Sunday, August 14, 2011

Tix trans

Gambar tak berape clear bro..gegar la dalam bus ni..waktu perjalanan nampak walaupun blur..ko leh publish pic ni dlu sok aku bg lain - @faqih_dean

Tambahan:

Si Faqih nak balik Shah Alam dari kampung dia semalam. Biasalah, bas lambat. Tapi semalam Transnasional lambat sampai 1 jam. YE! 1 JAM. memang bunyi macam; "Elehh, baru 1 jam pun nak kecoh?". Tapi perlukah kita menunggu sampai kelambatan tu jadi berjam-jam baru nak komplen? Haruskah kita menunggu nasi menjadi bubur yang tak berapa menyelerakan baru nak berbuat sesuatu?

Point pertama di sini ialah; Sistem Pengangkutan Awam Malaysia masih screw-up. Kerajaan ada bola dalam TV semalam suruh rakyat balik kampung sempenan Raya ni naik bas. Abis tu, nak pergi sembahyang Raya, nak pergi kubur, naik monorel la, agaknya ye?

Point kedua; kat mana kita sebagai pengguna nak komplen benda-benda ni semua? Persatuan Pengguna Penang dah kena beli. PPIM dah kena beli. Nak komplen kat talian customer diorang ni sumer? Semalam Faqih call, diorang tak hangkat-hangkat. Terawekh, pastu wirid nangis meraung-raung membawa ke tahadjud kot? Bersangka baik, kannn?

Point ketiga; JANGAN tunggu nasik dah jadi bubur baru nak kacau periuk tu atau nak besar/kecilkan api dapur. Sentiasalah sensitif dengan keadaan sekeliling. Mungkin apa yang berlaku pada Faqih dan gua ni takde kena mengena dengan lu orang semua sebab lu orang semua ada dua-tiga bijik keta kat rumah. Tapi percayalah, jika ia tak kena kat lu orang, ia akan kena kat anak lu, sedara lu, atau mereka dan keluarga mereka.

Point keempat; Eh? Malaslah. Gua nak kerja. Harini gua datang kerja dengan semangat baru. Gua nak kerja kuat dan main lagi kuat. Eh? That didn't sound right, did it?

Anyway, THANKS to Faqih_dean kerana sudi berkongsi sebuah episod dalam kehidupan rakyat marhaen. Kudos!

Faqih_dean. Beliau lebih cute di dunia sebenar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...