Sunday, November 28, 2010

Blogging versus berdiari

Walaupun aku BARU MULA berblogging, aku dah ada selonggok benda yang boleh aku baca dan kaji balik pasal penulisan dan keadaan emosi aku, masa entry ditulis. Ia merupakan tools muhasabah yang amat bermakna pada diriku di masa lapang kerana aku suka mencari kelemahan sendiri. Bila dah tau apa yang lemah, aku boleh baiki mana yang perlu. Atau cari orang yang boleh baiki aku. Atau sub ajer kat kontraktor Melayu.

Ada tulisan yang membuatkan aku loya dengan diri sendiri sebab kelemahanku menahan diri dari menggunakan perkataan yang tak baik macam mencarut ketika emosional, umpamanya.

ADA tulisanku yang membuatkan ku rasa macam bagus, lantas rasa amat berdosa kerana bukti akan kelemahan akhlakku itu terpampang di depan mataku. Kalau dulu, nasib baik jugaklah sebab ia dalam bentuk mastercopy zine, atau diari atau selembar kulit pokok kayu yang takde orang hingin nak membacanya. Sekarang ni, dalam dunia blogging ni, aku menghebahkan kelemahanku itu ke merata tempat dan aku pasti, amat pasti, ADA yang MEMBACAnya. Dan tahu siapa diriku. Sebab AKU punyai kelebihan sebegitu, maka sudah pasti, maklumat peribadai yang terpancar secara subliminal dalam entry ku itu, dapat diBACA oleh sesetengah dari mereka. Dulu aku kisah. Tapi sekarang tidak lageeee...

Banyak jugak tulisanku yang indah khabar dari rupa, sebab aku berminat dan bercerita pasal benda yang NAK aku amalkan, bukan apa yang TELAH dan SEDANG aku tunaikan. Tulisanku itu MENAMPAR diriku yang pada masa akan datang, sekiranya aku masih berada dalam BULLSHIT yang sama pada hari esok. Aku suka tulisan sebegini.

Tapi akibat blogging, tulisan-tulisanku jadi mendatar. Mundane. Aku dapati satu trend 'mood' tulisanku yang berubah-ubah dalam kitarannya mengikut tarikh keluar gaji. Malahan dahada jugak tulisan yang berupa 'trick' nak tarik traffic sebab aku suka dengan trend peningkatan jumlah follower dan comment, seperti yang dinyatakan dalam disclaimer di bahagian bawah sekali di blog INI.

Dan yang paling best; yang paling aku sayang; ialah blog aderberani sebab setiap tulisanku itu adalah baru. Setiap entry membawakan kembali perasaanku ketika mulamula membaca entry yang aku komen tersebut. Tiap kali baca komen dalam setiap entry itu, aku mesti terinspirasi nak buat entry baru. Hehehe.


Dan semua data yang aku dah gather dari kesemua 5 blog aku setakat hari ini, mengarah kepada satu mesej:

I'm a self centered, smooth-talking, whiny, owner of a kick-ass brain. Hehehe

Thursday, November 25, 2010

Macam Bagus by Tukang Komen


Sapa mamat ni nak komen-komen blog orang? Blog dia best sangat, ke? Dah berapa lama dia blogging? Dia doktoret dalam penulisan dan media kreatif, ke? Itu ke? Ini ke? Anda boleh terus bermain ke-ke, sedangkan saya sedang sibuk menaip satu komen baek punyer untuk anda.

Komen yang buatkan anda rasa penulisan yang anda susah payah taip tadi, atau perasaan yang anda cuba kongsikan tadi, ada orang yang membaca dan cuba menghayatinya. Komen yang memberikan pendapat kedua kepada effort atau keadaan anda, tentang sesuatu yang anda anggap penting atau berharga. Sebab, jika anda rasa sesuatu itu memalukan, tak baik, rubbish atau tak bernilai, kenapa ia ada dalam blog anda? Anda tentu mahukan sesuatu dari apa yang anda telah publishkan. Selain perhatian dan trafik, anda pasti juga mahukan komen yang sebegini.

