Tuesday, January 25, 2011

Komen kepada: Sorrow yang Terindah


Ni personal sikit.

Korang kenal dengan Dark Half, bukan? Seorang blogger emo yang misterius yang suka melepak dalam blog-blog aku. Penuntut kelas 1 Mawar yang suka angkat tangan dan menghangatkan suasana dengan persoalan ke-nak-masuk-Melayu-an nya. Aku jeles sebab susah payah aku komen setiap entry korang, dia punya follower pulak yang naik lebih mendadak. Korang tengok graf kat bawah ni:


Korang tengok betapa cibainya kadar kenaikan follower blog dia sejak kebelakangan ini. Bila ditanya apakah rahasia kejayaannya, dia sering mengingatkan bahaya kejayaan sebenar ialah berjaya di kehidupan seterusnya yakni kehidupan akhirat serta jangan lupa layan mee sup daging manusia.

Evolving dari YM dan sms, beliau mula melayan twittr dan skype, menjadikan darkhalf semakin saiko sejak mula tahun 2011. Jumlah entrynya seminggu pun semakin berkurangan. Mungkin dia sibuk melayan hatemails atau sedang berzikir. Tetapi itu tidak mematahkan semangat silent readers untuk terus membaca setiap entry kat page yang tak berupdate itu berulang-ulang kali untuk dapat menangkap mesej subliminal yang cuba diterapkan dalam penulisannya. Siap ada para pengomennya yang bergaduh sesama sendiri apabila Dark Half lambat membalas komen mereka.

Apa-apahal pun, darkHalf dah mulakan dua project yakni Sorrow Graphic Novel dan Siri Berdialog dengan Blogger. Aku tertanya-tanya bila agaknya mamat ni nak kasi baek punyer bagi kedua-dua siri ini sempena 2011. Setakat sekeping gambar mamat kerek, aku snap pakai henfon jer, bro. hehehe. pastu kartun kan. Kalau rajin sikit aku retrace pakai pencil 6B tumpul. Kasi klasik sikit janggut mamat kerek tu.

Anyway, kepada yang mempunyai keluarga dan anak pinak cam aku mungkin tak merasakan apa-apa tapi kepada orang yang macam Dark Half ni, aku ada rasa segan sikit. Kepada yang dok ngadap laptop 24jam sepanjang masa, menantikan cerita terbaru via ruangan cyber atau henfon atau apa saja, blog yang tak berupdate memang agak meng emokan. Dapatlak kita memang kaki blog tu. Harihari datang jenguk tapi tak berupdate. Dah siap kita sound dah. Sound kita tu pun tak berjawab. Hisssh.

Jadi, Dark Half ni ialah simbolik kepada kenapa aku terus menulis dan menulis dalam dunia blogging yang aku baru jumpa ni. KihKihKih. Dia ni umpama seorang pembaca misteri yang ternantik-nantik apa cer hari ni di aderberani...

Si Pembaca yang ternanti-nanti di hujung connectivity dan wifi free. Dicelah makna menulis setiap entry...


Hihihi. Sorrow Yang Skizo. There you go.

Mengarut 101 (Happy, Emo dan Stick to The Plan)


"Salam satu Malaysia, Cikgu!" 


"Salam satu Malaysia, Cikgu!" jawab muridmurid yang lain. Mereka kelihatan eager nak belajar harini. Semuanya memandang tepat ke muka Cikgu Badrul. Tapi Cikgu Badrul pulak yang bermuka jem. Sebaik semua murid melabuhkan punggung mereka di kerusi masingmasing, Dark Half yang masih berdiri mengangkat tangan.


"Dark?" kata Cikgu Badrul.


"Kenapa cikgu muka monyokkkk jer?" tanya Dark.


"Takde. Cikgu OK. Cuma cikgu ada satu berita yang tak berapa OK bagi cikgu, tak taulah ia OK ke idak pada kamu semua" jawab Cikgu Badrul. Kening Cikgu Badrul berkerut. Dia memandang ke lantai.

Kelihatan hampir seluruh kelas mengangkat tangan. Termasuk Cikgu Gedek yang kebetulan melintasi pintu kelas. Cikgu Badrul mengangkat pandangannya ke semua. Dia melirik ke arah seorang murid perempuan.


