Monday, January 2, 2012

KTM tak pedulikan Pengguna

Kalau korang selalu guna perkhidmatan komuter KTM, korang mesti dah tahap biasa dengan kecibaian servis dan kepukimakan management KTM bab kemuter ni. Gua refuse nak biasakan diri dengan substandard ni. Sebab tu gua sentiasa maintain macam bagus. Ahaks.

Kalau korang ingat, dalam tahun ni (bulan Julai) ada kes yang lori melompat dari jejantas atas stesen ke dalam stesen KTM ni. Aftermath dari kes itu, ada beberapa bangku stainless steel yang terbiar sekian lamanya dalam keadaan bengkok sehingga (mungkin kebetulan) lah gua komen dalam blog ni, barulah bangku-bangku tu semua dialihkan.
Bangku stainless steel ni terbiar dari bulan Julai sampailah Oktober, kalau tak silap

Gua memang selalu naik kemuter dari stesen KL ni. Dan sesapa yang beli tiket dari pintu masuk arah Dayabumi/Pasar Seni, pasti akan lalu eskalator tinggi macam tangga Batu Cave tu. Ada dua eskalator: satu turun, satu naik. Sejak bulan Oktober lagi, hanya satu ajer yang berfungsi dan yang satu tu diorang set supaya jadi untuk naik ajer (common sense la kan?). Gua dah alam nak komen pasal benda ni tapi gua kasi chan lagi, laa... Lagipun gua dah ushar kat whiteboard dalam bilik meeting diorang yang diorang dah report masalah eskalator ni dan masih menunggu technician nak betulkan.




Tapi baru dua hari lepas, gua perasan eskalator ni duadua dah tak berfungsi. Dahlah menyusahkan makcik-makcik tua nak mendaki tangga yang tinggi tu, yang mana satu untuk turun, mana satu untuk naik pun gua tak tau sampaikan duadua dah jadi macam jalan dua hala. Pempaham jelah rakyat Malaysia yang berhemah tinggi dan bertimbang rasa ni masa nak cepat pergi kerja. Dia bukan kira sivik ke apa, yang dia pedulik ialah dia nak cepat. Dan laksana elektron yang bebas di orbit luar, mereka akan guna ajer tangga yang available dan akibatnya bila dah tengah-tengah bertembung dengan orang yang gunakan tangga yang sama dari arah bertentangan.

Point yang nak gua utarakan kat sini ialah perangai "takper". Masa soal bangku stainless steel yang ambik masa lama nak dialihkan, mungkin jugak pihak KTM buleh bagi alasan something like; "takper, itu sebagai peringatan kepada semua, apa yang berlaku pada hari sabtu itu" dan go all phylosophical about it. Tapi masalah eskalator yang barubaru ni tu adalah soal basic. Asas! Bila dah nampak eskalator tu jahanam satu, cepat-cepatlah hendaknya dibaiki. Gua taknak dengar alasan! Roller takder spare, laa. Kucing technician beranak, la... Bad communication laa. Dan last-last kita semua berpuas hati dengan penutup kata something like; "takper...."

Shit..

Thursday, December 29, 2011

Salutasi kepada seorang pejuang - Annisa

Annisa 8 Februari 2001- 22 Disember 2011


Hari ini genaplah seminggu perginya seorang pejuang...

...salah seorang dari dua pejuang...

...yang berjuang dari saat dilahirkan hingga ke akhirnya...

Al-Fatihah kepada Annisa
kulupsakah.blogspot.com
@ronasina


Jadi, sekali lagi....

Support #Hope2Walk


Monday, December 12, 2011

Kebankrapan Syarikat Bas Henti Henti di Seremban

Pelik gua bila mendengar kat berita yang syarikat bas henti henti di Seremban boleh bankrap. Kononnya syarikat dah bertahun tanggung kerugian dan terpaksa ambik business decision dengan mengangkat bendera putih. Last last, kerajaan Negeri Sembilan pulak yang kena take over syarikat syarikat ni demi memastikan rakyat marhaen (macam gua) dapat ke sana ke mari menggunakan sistem pengangkutan awam.

