Tuesday, March 6, 2012

SiapSiaga KetukangKomenan

Agak sulit sebenarnya nak kipap dengan industri ketukangkomenan ni. Kita kena sentiasa relevan. Aptudet. Kena ada akaun fesbuk, tuiter, teget meget kelancuit pesumer baru la pengkritik moden namanya. Sumber takleh nak bergantung kat sokkabar, blog basi atau wall fesbuk bahan-bahan terpilih ajer tapi termasuk juga segala sumber audio video yang boleh di daunlod dari laman sesawang, hack talian skype, atau pakai bomoh jer terus tanam toyol dalam bontot mangsa pilihan.


Cara penyampaian adalah segalagalanya dalam mengomen. Ramai yang bina reputasi sebagai pengomen series dan ketat dengan hanya attack benda-benda series macam politik, ekonomi atau agama, lebih ramai lagi yang ambik pendekatan humor dan parody hingga kadang-kadang buatkan kita berpikir banyak betul masa dan effort yang mamat ni laburkan nak mengomen orang lain.


Cara menerima komen pulak lagila skill yang penting sebagai tukang komen. Tukang komen picisan kena pandai main market, baru nak naik, takleh lah nak simpan lawan keliling pinggang. Kena pandai main tarik tali. Dah melempang 20 kali, mau kasi orang lempang kita sekali, maa. Tapi bila dah ada groupies atau pengikut, barulah boleh ada ego. Ada pendirian. Dah tak kesah dah nak gadoh dengan sapa. Bercakap macam dia dengan Najib tu kamcingg jer.


Tukangkomen yang hardcore ajer tau bahawa benda paling susah dalam industri pengomenan ni ialah nak maintain stamina. Tapi bila stamina dah maintain stim, nak kena kontrol pulak jangan sampai terbawabawa. Ini sampai habis semua benda dikomennya. Jangan tersalah senggol, uwan sendiri pun ditroll.


Komen mengomen ni agak unik dalam sosioloji negara ni, sebenarnya. Rakyat negara ni semasing mengakui menyanjung tinggi nilai-nilai budi bahasa dan toleransi, selagi takde orang yang cibai dengan mereka terlebih dahulu. Di jalanraya misalnya, time semua orang bawak keta elok-elok, jangan sesuka nak potong kiri, main haibim-haibim tanpa sebab atau tunjuk fuck masa lalu sebelah time memotong. Akak pakai tudung awning Fauziah Nawi pun bley bertukar menjadi Makji Schumacher dan cocok angin sama kita...

Pointnya di sini ialah, masyarakat Malaysia sibuk inginkan kebebasan bersuara, soalnya adakah kita semua sudah bersedia untuk membebaskan pendengaran kita?


Haaaaaaa......


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, January 29, 2012

Program Tinja?

Cuba tengok Najib berucap kat program apa

Dah lama rasanya gua tak tengok TV. Bukan sebab gua benci dengan propaganda politik yang menggantikan tajuk-tajuk berita utama. Bukan juga sebab TV yang sepatutnya membantu kita mendapat hiburan dah bertukar menjadi alat pengiklanan. Tapi sebab gua busy. Maklumlah, pepagi buta lagi gua dah kena bertolak ke stesen kemuter berhampiran. Pastu dah lewat malam baru gua sampai ke rumah semula, pulang dari kerja.
(klik untuk besarkan)

Entah camana, semalam gua berkesempatan jugakla nak flip suis TV dan menonton salah satu rancangan kegemaran gua semenjak dah semakin tua ni: Nightline di #RTM3. Gua sebenarnya nak tengok ada tak liputan pasal Trilionaire Melayu yang gua baca tak puas dalam sokkabar. Tapi seperti biasa, TV hanya dipenuhi dengan muka Najib. Sekian.

"Nampaknya media buat LULZ kat lu laa, Jib"
Program Tinja


Monday, January 23, 2012

TwitterHolic


Dulu bebudak ni dah warning. Gua dengan bongkak menjastifikasikan perbuatan gua ke kiri dan ke kanan. Kini, terbukti. Gua juga dah terkena dengan TAHI TWITTER.

Ada akaun twitter ni, korang sama ada jadi pembaca. Atau pemberita. Bila korang jadi pembaca, maknanya korang kenalah follow akaun-akaun twitter lain yang power-power. Gua malas nak list downkan tweeps-tweeps yang power-power dalam Twitterjaya, sebab ia adalah relatif. Ada time, mamat politik ni punya quote menyentuh kalbu. Ada masa, budak lepasan PMR mana ntah punya tweet yang LOL. Semuanya tak tentu dalam Twitter. Semuanya bergantung kepada timing.
Bilakorang jadi pemberita pulak, segala bijik butir korang tweetkan. Makan apa, dengan sapa dan kat mana siap dengan food diary nya lah. Yang tweet keadaan lalulintas atau cuacanya lah. Ada yang personal sikit, setiap detik napas dia tu di tweetkannya. Takde kerja ke apa bebudak ni?

