Kadang-kadang, gua agak tension dengan diri sendiri. Terutamanya dalam hal-hal semangat nak pergi kerja. Mana taknya, dalam hal nak pergi kerja, gua kena bangun awal pagi, ambik tren kat stesen Sg.Gadut, travel dari Sg.Gadut ke Setia Jaya. Perjalanan mengambil masa 2jam 15 minit. Terlepas komuter pada pukul 638pagi bermakna gua kena ambik tren pukul 718pagi. Kat stesen ni, bunyi delya 30 minit tu tak seberapa. Tapi efeknya amatlah besar sebab ada elemen pertukaran tren kat stesen KL yang tal menentu itu.
Jadi, mindset gua tiap-tiap malam ialah; gua boleh catchup tido dalam komuter nantik. Akibatnya, gua jadi letgo time nak tido memalam. Dapat pulak anak bini semua dok kat rumah mertua, ditambah dengan fakta bahawa gua dah terbiasa dengan lifestyle tido sekadar 2-3 jam sehari sejak gua start bisnes welding dulu. Ini semua adalah faktor yang menyebabkan malam-malam, gua tak tidor melainkan gua terblackout sendiri.
Akibat dari lifestyle yang sebegini, penyakit lama zaman kerja Lustro dulu dah kembali lagi. Apa dia? Apa lagi? TErlangsung lah!
Zaman Lustro dulu, gua pergi kerja naik bas. Dah sampai tahap dah memang biasa dah abang driver tu kena check semua orang dalam bas sebelum beliau parking kat Terminal Hang Tuah dan mendapatkan sarapan pagi. Ni, bila naik komuter, gua dah bawak semua ini ke satu level yang berlainan.
|
Hanya melihat tren yang melintas |
|
Dah terlepas stesen, sempat lagi berposing? |
|
Orang berpusu-pusu nak ke tempat kerja (dalam kereta) |
|
Kat mana ni? |
|
Angle lain plakk |
|
Dalam bas nak balik umah |
|
Bas ke Seremban time-time tengahari memang lengang |
|
Gua boleh pilih tempat duduk paling secure dan sesuai untuk tidur |
|
Hehehe |
|
Hehehe |
|
Masa ni, sesuai kalau update blog, ni... |
Contohnya, ada beberapa kali dulu, gau terlepas stesen pertukaran KL dan terlangsung hingga ke Rawang. Ada tu gua terjaga dah sampai Rawang. Biasanya, gua terjaga sebelum sampai ke Rawang. Paling biasa ialah terjaga di Sentul. Ini semua pasal perjalanan pergi kerja. Perjalanan balik dari kerja, tak cerita lagi...
Takde mesej yang gua nak sampaikan dalam entry kali ini. Sekadar mengenang keadaan diri pada saat ini. Dapatlak Ramadhan semakain pergi dan kehidupan mungkar yang dikecapai sebelum ini akan kembali. Gua cuma harap gua akan dapat tidur dengan lebih mudah dan bangun pagi dengan lebih awal lagi.
Sebagai bonus, gua menghadiahkan beberapa video naik tren komuter dari stesen Sg. Gadut dan Senawang di waktu senja. Saja jer kongsi. Takyah susah-susah nak tenung langit nak cari mata besar atau malaikat atau sebagainya sebab ni semua vidoe lame ajer..hehehe
2 comments:
cantek punye senyum bro..haha
muka puas hati ponteng kerja..hehehe
Post a Comment