Epikla gambar ni... |
Blog asal:
Hidup aku penuh dengan liku. Kejap naik, kejap lagi jatuh. Kejap dipuncak, kejap lagi terperosok ke bawah. Apa yang aku impikan, hampir semuanya tak dapat ditunaikan lagi. Apa yang aku dapat, tidak semua yang aku nak, dan apa yang aku nak tidak semua yang aku dapat. Tapi, sebelum Malaikat Izrael datang menjemput...
(puas aku cari artikel ni balik. Dahla takde widget untuk rakib lama, bila search pulak, jumpa. Tapi bila klik pegi artikel mana ntah. Tuan tanah kena check benda-benda ni. Potong stim weiii. Anyway, aku taruk jer la link dia kat sini)
read more...
Aku anggap blog ini ialah sesuatu yang lahir dari lubuk hati KAU. Jika benar, maka dalam itu hati ada lubuk. Itu lubuk duduk dalam satu paya. Itu paya namanya payabesarpedas.
Sebagai seorang payabesarpedas, kau patut bergembira kerana kau banyak kali berpeluang menggembirakan hati orang lain. Kau pun cakap kau akan suka kalau orang pun suka. Dan akibat dari jalan ini ialah rasa keseorangan. Namun, kau paham bahawa keseorangan dapat diatasi jika kita simpan memori perjalanan ini (dan selalu bermuhasabah). Yelah, sapa lagi nak borak ngan kita pasal kita selain kita sendiri? Inilah jalan yang kau pilih.
Kau juga patut bergembira kerana kau ada kampung. Kalau kampung kau tak best, kau boleh datang payabesarpedas. Lagi tak best. Maka kau akan rasa kampung kau best semula. Kau juga ada adik beradik dan azam kau pun ialah kesatuan dan kemajuan. Bahkan kau juga ada impian mengarut sebagai pengingat bahwa kau hanyalah seorang Melayu Malaysia. Kau seperti dah tau mana nak pegi dan apa nak buat selepas ni.
Dan kau juga tau bahwa apa orang nak kata pasal impian kau tu takkan mengubah apa-apa sebab itulah hakikat diri kau. Dan semua ni bermakna satu jer:
Ekau pomaleh! Lengah main intenetttt yo lam bilik tu, tak koluar-koluar. Dah! Moh kito poei ngoca kek sungai. Dapek yo buek laok malam kang.
5 comments:
hahaha...terkujat den baco ayat last skali tu eh..drp intonasi slow melow, tetiba intonasi jd kuat tym bc tu..ekekkee
nanti ble dpt fish bleh buat asam podeh fevret den tuh huh..mekasih utk komen2 yg memberangsangkan kat blog =))
ala.....atok dah padam...tu bukan entry, tapi tu nota...nantilah atok carik balik...sapo suh ko lambek nak komen...hihihi
incik suhaimi terasa entry tu terlalu personal kot,tros di'hide'kan...betol x tekaan aku?
seronok sebenarnya kena starlite ngan tukangkomen
hahaha. Sebenarnya, aku dah lama nak post entry ni, tapi sebab terlupa apa addressnyer, tu yang lambat tu...cuma haritu baru terdetik nak searchkan keyword dalam gugel...sibbaik jumpa...
Mi, bilo nak poei ngoca?
Post a Comment