Tuesday, January 25, 2011

Mengarut 101 (Happy, Emo dan Stick to The Plan)


"Salam satu Malaysia, Cikgu!" 


"Salam satu Malaysia, Cikgu!" jawab muridmurid yang lain. Mereka kelihatan eager nak belajar harini. Semuanya memandang tepat ke muka Cikgu Badrul. Tapi Cikgu Badrul pulak yang bermuka jem. Sebaik semua murid melabuhkan punggung mereka di kerusi masingmasing, Dark Half yang masih berdiri mengangkat tangan.


"Dark?" kata Cikgu Badrul.


"Kenapa cikgu muka monyokkkk jer?" tanya Dark.


"Takde. Cikgu OK. Cuma cikgu ada satu berita yang tak berapa OK bagi cikgu, tak taulah ia OK ke idak pada kamu semua" jawab Cikgu Badrul. Kening Cikgu Badrul berkerut. Dia memandang ke lantai.

Kelihatan hampir seluruh kelas mengangkat tangan. Termasuk Cikgu Gedek yang kebetulan melintasi pintu kelas. Cikgu Badrul mengangkat pandangannya ke semua. Dia melirik ke arah seorang murid perempuan.


"Cik Chirpy?" kata Cikgu Badrul pada budak tu. Cik Chirpy terus bangun dan berpaling ke belakang. Apa tabiat la budak sorang ni...


"Apa dia berita tu?" tanya Cik Chirpy.


"Cikgu asal kelas kamu; Cikgu KaChing akan kembali dari cuti bersalinnya pada bulan Februari nanti" mula Cikgu Badrul. Dia berenti sejenak memerhatikan reaksi muridmurid kelas 1 Mawar terhadap berita tersebut.

Kelihatan budakbudak pompuan happy dengan berita itu. Mereka berpandangan sesama mereka seolah tak sabar dengan kepulangan Cik Kaching. Maklumlah, Cikgu Kaching ni ada blogshop jual baju pompuan. Kelihatan juga ada yang terlompat-lompat dalam keterujaan. Dalam suasana happy dek berita baik itu, kelihatan podeh3 mengangkat tangannya.


"Ye?" kata Cikgu Badrul sambil memandang kepada podeh3.
"Adakah ini juga bermakna Cikgu Badrul tak datang kelas ni lagi? Cikgu kan, guru kelas Form five?" tanya podeh3. Budak pompuan yang dok terlompat-lompat tadi berenti melompat. Kesemua mereka memandang ke arah Cikgu Badrul yang dah duduk di belakang meja guru.


"Betul" jawab Cikgu Badrul.
"...dan itulah yang membuatkan cikgu monyok" sambung Cikgu Badrul lagi. Seluruh kelas tibatiba senyap macam malaikat maut baru lalu.


"Ini bermakna cikgu dah tak mengajar kelas kamu lagi. Secara peribadinya, walaupun cikgu masih baru lagi mengajar di kelas kamu, cikgu ada rasa 'sayang' lebih sikit dengan kamu semua, berbanding kepada abang-abang atau kakak-kakak kamu di form five tu" terang Cikgu Badrul.

Barulah muridmurid paham kenapa muka Cikgu Badrul monyok je sejak masuk kelas tadi. Ada setengah guru kat maktab ni yang specialized mengajar certain subject ajer. Cam Cikgu Badrul. Kalau bukan sebab Cikgu KaChing bersalin haritu, takkan aderlah Cikgu BAdrul nak jejak kelas budak tingkatan satu ni. Budakbudak Form Five kelas dia pun dah tak menang tangan...

Kelas dilanda suasana yang emo. Cikgu Badrul perati jer air muka bebudak tu sumer. Semasing muka down jer. Yang dah mula mengesat air mata pun ada. Cikgu Badrul menyambung lagi:


"Cikgu tak tau lah kamu semua suka ke tidak dengan cikgu. Mungkin cikgu jer yang perasan" 


"Kami pun suka dengan cikguuuu!" kata sekumpulan budak perempuan speki di belah kiri kelas. Katakata mereka di iya kan oleh sekumpulan besar murid lain kelas 1 Mawar. Cikgu Badrul terharu dengan reaksi yang ditunjukkan oleh bebudak tu sumer. Si Dark Half tengah menangis teresak-esak.


