawapan ni...
Post a Comment