Thursday, February 10, 2011

Formula Menangani Kemiskinan Di Rembau by Profesor Muhammad Syukri Salleh


Aku jumpa entry ni dalam blog Rozmal bin Malakan. Entry bertarikh 2007. Blog terbaru Rozmal ialah waghih.blogspot.com. Aku akan terjah, nantik...

Aku matimati ingatkan Cik Rozmal nak kasi formula matematik atau link ke skim-skim cepat kaya atau jadi ejen MLM. Paling tidak pun ada gambar dia bagi ceramah depan orang yang pakai kot atau student. Tapi takder. Hehehe. Ader jugak orang yang series dengan keadaan Rembau. Siap bentang-bentang kertas lagi...

Aku baca, cuba layan, stop. Aku paksa lagi baca, dan baca dan baca. Sampai part bagaimana Baginda SAW begitu prihatin terhadap keadaan ahli suffah tu, air mata aku mengalir.

Bukan pedih. Bukan apa. Tapi dia mengalir laju.
Aku nangis dowhhh..Isk-Isk..
Tak sangka aku boleh nangis masa baca sebuah kertas pembentangan.
Aku berenti kejap. Aku kesat air mata dan minum seteguk dua air sejuk.
Lek jap.


Aku mula balik. Tapi cam tak best pulak. Aku try dua tiga kali baca perenggan yang sama cuba mencari feel yang tadi, tapi tak dapat. Jadi, aku pun baca balik dari mula. Takper...

Sampai part keprihatinan Nabi Muhammad SAW terhadap ahli suffah tu walaupun Baginda SAW sendiri tak makan, air mata mengalir balik.

Mengalir deras.
Mengalir dengan laju.
Siap ada terisak-isak lagi...


Ahhhh...



Argggghhhhhhh!!!!!!!!




The end.

(mana ntah perginya entry ni kat blog baru cik Rozman...aku cari ikut link geocities dia, link tu dah tak exist laaa)




note: Tukang Komen terpaksa dihospitalkan dan masuk air dua botol selepas meracau-racau sebab dah dua hari tak tido.


Komen saya:

1) Ok. Jadi kita kena kenalpasti jenis orang miskin yang ada supaya kita boleh kenalpasti terapi yang sesuai untuk mereka. Sapa yang nak kenalpasti, ni? Mungkin kita boleh mulakan dengan kontek BersamaMu atau pejabat MB atau BaitulMal setiap negeri...

2) Sesapa yang dah miskin kena sedar diri dan cuba cara-cara yang telah ditunjukkan oleh para sahabat. Mulakan dengan berniaga. Kantoi jugak, pergi try mintak bantuan (bela kambing contohnya). Bila dah kaya (atau kepada yang dah kaya) pulak, digalakkan banyak bersedekah dan menyumbang kepada program yang berusaha membasmi kemiskinan. Kalau masih kantoi jugak, daftar nama dan tunggu panggilan. Bila ada misi khas atau takazah, join jemaah...Ke Palestin, contohnya...

3) Satu masalah yang kami hadapi ialah kebanyakan orang miskin bersifat islandish-meminggirkan diri dan ini menyukarkan proses pembinaan profail orang miskin untuk satusatu kawasan. Camana nak tau tahap taqwa diorang kalau batang idung pun taknah nampak kat masjid atau kat mana-mana. Tah mana melepaknya diorang ni. Berapakali dah datang kususi. Asyik takderrr jer...Dah tinggal nota pun tak call jugak. Takkan nak camping lak nak tangkap, eh nak jumpa dia jer. Dapatlak kalau dia karkun. Lagi liat.

4) Adakah pendekatan ini unik untuk Rembau saja atau applicable untuk semua tempat? Sebab kat Rembau memang banyak wali dan bolehlah pakai ayat camni ngan diorang. Abang bentang kat sapa kat Resort tu bang?

5) Kalau jawapan soalan di atas ialah pendekatan ini boleh dipakai untuk semua, maka Rembau ni mesti sekadar salah satu tempat yang tuan dah promotekan formula ini, betul tak? Ada tak success story dari promotion sebelum ni? Kalau ada, harap tuan boleh share.

6) Kertas bentang pada tahun 2007. Ni dah 4 tahun berlalu. Ada apa-apa progress tak? Saya tengok Rembau camtuuu jer. Lampu membazir yang kat traffic light utama tu pun masih tak berganti lagi balb nya. Tak citer lagi tanah, rumah atau orang tua-orang tua yang terbiar lagi...



4 comments:

Marhaenonymous said...

kemiskinan ada di mana-mana terutama di kalangan org melayu..kalaulah pihak berwajib betul-betul ambil berat tak mungkin benda ni berlaku kerana kita punya dana dari wang zakat,baitulmal dan lain-lain..tapi semua dah kena kelepet!!

Irwan said...

kelepet ubi, anyone?

± said...

susah aku nak percaya kau nanges. kalau dpt dicamwhorekan mesti menarik XD

Irwan said...

takleh..itu saat intimate tuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...