Friday, December 10, 2010

Boring

Hari Jumaat ialah permulaan boring padaku
Sebab Tukang Komen cuti

entry tergempak minggu ini by tukang komen

Kami tengah mencari point untuk dikomen sebagai penghabis sesi akhir mengomen pada malam ini. Namun entry terbaik untuk minggu ini masih belum ditemui. Ada entry cam Cik Dila, semalam. Atau entry "wujudkah Kosong?" haritu. Atau nak layan orang yang mengomen cam dark half, kak ching, Al, podeh3 atau budak clan mamat California nak join Seattle, tu. Tekanan 'besok Jumaat' mula terasa...Tak luper juger pada Cik Chirpy Chummy. I did forget you.

Azil tetiba berkata:
"Dalam misi penerokaan angkasa lepas, Amerika ngan Rusia diikuti oleh China, Pakistan dan lain-lain. semuanya tak dapat menandingi teknologi Malaysia..."

Kami terdiam dari perdebatan pasal pendedahan akan penemuan mikrob di planet yang arsenik tu dan memandang Azil untuk penerangan seterusnya.

"Orang Malaysia pakai kapal api" kata Azil sambil buat aksi lawak.

Dan kami semua ketawa.

Tapi tak keluar perkataan "Hahaha" atau "Hehehe" atau "KahKahKah". Kami cuma berzikir mengucapkan:




"series lolz! series lolz! series lolz"

Wednesday, December 8, 2010

Komen kepada: Dah orang tak suka, nak buat macamana

Entry asal:

Beberapa hari ni aku rasa macam kecik ati jer ngan beberapa orang blogger....aku taulah diorang semua pemes2 dan bagus2....sapalah aku nak dipandangnya.....aku cuma nak tumpang seronok tumpang gembira dengan kejayaan diorang2 itu....jadi aku sukalahkan nak bagi komen2 kat blog2 diorang......tapi yang tak bestnya.....dah berderet-deret komen diorang publishkan.....satu komen aku langsung takder.....kenapa yer....??? menyampah sangat ker diorang ngan aku.....?? padahal aku komen semua yang baik2 jer.....sama macam komen org2 lain....tak mengutuk mahupun menyumpah....tetap juga komen aku di tong sampahkan.....aku rasalah....sebab kalu tak kenapa tak nak publish aku punya komen.....kenapa dan kenapa.....???

read more...

Salam Cik Dila,

Pertama sekali, saya minta maaf sesangat sebab lambat menerjah blog Cik. Saya bersalah dan saya mohon maaf sekali lagi.


Entry Cik yang ni memang dahsyat. Baru baca perenggan pertama jer, dada saya sebak dan terus terasa nak pergi menenangkan diri dengan mengambil dos nikotin untuk malam ini. Kumpul semangat nak tulis komen.

Rilek la Cik Dila. Setiap orang ada cerita semasing kenapa mereka berbuat sesuatu. Mungkin sebab diorang ter delete komen Cik Dila sebab diorang 'on' kan komen moderesyen dan dah hilang stamina sebab sibuk layan pengomen yang hot-hot. Mungkin sebab diorang berburuk sangka dengan komen jujur Cik Dila (ingat Cik Dila ni nak tumpang semangkuk dengan diorang). Ataupun, mereka memang seperti yang Cik Dila sangkakan; memilih bulu dan cam cibai.

Sapalah nak layan kita, si ikan bilis di lautan dalam dan tak bertepi ini. Dapat lak kita ni baru nak membesar. Memang kebiasaanlah sesuatu yang kecil mengagumi sesuatu yang lebih besar atau lebih berpengalaman darinya. Ada yang sedar diri, akan membantu kita membesar dan mengharungi hidup di lautan gelora ini bersama-sama. Ada yang sekadar senyum dan berlalu. Dan memang kebiasaanlah sesuatu yang otai dan glemer itu tak perasan komen dari yang kecik. Tapi ini sepatutnya tak menghalang kita dari terus mengagumi seandainya si otai tadi benar-benar berisi. Sebab kita ni baru nak belajar. Dan banyak sebenarnya yang dapat kita pelajari dari musuh, jika berbanding dari kengkawan...


Jadi, semoga Cik Dila jangan berhenti merayau-rayau dan memberi komen, di mana saja Cik suka. Tak kisahlah blog tu femes ke, baru ke, blog bebudak ke, atau blog tahapahapa cam blog ni. Kerana dah banyak sangat pengomen senyap kat luar sana. Dan amat rugilah, pada pandangan saya, jika orang yang berkeupayaan menulis entry sebegini gempak merajuk dari alam mengomen.

Bagi menguruskan emosi Cik, saya sarankan Cik Dila rekod setiap komen bernas yang Cik dah buat,  kat dalam blog Cik. Contohnya seperti apa yang saya lakukan dalam blog ini. Cara ini, jika komen Cik tak dipublishkan pun, ia masih tercatat dalam e-diari Cik.

Maaf. Sekali lagi. Nak cukupkan 3 kali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...