Monday, April 11, 2011

Siri: Who are you calling, for? Blogbusters!



Satu lagi blog yang aku tengok DarkHalf taruk link dalam blog dia ialah blog Blogbusters. Hehe. Aku ingatkan blogbusters ni macam kaki blogger atau Rakan Blogger tu, jadi takdelah aku klik link dia sebelum ni. Semalam masa aku klik, rupa-rupanya ada blog. Aku pun lepaklah kejap...Baca, tengok. Nyanyi.

Terdiri daripada 10 penulis. Separuh pakai nama seakan-akan betul, separuh lagi nama pena. Cik Zara kita pun ada kat sini. Bila aku terjah blog setiap penulis ni, aku tengok, semuanya stok power-power punya. Maka aku pun semakin teruja nak baca blog Blogbusters.

Dari senarai labelnya, banyak entry dalam blog ni berunsur sarkastik (not again), ulasan dan rekomendasi kepada video dan filem, gambar-gambar menarik dan perkara-perkara yang melibatkan 5 deria iaitu dengar, rasa, lihat serta gabungan deria seperti sex, cinta, keliru dan sebagainya. 

Dari blog ni juga aku mengenali nama seperti Paan Ovrtd, Avid Gunner, Nobeat Beat dan Ruhil Rocky. Aku suka dengan lukisan Ruhil Rocky dalam entry "Dengar"  . Simple, comel dan kemas. Banyak lagi kartun gempak-gempak kat blog dia.

Apapun, kehadiran BlogBusters di saat aku macam dah boring baca sarkasis atau faktab sebab baca terfaktab atau pening sebab baca 100penulis, adalah satu breathe of fresh air. Aku nak follow blog ni lah buat masa ni...

Dan aku cadangkan korang pun buat perkara yang sama.

Sekian. Selamat membaca.

2 comments:

intan.maisarah said...

wokee

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua minat betul certa ni dulu

ayat paling best dia

" habislah si kecik ni "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...