"Dark? Kamu kenapa? Kenapa kamu menangis?" tanya Cikgu Badrul.
" Emo itu sangat Terindah " jawab Dark.

Hampir seluruh kelas jugaklah ketawa dalam kesedihan dengan remark dari Dark yang blankblank lawak tu. Eszol membalingkan segumpal kertas ke arah Dark Half. Melantun gumpalan kertas tu setelah terkena bahu.


"Tapi sebab cikgu dah jangka ini akan berlaku, maka cikgu dah buat satu plan dan Alhamdulillah, plan itu diterima oleh Tuan Haji Marhaen. Tapi untuk menjayakannya, cikgu perlukan bantuan kamu semua" kata Cikgu BAdrul. wajahnya berubah kepada ceria. Semua murid pause sekejap dari sedihsedih nak dengar apa bantuan yang Cikgu BAdrul nak mintak tu.


"Cikgu nak tubuhkan Kelab Komputer kat maktab kita ni, dan cikgu nak kamu semua jadi ahli jawatankuasa pioneernya. Dengan cara ini, walaupun cikgu bukan lagi guru kelas kamu, kita masih boleh menyambung pengkajian kita dalam Subjek Mengarut 101..."

Muridmurid kelihatan tercengang. Yang melompat-melompat tadi mula melompat-lompat balik. Diorang ni memang kaki pogo agaknya. Yang speki pulak berpelukan dalam keterujaan. Kelihatan Dark Half membaling kembali gumpalan kertas kat eszol. Mana Ju_On?


"Mana Ju_On?" tanya Cikgu Badrul.


"Ntah? Dia suka melepak layan twitter dengan budak kelas sebelah. Mungkin dia kat sana kot?" jawab Eszol.


"Nantik awak tolong pesan pada dia kita ada meeting pertama Kelab kita ni pada Jumaat ni, OK?" kata Cikgu Badrul pada Eszol.


"Insya Allah, cikgu" jawab eszol berkobar-kobar. Tangtangtuu jugak Dark Half nak berlari keluar pergi ke kelas sebelah. Cikgu Badrul menahan Dark Half.


"Rilek. Takper. Bagitau masa dia kembali ke kelas nantik" kata Cikgu BAdrul. Dark Half kembali tenang dan duduk.


"Baiklah, sebagai persediaan kelab kita tu, cikgu nak mintak pendapat kamu, walaupun cikgu dah tau apa jawapannya. Kamu nak komputer desktop ke, komputer riba sebagai komputer dalam kelab kita tu nantik?" tanya Cikgu BAdrul.


"Laptopppppppp" jawab muridmurid Kelas 1 Mawar serentak.

"Bagus. Untuk itu, saya mahu kamu semua buat satu karangan dan berikan 3 sebab kenapa komputer-komputer kat Jabatan-Jabatan Kerajaan mesti ditukar kepada laptop. Hantar pada hari Khamis dan pada hari Jumaat nanti kita akan bincangkan artikel-artikel kamu tu sebelum cikgu compile dan hantar sebagai attachment dalam final proposal pada Tuan Haji pada Isnin nanti. Boleh?"

"lulz" kata podeh3.


"KahKahKah. Kan dah ker-nerrrrrrr" kata Ju_On Yang baru kembali.


"Termasuk awak la sekali, Ju_On" kata Cikgu Badrul. Seluruh kelas ketawa macam ending sebuah cerita kartun Anime yang bahagia...

4 comments:

eszol said...

aku nak PC!!!!!!!!!!

Pena Marhaen said...

saya nak macbook pro macam cikgu gedek..hehe

Dark Half said...

kalau nak sama taraf ngan tuan pengetua bleh? tapi aku nak yang version sebijik cam adiah harijadi siti nurhalija haritu

Irwan said...

tuan pengetua pakai tablet.

muridmurid nak tablet?

baik Ipad jer...

boleh main kuncupkuncup tangan nak zoom gambar profile...

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...