Monday, August 1, 2011

Selamat Berbuka!

Pemandangan Kasturi Walk pada pukul 725pm
beberapa minit selepas azan Maghrib
Ambik angin sebelum #nusan kedua
#nusan kedua
Sebentar tadi, berkumandanglah azan magrib, menandakan masuknya waktu solat dan waktu berbuka, bagi kawasan Kasturi Walk, CM dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya.
Sajian bukak puasa gua pada hari pertama Ramadhan 1432 ni ialah sebotol tea o ais limau dan 2 batang #nusan. Lepas solat, gua teruskan perjalanan ke Seremban.

Friday, July 29, 2011

Singa baham Harimau Malaya

Kahkahkah. Sebagai #somalaysian yang ulung dan dikutukramai, gua yang tak tergerak langsung nak bersusahpayah menyapot kekalahan #HarimauMalaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru sebentaar je tadi, mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASEH kepada kedua-dua pasukan yang memberikan jumlah 10 gol dlm 2 perlawanan. Lastlast, kira berbaloi la, beli tiket.

Sungguhpun demikian, dikatakan 85,000 tax paying Malaysian citizen dipaksa membayar lebih dari kebiasaan untuk sekeping tiket. Menteri yang jaga bab-bab harga tiket bola ketika menjawab soalan memberitahu, rakyat Malaysia yang terkenal sebagai BJT consumer, pasti akan termakan umpan dan tak kesah untuk membayar 500% dari harga biasa, demi menyokong pasukan negara mereka. Malaysian kalau bab bab semangat ni memang buleh harap. Dapat pulak haritu Malaysia kena titik kat padang lawan 5-3, perlawanan kelayakan OLIMPIK ini merupakan lubang baek untuk kita menangguk di air yang keroh. Buleh buat duit rolling untuk PRU nantik. Hehehe

Penyokong Malaysia dilaporkan mengutuk taktik pasukan Singapura yang terlalu teknikal.Kejapkejap jatuh. Sikitsikit berguling. Dah macam American Football pulak.

Pemain-pemain Singapura pula ketika ditemuramah mengomplen, mereka bukan berlakon atau menggunakan step ke 7 dari taktik perang kuno yakni perang saiko, mereka terjatuh kerana pemain #HarimauMalaya kasar dan #jobo. Defender Malaysia, main macam langau hurung belacan. Lagipun, Malaysia kalau layak ke Olimpik pun, bukan boleh bla. Baik Singapura aje yang mewakili Asia. Pasukan Malaysia dinasihat untuk guna kelebihan mereka untuk terus cari makan kat area domestik dan nusantara ajer.

Apapun, tahniah juga kepada para penyokong di belah Malaysia saja, yang ramai-ramai bersusah-payah beli tiket, beli jersey, beli muffler, tinggal anak bini demi menghappeningkan malam Jumaat yang barokah dengan meraung, menjerit dan mencarut beramai-ramai sebagai satu suara, menyapot kebangkitan sukan kejarbola negara. Ditambah pulak ambience 'baru dapat gaji' dan Khamis-terakhir-sebelum-Ramadhan-minggu-depan, ramai pengunjung yang menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa walaupun #HarimauMalaya kalah, mereka "...bangga kerana telah turun padang, menyatakan sokongan dan basah bersama sama demi satu hasrat" Macam ayat mamat mamat #jobo yang kena tangkap dek #Bersih, je?

Apapun, pihak gua mengingatkan para kengkawan, sahabat serta peminat di luar sana agar jangan lupa untuk HAVE FUN dan sms bos masing masing untuk mintak Emergency Leave besok. Bila dah dapat, kita teruskan meronggeng malam ni dengan memecahkan harta benda awam macam hooligan kat negaranegara yang terer main bola. Bakar tayar, pusingkan keta dan lari ramai ramai di tengah jalan, kononnya emosional dengan kekalahan tadi. Sekurang kurangnya, kalau industri kejarbola tahap jaguh kampung, biarlah penyokongnya tahap world class. Barulah nama Malaysia terjulang...

Malaysia Boleh!

~ 'aku' of payabesarpedas.blogspot.com

Tuesday, July 19, 2011

...berat lagi hidung yg menanggung

Gua ingat nak mengamuk pasal amoi belakang gua ni, dahla masam, cakap dalam phone macam azan.
Tapi setelah terpandang keadaan brader kat gambar bawah ni, gua rasa amat bersyukur.
Pengajaran di sini: standby facemask dalam beg kalau nak naik pengangkutan awam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...