"Cik Chirpy?" kata Cikgu Badrul pada budak tu. Cik Chirpy terus bangun dan berpaling ke belakang. Apa tabiat la budak sorang ni...


"Apa dia berita tu?" tanya Cik Chirpy.


"Cikgu asal kelas kamu; Cikgu KaChing akan kembali dari cuti bersalinnya pada bulan Februari nanti" mula Cikgu Badrul. Dia berenti sejenak memerhatikan reaksi muridmurid kelas 1 Mawar terhadap berita tersebut.

Kelihatan budakbudak pompuan happy dengan berita itu. Mereka berpandangan sesama mereka seolah tak sabar dengan kepulangan Cik Kaching. Maklumlah, Cikgu Kaching ni ada blogshop jual baju pompuan. Kelihatan juga ada yang terlompat-lompat dalam keterujaan. Dalam suasana happy dek berita baik itu, kelihatan podeh3 mengangkat tangannya.


"Ye?" kata Cikgu Badrul sambil memandang kepada podeh3.
"Adakah ini juga bermakna Cikgu Badrul tak datang kelas ni lagi? Cikgu kan, guru kelas Form five?" tanya podeh3. Budak pompuan yang dok terlompat-lompat tadi berenti melompat. Kesemua mereka memandang ke arah Cikgu Badrul yang dah duduk di belakang meja guru.


"Betul" jawab Cikgu Badrul.
"...dan itulah yang membuatkan cikgu monyok" sambung Cikgu Badrul lagi. Seluruh kelas tibatiba senyap macam malaikat maut baru lalu.


"Ini bermakna cikgu dah tak mengajar kelas kamu lagi. Secara peribadinya, walaupun cikgu masih baru lagi mengajar di kelas kamu, cikgu ada rasa 'sayang' lebih sikit dengan kamu semua, berbanding kepada abang-abang atau kakak-kakak kamu di form five tu" terang Cikgu Badrul.

Barulah muridmurid paham kenapa muka Cikgu Badrul monyok je sejak masuk kelas tadi. Ada setengah guru kat maktab ni yang specialized mengajar certain subject ajer. Cam Cikgu Badrul. Kalau bukan sebab Cikgu KaChing bersalin haritu, takkan aderlah Cikgu BAdrul nak jejak kelas budak tingkatan satu ni. Budakbudak Form Five kelas dia pun dah tak menang tangan...

Kelas dilanda suasana yang emo. Cikgu Badrul perati jer air muka bebudak tu sumer. Semasing muka down jer. Yang dah mula mengesat air mata pun ada. Cikgu Badrul menyambung lagi:


"Cikgu tak tau lah kamu semua suka ke tidak dengan cikgu. Mungkin cikgu jer yang perasan" 


"Kami pun suka dengan cikguuuu!" kata sekumpulan budak perempuan speki di belah kiri kelas. Katakata mereka di iya kan oleh sekumpulan besar murid lain kelas 1 Mawar. Cikgu Badrul terharu dengan reaksi yang ditunjukkan oleh bebudak tu sumer. Si Dark Half tengah menangis teresak-esak.


"Dark? Kamu kenapa? Kenapa kamu menangis?" tanya Cikgu Badrul.
" Emo itu sangat Terindah " jawab Dark.

Hampir seluruh kelas jugaklah ketawa dalam kesedihan dengan remark dari Dark yang blankblank lawak tu. Eszol membalingkan segumpal kertas ke arah Dark Half. Melantun gumpalan kertas tu setelah terkena bahu.


"Tapi sebab cikgu dah jangka ini akan berlaku, maka cikgu dah buat satu plan dan Alhamdulillah, plan itu diterima oleh Tuan Haji Marhaen. Tapi untuk menjayakannya, cikgu perlukan bantuan kamu semua" kata Cikgu BAdrul. wajahnya berubah kepada ceria. Semua murid pause sekejap dari sedihsedih nak dengar apa bantuan yang Cikgu BAdrul nak mintak tu.


"Cikgu nak tubuhkan Kelab Komputer kat maktab kita ni, dan cikgu nak kamu semua jadi ahli jawatankuasa pioneernya. Dengan cara ini, walaupun cikgu bukan lagi guru kelas kamu, kita masih boleh menyambung pengkajian kita dalam Subjek Mengarut 101..."