Kalau korang taktau lagi, kat Negeri Sembilan ni, dah ada stesen kemuter baru. Dulu kemuter sampai seremban jer. Sejak May 2011, route dah extend sampai ke Sungai Gadut. Tak lama lagi sampai ke Rembau dan projek ni sebenarnya bersambung sampai ke Gemas. Tapi gua syak stesen stesen yang selepas Sungai Gadut akan kaput sebab masalah dengan sistem bas henti henti kat area N9 ni yang memang cam sial.

Bukan takde orang nak naik. Kau tengok ajerlah orang kat stesen bas Terminal One seremban time2 peak hour, orang tua muda berebut rebut nak naik bas. Gua tak salahkan mereka sebab frekuensi kehadiran bas memang rendah dan kalau mereka terlepas, alamat kena tunggu koman koman 30 minit for the next one.

Gua sebagai penggiat sistem kemuter KTM (yang pukimak) dan pengomen sistem pengangkutan awam secara amnya, telah bertungkus lumus mengerutkan dahi mencari punca kepada kegagalan syarikat syarikat bas ni. Dan setelah berpuluh temuramah, beratus cawan teh tarik dan berkepil kepil tiket bas, gua telah sampai ke satu penemuan yang menarik. Punca kegagalan bas henti henti sebenarnya adalah kerana PEMANDU BAS YANG TAK AMANAH.

Dulu dulu, bas ada konduktor. Sekarang, pemandu bas yang kutip duit. Tapi sejak implementasi sistem 'masukkan duit dalam tabung' orang ramai yang jarang nak menyediakan tambang tepat selalunya akan bayar pada driver bas ajer. Kat sinilah masalahnya. Driver bas bukan masukkan duit tu dalam tabung tapi masukkan dalam poket mereka. Malah, ada yang berpakat dengan supervisor tukang check tiket tu dan tong tong keuntungan. Akibatnya, perut pemandu semakin boroi, sementara syarikat semakin lingkup dan servis bas semakin merudum. Dahla immigrant yang tak berdeodoran semakin ramai yang naik, makin naik lemakla mereka menjaring duit2 ni dari masuk ke tabung.

Isu ni kena ditangani segera kerana jika tidak, yang efek ialah rakyat marhaen dan immigran, sistem ekonomi yang bergantung kepada mobiliti konsumer, serta gua yang kadang kadang balik atau pergi kerja naik bas sebab kepukimakan KTM tiada penghujungnya.

Satu solusi yang boleh diambil ialah dengan mengimplimentasi sistem kad prabayar macam yang RapidKL buat. Melalui cara ini, driver dah takleh nak songlap duit tambang. Mereka kena berenti dan hangkut lebih ramai lagi penumpang untuk upkan keuntungan kompeni dan lelama pengguna akan mula percaya kembali ke sistem pengangkutan awam.

Kalau tidak, maka program GTP serta kempen gunakan sistem pengangkutan awam yang digembar gemburkan oleh kerajaan hanyalah omong kosong dan hanya applicable di bandar bandar besar. Orang kampung dan suburbia cam gua, terpaksalah bekerja dengan lebih keras, berhutang dengan bank nak beli produk Proton yang tak pernah tak cibai tu dan turut serta dalam meningkatkan kadar trafik jem dan penipisan ozon dek pelepasan asap karbon monoksida.


Well, artikel ni patutnya lagi power tapi sebab gua taip benda ni sambil berdiri beratur nak naik bas Southern dan gua rasa macam nak pengsan dek bau badan immi yang macam bau habuk papan, maka gua tamatkan kat sini dulu.


Simpan point power untuk posting seterusnya. Ngeh ngeh ngeh.


Published with Blogger-droid v2.0.1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...