Thursday, February 10, 2011

Mengarut 101 (Kerja sekolah 1st dari Cikgu Kaching)



"Saya dah lama nak tanya benda ni sebenarnya, tapi sebab saya tak mau cikgu ingat saya ni berfikiran cetek, jadi saya pendamkan ajer selama ni" kata Cikgu Badrul sambil memandang kepada longgokan baju di atas meja Cikgu Kaching. Mentang-mentanglah cikgu kelas jahitan dan memasak. Sibbaik dia tak sepah-sepahkan kuali atau nasi goreng kampung kat atas meja ni.

"Apa dia, tanyalah" jawab Cikgu Kaching sambil buat bambi-eyes (>_<). Cikgu Badrul langsung tak mempedulikan pandangan Cikgu Kaching itu kerana di kepalanya sibuk memikirkan benda lain. Cikgu Kaching tetap dalam pose cutenya.

"Kaching tu, apa?" tanya CIkgu Badrul sambil buat keningnya macam blank-blank.

"Hoooooh...huhu..Itu bunyi duit syiling. Kalau rapper ada nama macam Lil' Bow-Wow, Yeepeeya-yeay atau MC SplishSploshSplash, guru pun ada juga pen-name dier..." jawab Cikgu Kaching masih memaintainkan mata cutenya. Cikgu Badrul mengangkat pandangannya dan memandang tepat ke dalam mata Cikgu Kaching.

"Lagi satu, takkan first day kembali, dah kasi assignment?" kata Cikgu Badrul. Berderau darah Cikgu Kaching tersentak dek eye-contact yang ketiba-tibaan itu dan terus tersedar dari aksi yang seakan-akan model cosplaynya tadi. Beliau tak menyangka Cikgu Badrul akan tanya soalan kedua yang takde kena mengena dengan soalan pertama.

"Sukatilah. Itukan kelas kita" jawab Cikgu Kaching. Beliau berpaling dan mula menyusun-nyusun baju bajan di atas mejanya. Nampak sangat beliau mahu Cikgu Badrul bertanya lagi macam scene dalam sebuah movie masa heroin merajuk.

"Takde ar. Saja tanya nak tunjuk saya ni perasan dengan perkembangan budakbudak kelas tingkatan satu..."

Cikgu Badrul ialah guru subjek khas untuk murid Tingkatan Lima di MRSM tu. Subjek beliau menyediakan para murid untuk dunia selepas SPM di luar sana yang mencabar dan tanpa sempadan. Lagipun, para pelajar boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan sains politik kalau ada jam kredit kelas ni. Cikgu Badrul mengajar subjek tersebut di kelas 1 Mawar pun sebab menggantikan Cikgu Kaching yang bercuti. Orang kata Cikgu Kaching bersalin. Sibuk buat side income rupanya. Ke, profesion mengajar ni, yang side income kepada Cikgu Kaching? Cikgu Badrul menggeleng-gelengkan kepalanya yang cuba lari dari topik.

"Oh, ye ke? Hehe" kata Cikgu Kaching pula.
"OK jugak tajuk assignment yang cikgu kasi, tu. Saya pun terpikir nak huraikan benda yang sama jugak..."kata Cikgu Badrul.

Kening Cikgu Kaching pulak yang bercantum setelah mendengar remark dari Cikgu Badrul tadi.



xxxxxxxxxxxxxxxx

11 comments:

Chereta Chenta said...

kaching kalo dalam dialeg kelantan maksudnya butang baju :p

~* chirpy_chummy *~ said...

haha..btol kate chereta chenta tu..kaching is butang baju.(kacing baju)

err...ade homework lg ke? yg ritu pn x siap2 lg..duwh!

Along Tapa said...

haha...aku pun terkejut gak cikgu KaChing bagi homework...nasib baik aku tergatal buat topik tu dulu...so terus jek siap...

Gorengbaek - Cerita pasal valentine's day..apa kata korang

Hangit Habis dah - Come and hentam me...kalo aku salah..

Ka-Ching said...

tu baru namenye seprais der~

Irwan said...

seprais yang an-pleszennn

± said...

assignment apa pulak ni? cara menjahit baju dgn penuh bergaya ke pulak?

Irwan said...

ada apa dengan Vday?

± said...

tajuk ni memang panas minggu ni. aku tak sure bleh up satu entry yg tak typical sgt. i'll try

Irwan said...

takper dark, ko boleh post masa hari rabu...

Cikgu Ka Ching said...

Cikgu kaching will be back soon... huhuhu... lama sgt dh bercuti nih.

Irwan said...

kaching dah kaya. dah sombonggg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...