Wednesday, February 2, 2011

Siri Peluru Tak Kenal Siapa



Siri ini dedikasi kepada blog yang aku jumpa bila menyiasat melalui jaringan yang terdapat dalam blog Cik Siti Zafira. Jadi, salahkan dia...

Diorang ni aku labelkan dalam kepalaku sebagai penulis dan takde iklan nuffnang. Diorang ni jual buku dan short movie agaknya dan ayat-ayat dalam entry diorang pendek-pendek tapi cool.  Dan aku tak expect sangat diorang akan balas komen aku sebab diorang ni ada kelas

Sesuai dibaca kepada golongan anak muda yang berinspirasi nak jadi penulis atau photographer atau pelukis, penyajak, penyair, pengarut atau apa saja. Daripada dok baca inpirational quotes atau novel dari mat salleh atau dakyah illuminati.

Kepada diorang aku salut.
Semoga aku dapat sebijik buku free dari setiap diorang ni nantik.

Hahaha.

Komen kepada: Tinggal bayang



cebisan dari entry asal:

...Kaulah pemuisi terhebat
Membelit kata hingga aku lupa
Untuk berpijak pada bumi yang nyata
Kau pelakon handal
Mempesona aku hingga aku lupa
Untuk menyedari bahawa semuanya...

Sementara...


baca dari mula weyh..


Salam Cik I-Sya,

Kengkadang,
Manis itu perlu untuk meloloskan yang pahit.
Kuntuman senyuman kadangkala dapat legakan sementara,
Luka di hati yang sakit

Sungguhpun bila ketidak adaanmu, aku kalut
Tapi tatkala berdepan denganmu, kaulah seluruhnya padaku.

Aku takut dalam kekalutan
Aku kalut dalam ketakutan

Takut Kalut Makut Talut
Salot Kalut Takut Mulut?

Ketawalah
Lupakanlah sementara
Kekusutanmu tadi...

Bahan bacaan segar: [+]


Rasai Mentari Yang Membakar Hatimu.

Nuff said.
Ada banyak link yang sampai tahun depan baru habis teroka.

Dan a whole lot of cool writtings. Kalau aku jadi aku, dan ada line internet, aku selongkar dalam-dalam blog ni time-time boring (which is around 230am every night).

Checkout site dia yang satu lagi:


Gila cool lah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...