Thursday, December 23, 2010

Gambar paling GEMPAK untuk Minggu ini- KULUP SAKAH punya header

Aku tak kenal brader Kulup Sakah. Dan aku sering cuba memahami beliau serta kehidupan beliau melalui blog-blognya sejak dari aku mula berblogging.
Setiap hari (atau beberapa hari sekali) beliau akan menukar gambar headernya. Dan gambar yang aku tengok hari ini hampir membuatkan aku menangis.

Kalau nak tau kenapa aku nak menangis, korang terjah dan gali lah blog dia dan cari cerita pasal anak-anaknya. Adusss....Aku nak log off lah. Tak sanggup lagi aku berinternet...Aku nak layan perasaan yang termakrifat dek gambar ni...

Pada aku, gambar ni epic sebab anaknya. Korang tengok tangan anaknya. Lepas tu Brader Kulup cium dia (tanda sayang). Korang tengok lirikan matanya. Aku ada tanggapan aku sendiri terhadap Brader Kulup dan background KLCC di waktu senja ni sungguh deep.

Ni perasaan aku:

Senja         = simbolik kepada umur Brader Kulup
KLCC       = simbolik kepada keadaan di mana dia berada
Anak         = mewakili future brader Kulup

Aduhhh..aku tak dapat teruskan....Sedih ada. Kagum ada. Memang terasa sungguhakan keperitan hidup sebagai hamba Allah di dunia akhir zaman...


Apa makrifat korang?

Komen kepada: Untuk suamiku sayang yang baik hati..

Entry asal:

...Esoknya aku tanya pada en.asben, kenapa dia biarkan aku on aircond sedangkan dia tak tahan sejuk malam tu. Jawapan en.asben ialah:

Dah orang yang I sayang tu kata dia panas and nak on aircond, takkanlah I nak kata jangan.


baca lagi entry-entry lain...



Salam Cik Hanis,

Perghhh...Entry Cik Hanis memang best-best. Ayatnya lembut dan jujur. Perspektifnya yang baik. Dan penceritaan yang bersahaja dan kelakar membuatkan saya tak puas membaca sekadar 7 entry yang dipaparkan.

Dan entry yang ni memang menyentuh perasaan saya yang juga seorang suami yang baik. Jarang saya jumpa cerita pasal suami yang baik cam suami Cik Hanis ni. Dan kisah pengorbanan bangang seorang lelaki kepada seorang perempuan yang macamni memang inspirational. Sebab lelaki ni biasanya selfish dan tak sensitif. Saya tertanya-tanya apakah zodiak suami Cik Hanis. Adakah dia Leo, cancer atau Pisces (hehehe). Apapun, tahniah kepada Cik kerana punyai anak yang sihat (dah berkahtan dah), suami yang baik, serta jiwa yang murni (boleh rasa kemurnian tu dari entry dan gaya bahasa Cik). Semoga semua orang bertuah juga seperti Cik ni.

Komen kepada: Kuliah Subuh Di masjid Shah Alam

Entry asal:

...Sekejap tadi saya, Azrai, Amirul dan Anaz solat subuh di Masjid Negeri. Kelihatan jemaah lebih daripada biasa. Ketika hendak memulakan solat tahiyatul-masjid, saya terpandang seorang jemaah yang sangat kemas berpakaian. Alahai… saya bandingkan dengan saya yang berkain pelikat dan berbaju kemeja...

...Jemaah di sisi kiri menghulurkan tangan untuk bersalam. Matanya langsung tidak ke mata saya. Saya cuba memberi senyuman yang paling manis tetapi pastinya ia tidak sampai ke mata dan turun ke hati. Barangkali saya tidak penting kerana ekor matanya melewati jasad saya yang berada di sebelahnya....

read more...


Salam Tuan,

Dah lama saya mengikuti blog tuan yang saya temui linknya dalam blog sahabat saya. Asalnya saya nak mengomen entry yang 'Mengajak' tu sebab ia sungguh inspirational. Tapi entry yang ini lebih hampir dengan jiwa saya...

Persoalan tuan berkenaan kesempurnaan pakaian jemaah lain ketika mengadap Allah berbanding pakaian tuan sendiri, memang sering saya jadikan point utama ketika menghentam diri saya sendiri satu masa dulu. Tapi sejak saya terlibat dalam dunia welding dan kontraktor-lisasi ni, apperance saya dihadapan Nya semakin sekadar cukup syarak ajer. Selepas membaca entry ini, saya berazam untuk lebih kemas ketika mengadap Nya.

Isu pasal bersalam dan memandang mata juga sangat klasik kepada mereka yang sering bersolat jemaah. Dewasa ini, saya dapati semakin ramai yang tidak bersalaman ketika di masjid (lantas mendedahkan saya kepada bisikan syaitan agar berburuk sangka). Malah ada pula yang mempersoalkan perlakuan itu sebagai bidaah pula. Sedih saya mendengarnya. Yang bersalam pula, tidak melakukannya dengan kemesraan. Pada saya, persalaman itu dimulakan dengan menghulurkan tangan dalam keadaan yang paling hormat (hulur dua-dua tangan dan merendahkan kepala sedikit) serta dapatkan eye-contact. Dan dalam pengalaman saya mengamalkan cara ini, lagilah sedih hati ini kerana mendapati, acap kali yang tua tak berapa nak layan sangat salaman dari orang muda. Salam pun main sep-sep macam high five pula. Tapi sejak H1N1 dan selsema burung, bisikan setan dalaman ini telah berjaya dihujah kembali dan saya semakin tak kisah dengan perangai otai yang macam ni.

Ringkas. Tetapi memang signifikan. Entry-entry tuan amatlah santai berbanding entry prof-prof lain yang saya ikuti. Barulah saya mengerti kenapa sahabat saya meletakkan link blog tuan di blognya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...