Friday, February 25, 2011

SARKASIS: Clarky Afif (Mimpi Poppy)




Aku suka presentation blog dia yang ringan. Background hitam, tulisan putih menghighlightkan point yang dia nak sampaikan. Tambahan pula, kebanyakan pointnya aku tengok, adalah yang sharp-sharp jugak. Banyak cerita pasal emosi, pasal pemerhatian dan paling baru: siri Novel Melayu Klise.


Aku belum explore lagi elater ego dia kat dalam Sarkasis. Tapi aku expect kat sana mesti lagi best dari kat sini sebab kat sana tengah top...  ;p.

Cuma aku harap Cik Clarky afif update blog yang ni tiap-tiap hari. Itu jer. Sekian,


p/s: lagi sarkasis malam nantik! sorilah lambat..sibuk tweet-tweet ajer...heheehhe..@akuskizo

Sarkasis: Tukar design, yer?

Wei...Amender ni? Ingatkan salah blog tadi...

Thursday, February 24, 2011

Blogging: Membaca Peribadi si Tuan Tanah


Apa yang aku tulis kat bawah ni hanyalah sekadar catatan aku sendiri tentang apa yang aku dah belajar sejak 5 bulan berblogging. Dan aku cuma bercakap dari sudut ketukangkomenan, yakni falsafah di sebalik blog aderberani ini. Maka di sini, aku kongsikan bagaimana cara aku melakukannya (@Al, aku pernah cerita tak, benda ni?)


Header
Dari Header aku dapat rough idea tentang blog itu. Sama ada ia sebuah blog politik, blogshop, blog peribadi, atau blog cari makan. Takde konsep khas yang aku gunakan dalam hal membaca perwatakan seseorang melalui Header. Dari Header ni aku suka teka ni blog laki ke pompuan. Kemudian aku verify dengan membaca entrynya.


Entry
Dari entry-entry kita dapat beberapa imej tentang penulis. Takbley nak construct imej berdasarkan satu entry. Aku suka baca sekali imbas tajuk-tajuk entrynya dan frekuensi dia mengepost entrynya. Dari situ aku dapat imej tentang kepentingan blog ini padanya.

Dengan memperhatikan haribulan, tarikh dan hari setiap entry dipost pula, serta signature-signature emosi yang terdapat di dalam setiap entry tadi, aku dapat construct satu graf tentang trend emosi si penulis. Adakah dia ni jenis berangin, cool, ada kepala dia sendiri atau neutral dan peace loving (macam aku). By this time biasanya, aku dah tau topi mana yang aku nak pakai kalau aku mengomen entry atau diblognya nanti. Contoh macam aku pakai topi seorang peminat yang keanak-anakan semasa di KulupSakah, seorang mamat ART semasa di blogbeginsatforty, atau sebagai orang tua yang cibai dan pushy di blog cik Una Berry. Hahaha. Mari-mari. Komen-komen.



Followers
Jumlah Followers memberikan pelbagai maklumat kepadaku. Nak senang aku cross check jumlah follower dengan arkib blog dia. Aku park kat sini dulu.


Popular Post
Masa browse entry-entry tuan tanah, aku akan cari entry yang menarik. Kalau takde aku klik kat popular post. Seperti baisa, aku klik kat mana yang aku boleh relate. Takkanlah aku nak mengomen pasal camana nak tanggalkan cat yang melekat kat laci kayu jati pulak? Aku cari satu untuk dibuat entry untuk blog ni (hehe). Kalau takde, aku akan baca popular post yang lain dan tengok apa jenis crowd yang dikumpulkan oleh blog ini. Kemudian aku beralih ke jumlah Komen


Jumlah Komen
Aku tak kalut dengan jumlah komen yang banyak. Aku pernah jumpa orang komen dirinya sendiri sampai seratus lebih. Si Kucing Gemuk ke apa. Aku pun dah tak ingat. Kalau tuan tanah banyak jawab komen dan jawab pun secara teliti dan mengikut adab-adab yang tertulis dalam #bloggercode, maka tak heranlah follower dia riban-riban. Dari cara tuan rumah menjawab komen juga kita dapat satu lagi imej tentang dirinya. Data inilah yang paling membantu.


Kesedaran Kepada Isu Semasa
Dari entry yang di tulis, aku boleh agak si tuan tanah ni seorang bergaul atau seorang yang bersifat menyendiri. Ini penting dalam menetapkan intonasi dalam komen yang akan ditulis di aderberani nanti. Ia dapat dikenalpasti melalui adakah si penulis ada menyelitkan isu-isu semasa yang relevan dengan masa entry di post. Dia pedulik tak dengan bola, contohnya. Dia pedulik tak dengan politik atau isu semasa sama ada yang dalam sokkabar atau yang dalam alamaya. Kalau dia jenis yang uptodate, aku elakkan mengomen tentang benda yang aku taktau melainkan aku ingin tau. Nampak tak?


Banyak lagi elemen yang boleh aku peratikan selain dari yang di atas macam entry yang emo, atau gambar, atau konsistensi dia dalam mempertahankan pendiriannya. Macamacam. Pendek kata, aku boleh nampak apa yang aku nak tengok. Hahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...