Muridmurid kelihatan tercengang. Yang melompat-melompat tadi mula melompat-lompat balik. Diorang ni memang kaki pogo agaknya. Yang speki pulak berpelukan dalam keterujaan. Kelihatan Dark Half membaling kembali gumpalan kertas kat eszol. Mana Ju_On?


"Mana Ju_On?" tanya Cikgu Badrul.


"Ntah? Dia suka melepak layan twitter dengan budak kelas sebelah. Mungkin dia kat sana kot?" jawab Eszol.


"Nantik awak tolong pesan pada dia kita ada meeting pertama Kelab kita ni pada Jumaat ni, OK?" kata Cikgu Badrul pada Eszol.


"Insya Allah, cikgu" jawab eszol berkobar-kobar. Tangtangtuu jugak Dark Half nak berlari keluar pergi ke kelas sebelah. Cikgu Badrul menahan Dark Half.


"Rilek. Takper. Bagitau masa dia kembali ke kelas nantik" kata Cikgu BAdrul. Dark Half kembali tenang dan duduk.


"Baiklah, sebagai persediaan kelab kita tu, cikgu nak mintak pendapat kamu, walaupun cikgu dah tau apa jawapannya. Kamu nak komputer desktop ke, komputer riba sebagai komputer dalam kelab kita tu nantik?" tanya Cikgu BAdrul.


"Laptopppppppp" jawab muridmurid Kelas 1 Mawar serentak.

"Bagus. Untuk itu, saya mahu kamu semua buat satu karangan dan berikan 3 sebab kenapa komputer-komputer kat Jabatan-Jabatan Kerajaan mesti ditukar kepada laptop. Hantar pada hari Khamis dan pada hari Jumaat nanti kita akan bincangkan artikel-artikel kamu tu sebelum cikgu compile dan hantar sebagai attachment dalam final proposal pada Tuan Haji pada Isnin nanti. Boleh?"

"lulz" kata podeh3.


"KahKahKah. Kan dah ker-nerrrrrrr" kata Ju_On Yang baru kembali.


"Termasuk awak la sekali, Ju_On" kata Cikgu Badrul. Seluruh kelas ketawa macam ending sebuah cerita kartun Anime yang bahagia...

Monday, January 24, 2011

komen kepada: sarkasis



Kau baca dulu, mana tau kau dapat lebih dari aku:


Ada banyak entry yang saiko dalam blog ni. Dua tiga kali aku scroll atas bawah cuba memahami maksud blog ni. Dari namanya cam blog yang sarkastik. Tapi aku tak pasti sarka ke arah mana. Mungkin sekadar memeriahkan blogosphere yang dah nyawa-nyawa PKR ni. Atau mungkin satu lagi cara mereka semua berlatih menulis cam blog faveret aku mencari idea: 100penulis atau terfaktab. Atau blog ni sebenarnya sarkas-is? Aku pun tak taulah.

Aku takde masa nak check setiap entry dalam usaha memahaminya. Aku suka dengan tulisan hiro yang konsisten tentang cinta. Aku komfius dengan luna yang memula sound pasal dunia ni pinjaman tapi dia sendiri yang mencarut. Aku tau Sca nDx sebab dia selalu gaklah mengomen dalam blog-blog aku. Beri aku sikit masa nak menerjah blog peribadi setiap penulis ni...Mungkin aku akan lebih paham sarkasis...

Secara terus terangnya, aku mengaku yang aku kureng sikit nak mengomen blog yang terdiri dari banyak penulis. Sebab ia memeningkan kepala aku. Atau entry yang ada read more. Maafkan aku. Aku takde line internet dan semua benda yang korang baca ni, dipost sama ada dari CC, wifi free atau dari rumah mak aku. Jadi, aku akan cuba optimakan duit aku sebaik mungkin dengan menge save page sebanyak-banyak blog yang boleh dan baca kat rumah bila semuanya dah aman.

Aku menulis sekadar hobi jer. Tapi nak tulis tukang komen kenalah membaca. Dan bila ada banyak penulis dalam satu blog, dan setiap satu tu cam orang kurang kasih sayang, aku memang akan rasa macam nak makan nasik. 

Tapi entry-entry dalamnya macam membaca fluffymath atau fynn jamal punya blog. Tapi ntahlah. Mungkin membantu kalau admin blog taruk description sikit kat bawah blog title.

p/s: sila belajar dari obie camana nak menulis dengan sarkastik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...