Pada gua, Twitter ni ada benda yang gua suka kat Facebook dan blogging. Dalam blogging misalnya, gua boleh buat artikel nak menerangkan secara terperinci dan panjang lebar, siap dengan gambar dan animasi untuk menyokong point yang gua cuba sampaikan, akan kecibaian kawan yang tinggalkan gua kat stesen komuter tadi, misalnya. Cuma dalam Twitter, gua kena compress semua ayat gua tu kepada 140 kerekter. Takleh tulis meleret-leret. Kena tepat dan padat serta pada masa yang sama menarik dan tak muak jika dibaca berulang-ulang kalau dibuat wirid atau sebagainya.

Kaitan Twitter dengan Facebook pulak ialah, setiap akaun tu ada alter egonya. Kalau dalam FB, setiap akaun tu konon-kononnya mewakili REAL person, akaun twitter pulak TERANG-TERANG sebenarnya adalah umpama representasi alter ego.  Maka tak hairanlah kalau kita dapat tahu ada orang yang mempunyai dua tiga akaun twitter yang AKTIF. Satu untuk cari makan. Satu stok 'cari makan'. Satu untuk luahan perasaan. Satu lagi untuk personal. Tak paham, gua. Cumanya, profile alter ego itu hanya boleh dikutip berdasarkan; avatar (gambar profail), biografi (diskripsi diri), benda-benda yang kau tweet/retweet kan, dan lain-lain cara ala-ala spy tu. Sebab tu agaknya, kalau nak tahu mana satutahitwitter yang aktif, kekerapan menukar bio dan avey mereka agak tinggi berbanding dengan mereka yang sekadar tweet, sebulan sekali atau time orang mati.

Satu lagi benda yang gua minat dengan twitter ialah ia laju. Kalau dalam blogging, gua kena tunggu sampai seminggu nak dapatkan kongklusi sesuatu isu tapi dalam twitter, semuanya bergantung kepada berapa bijaknya kita mengawal 'api'. Hahaha. Paling best aplikasi twitter ni ialah masa gua nak pegi interview kat kilang gua kerja ni dulu. Gua tweet tanya keadaan trafik Federal Highway Ok ke tidak dan dalam masa tak sampai 3 minit, dua tiga trafik update masuk. Samalah masa gua tak tau nak naik bas apa dan tunggu kat mana masa nak ke Pavi satu masa dulu. Powerful twitter ni...

Dan bila dah ada akaun twitter, macam biasa, lahkan? Perangai membanding-banding tu mesti sampai. Jumlah follower akan menjadi kriteria dalam penilaian. Satu perkara yang best dalam TwitterJaya ni ialah tabiat 'gua-follow-lu-follow-gua-balik-kay' tu memang gemilang. Cuma ada segelintir ajer yang berkira dengan sapa yang dia folow. Kalau artis, tweeps yang folower ramai, dia folo. Kalau bebudak baru nak up (#BBNU), tak payah. Tapi, jumlah folower ni, penting tak penting bergantung kepada 'objektif' akaun twitter tu diwujudkan. Kalau akaun tu untuk personal, maka tak ramai follower pun takper. Kalau untuk marketing dan lain-lain, lagi ramai lagi bagus. Tapi untuk first impression, lagi ramai follower, lagi besarlah perhatian yang kita perolehi dalam Twitterjaya. Tak boleh lari dari fakta ini.


Tapi, bila follower dah ramai, apa yang ditweetkan pun kena hatihati. Ada masa yang membaca tu, mood dia baik. Ada masa, dia ialah wartawan Melodi yang suka quote tweet orang dan bikin panas. Bila follower dah ramai, agak-agak arr perangai men spam timeline tu. Sebab bila asyik tweet luu ajer yang masuk, TL tu penuh muka luuu ajer. Sampai orang kena scroll jejauh pulak nak cari tweet dari balak dia. Lagi satu kena perati bila follower dah ramai ni ialah tabiat menjawab good morning. Kalau lu nak jawab satu-satu good morning orang, alamat sampai ke tengahari lah TL ni penuh dengan ucapan luu ajer. Agak-agak atau kreatif la nak menjawab mensi.
Ada orang tweet benda-benda yang series, menjaga reputasi alter egonya. Ada yang guna akaun tweet macam chatbox. Berborak dengan sorang  pun nak pakai public. Direct Message (DM) jer lah.


Apapun niat, misi, pemahaman korang tentang Twitter, gua cuma nak kongsikan disini bahawa gua memang suka ini teknoloji. Walaupun ada kekurangannya juga, gua rasa twitter akan stay untuk beberapa ketika lagi dalam ranking tertinggi sebagai medium social media pilihan. Dan sementara ia masih ada di sini, Lets get the class started!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...