Entry asal:
Dewasa ini, aku kira, orang yang buta huruf sahaja yang tidak tahu apa itu blog. Kanak-kanak pun dah tahu. Bapak-bapak dan ibu-ibu politik, Tan Sri atau Pak Menteri yang dahulunya buta it sampai nak akses Maybank2u.com pun nak panggil orang assist, pun kini, sudah tangkas dalam selok belok dunia Blog.
Ada yang menggunakan blog sebagai platform untuk menjana populariti. Ada yang guna blog untuk berkenalan dengan kawan-kawan baru. Pertubuhan komuniti. Ruang lepas geram. Diari publik. Sumber wang poket dan sebagainya lah.
.
.
.
Bila kau cerita tentang A, mungkin 10 orang rasa kau betul
Bila kau cerita tentang A jugak, mungkin ada 20 orang rasa kau merapu.
Kau cerita lagi tentang A, mungkin ada 5 orang akan berfikiran jauh dari orang yang 10 dan 20 sebelum ini.
Persoalannya, bersediakah kau, yang secara publik dan keterbukaannya kau di dunia maya ini melontarkan pendapat, menerima pendapat orang lain yang secara publiknya, menyangkal kembali pendapat kau? Mungkin ada yang sangkal dalam hati. Mungkin ada yang sangkal depan-depan. Mungkin ada yang baling batu sorok tangan.
baca sampai habis...
Salam Cik LadyNoe,
Kengkadang, mood kita masa menulis, amat berlainan dengan mood semasa menjawab komen. Masa menulis, kita penuh dengan semangat dan niat dan pelbagai harapan dan agenda. Kita pun mulalah mencurahkan segala jerih dan idea ke dalam sebuah artikel yang entah sapalah nak baca.
Dan normallah bila orang mengomen dengan pujian, kita akan suka dan teruja.
Normal juga untuk kita emo jika ada cacian yang tepat tempat persinggahannya.
Serupa juga dengan wartawan, journalist, orang media, blogger. Bukankah semua ini ada ART dan seni sepatutnya? Tapi lately, kita tengok, semua ini semakin terhakis dek arus kapitalisme. Saya sendiri pun sama.
Tapi, tak kisahlah apa jua agenda atau kelayakan seorang blogger, pedulikan ajerler...Itu tugas dia.
Tugas kita sebagai pembaca cumalah menghadam apa yang disajikan....
Takbley hadam, kita luehkan semula dan move on...
7 comments:
aku setuju dengan pandangan tukangkomen..
woohaaa...cepatnya!!!! korang ni takde kerja ker? hahahaha
semakin banyak entry dari haters dan lovers si dia..hehehe..if u got what i mean
tapi kali ni aku tengok diorang lebih matang laaa...
adakah ini bermakna mereka dah mimpi basah? suara pecah? Entahlah...(?)
biasa la bro...dalam dunia realiti pon ada yang suka dan tak suka dgn pendapat kita..apatah lagi di alam maya ni..
x semua ada pemikiran yg sama :)
dan perbezaan itulah yang mendekatkan kita....lain macam jer bunyinyer?
Post a Comment