Atau komen yang buatkan anda rasa terinspirasi untuk mengeluarkan entry. Komen yang kembali mengujakan anda untuk mengupdate blog hari ini. Yang buatkan anda melepasi writer's block. Melepasi kebosanan yang melanda. Yang buktikan pada anda bahawa ada lagi padang dengan rumput yang lebih hijau dari tempat di mana anda berada sekarang.

Atau komen yang mengingatkan anda akan kealpaan anda. Atau picu kepada imbauan sebuah memori yang ingat-ingat lupa. Atau yang mendedahkan satu sudut, yang mana anda tak nampak pada masa berkarya. Komen yang menegur anda. Tak kiralah sama ada anda pilih untuk terima atau tidak.

Atau komen yang menggalakkan anda. Yang membuktikan bahawa anda tidak keseorangan dalam kegelapan ini. Yang menghulurkan sokongan moral, yakni sesuatu yang amat berharga ketika memerlukannya, walaupun sebatang ranting yang lemah.

Atau aku sedang taip satu komen yang memprovo anda. Mahu lihat bagaimana anda bereaksi. Kerana dunia blogging ini ada pelbagai ragam. Yang ada hanyalah kata-kata dan identiti maya. Ketersiratan perbuatan atau agenda, amat banyak cabangnya. Ada juga komen yang ditulis untuk membantu dalam deduksi ini. Komen sebegini memang pilihanku tatkala kebosanan itu melanda pula diriku.

Tapi, tempat ini bukanlah medan kebenaran atau nak menunjukkan otai. Ia hanyalah sebuah pandangan kepada sebuah pemandangan di tepi pantai. Ada yang nampak laut. Ada yang nampak langit. Tapi aku pasti, setelah dikomen, SEMUA TERASA kemasinan air laut hanya dari bau dan bunyi yang tak nampak dek mata...

Tuesday, November 23, 2010

Komen kepada: Lahir Dari Jauh Lubuk Hati

Epikla gambar ni...

Blog asal:

Hidup aku penuh dengan liku. Kejap naik, kejap lagi jatuh. Kejap dipuncak, kejap lagi terperosok ke bawah. Apa yang aku impikan, hampir semuanya tak dapat ditunaikan lagi. Apa yang aku dapat, tidak semua yang aku nak, dan apa yang aku nak tidak semua yang aku dapat. Tapi, sebelum Malaikat Izrael datang menjemput...



(puas aku cari artikel ni balik. Dahla takde widget untuk rakib lama, bila search pulak, jumpa. Tapi bila klik pegi artikel mana ntah. Tuan tanah kena check benda-benda ni. Potong stim weiii. Anyway, aku taruk jer la link dia kat sini)

read more...

Aku anggap blog ini ialah sesuatu yang lahir dari lubuk hati KAU. Jika benar, maka dalam itu hati ada lubuk. Itu lubuk duduk dalam satu paya. Itu paya namanya payabesarpedas.

Sebagai seorang payabesarpedas, kau patut bergembira kerana kau banyak kali berpeluang menggembirakan hati orang lain. Kau pun cakap kau akan suka kalau orang pun suka. Dan akibat dari jalan ini ialah rasa keseorangan. Namun, kau paham bahawa keseorangan dapat diatasi jika kita simpan memori perjalanan ini (dan selalu bermuhasabah). Yelah, sapa lagi nak borak ngan kita pasal kita selain kita sendiri? Inilah jalan yang kau pilih.
Kau juga patut bergembira kerana kau ada kampung. Kalau kampung kau tak best, kau boleh datang payabesarpedas. Lagi tak best. Maka kau akan rasa kampung kau best semula. Kau juga ada adik beradik dan azam kau pun ialah kesatuan dan kemajuan. Bahkan kau juga ada impian mengarut sebagai pengingat bahwa kau hanyalah seorang Melayu Malaysia. Kau seperti dah tau mana nak pegi dan apa nak buat selepas ni.

Dan kau juga tau bahwa apa orang nak kata pasal impian kau tu takkan mengubah apa-apa sebab itulah hakikat diri kau. Dan semua ni bermakna satu jer:

Ekau pomaleh! Lengah main intenetttt yo lam bilik tu, tak koluar-koluar. Dah! Moh kito poei ngoca kek sungai. Dapek yo buek laok malam kang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...