Monday, May 16, 2011
Komen kepada: Kita ingat dunia macam...,tapi dunia ini sebenarnya...
Berat sebenarnya topik yang kau bicarakan ni, Fontonk.
Kita, orang muslim kat Malaysia, yang mengambil tahu, memang sedia maklum dengan semua point yang kau utarakan dalam entry ini.
Tetapi, dunia akhir zaman ini amatlah ganas dan demanding. Kadangkala dengan semua ilmu di dada dan di rak-rak buku di rumah juga pun terkantoi juga. Sebab ujian dan hasutan dunia akhir zaman ini amatlah haloos dan bertubi-tubi. Tanpa persediaan dan sistem sokongan yang berterusan, kita akan hanyut.
Dari satu sudut lagi, kalau kau suka buat entry macam ni, kemudian kuat bercerita pula pasal dunia yang sempit dan akhirat yang luas, lelama Insya Allah Allah akan bukakan hijab dunia dari hati kau. Dan masa tu, kau akan rasa dunia ni takde makna.
Kalau orang duludulu jumpa orang muda cam kau ni, mereka akan nasihatkan agar kau carilah dunia dulu, nantik umur dah 40 baru buat benda ni dengan series. Sebab bila hati kau dah takde dunia, kau akan...kau akan...jadi macam orang sufi sikit...Berat tu.
Aku pulak cakap: jangan buang masa! Teruskan!
Dan kat sinilah ujian seterusnya bermula.
Aku, masih stuck kat ujian yang ini lagi...
Wallahualam
Labels:
komen bebas
Thursday, April 28, 2011
Rekomendasi kepada: Fuck the supernot cool
Mamat ni semakin cool. in fact, membaca entry-entrynya adalah super cool. Tapi sebab dia fuck benda-benda super cool, maka aku pun fucklah jugak. Amendernya intro banyak mencarut ni?
Apapun, masa aku terjah blog dia, aku boleh relate dengan entry dia yang ini.
Sebabnya, lately, masa aku nak menaip untuk blog, aku mesti either endup tweeting atau melangok tak buat apa-apa. Tak macam dulu-dulu. Tak macam supernotcool kita ni yang keluarkan entry 3 kali sehari setakat ini. Blog yang rajin sebeini memang puashati taruk link blog dia dalam blog kita. Cool.
Lagipun, ayat dia pendek-pendek dan provoking. Dia suka main dengan perkataan dan setakat ni agak cool pada pembacaan aku. Sesuai untuk aku yang sedang belajar nak tweet ayat power. Aku nak dominate the world dengan twiter. Hahaha.
Anyway, aku harap dia tak marah aku featurekan blog dia kat sini harini dan semoga dia dahalanghalangonline tu, datanglah mengomen kat sini sepam dua. Kasi baekkk punya.
Hahahaha!
Labels:
komen bebas
Subscribe to:
Posts (Atom)
