Saturday, October 22, 2011

Komuter Pukimak Kerana...


Seperti biasa, segmen Memaki Sistem Komuter dan segala di antaranya kembali lagi dengan isu-isu lapuk tetapi hangat yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam yang paling efisien dan terbaeeerk di Asia Tenggara: sistem komuter Malaysia.

Sistem Komuter kita ni bukanlah besar atau kompleks sangat pun macam London Subway ke. Dan jumlah penumpangnya pun taklah sehardcore macam pengguna di China yang sesak dia sepanjang masa. Dan takdelah pulak setakat ni ada kes-kes jenayah atau isu besar yang melibatkan KTMB atau keretapi terbalik ke. Tanah runtuh pun Alhamdulillah takde. penumpang pun semua baik-baik belaka walau kengkadang time pagi dan petang tu ada jugaklah sorang dua yang celaka main tolak-tolak tapi semuanya kira normal, laa.

Jadi, apa masalahnya KTMB taruk effort sikit dalam mengemaskini dan menambahbaik kan lagi apa yang diorang kata dah cukup baik dah tu? Apalah salahnya taruk sorang penjaga kaunter kat stesen besar macam stesen Kuala Lumpur tu selepas pukul 9 malam? Tak pun, upahlah sorang macha jadi tukang tempat tukar syiling sebab mesin auta-matik yang korang harap-harapkan tu, hanya terima wang kertas yang crispy new ajer. Kedai kuda pun ada sistem yang lebih efisien nak dapatkan duit dari orang ramai, tahu tak?

Ni tidak. Bila komplen kat abam KTM berbaju biru BN tu, ada yang sampai siap cakap kat kita; kalau tak suka naik tren, sila naik bas. Takpun, kita pulak yang jadi pendengar dan penenang kepada rungutan si abam KTM yang tak puas hati dengan 'orang atas' dalam organisasi KTMB tu sendiri.

Dah berapa tahun dah sistem railway dan perkeretapian kat dalam Malaysia ni dah wujud? Dan kenapa aku rasa sistem komuter kita ni macam tak berubah-ubah (kalau bukan semakin buruk) sejak dari mula ia dilancarkan? Dan kenapa balik-balik aku dengar alasan yang sama: KTMB ni GLC lah. Orang kerja KTM ni makan gaji buta lah. Orang bawah tak puas hati dengan orang atas lah. PM tak naik komuter lah. Berapa lama kita nak puas hati apabila perbincangan sebegini berakhir dengan racial remarks pasal ketakbergunaan bangsa Melayu dalam membuat kerja?

Hai entahlah. Apa yang orang kerdil macam aku dan kau boleh buat hanyalah mengomplen. Walaupun kita tak tau sapa yang dengar atau sapa yang ambik tahu, sekurang-kurangnya kita tak terus terbelenggu dengan rasa tak puas hati yang patutnya takde. Buang masa betul la komuter Malaysia, ni.


Ni besok beli tren made in China ni, tahapa pulak la bullshitnya kang ni. By that time, mamat yang buat keputusan beli kat mana tu, dah bla. Yang tinggal? Ni! Rakyat marhaen yang tak berduit ni.




 IRWAN 


@ 
 i am just another commuter yg mahu some decency and sense dalam workmanship 
»
 IRWAN 


 takde koc untuk bapuk dan tomboy. Eh?
 IRWAN 


 tak tukar2 suara awek yg buat pengumuman dalam koc tu
 IRWAN 


 tak extend sampai ke utara. Cuba buat, senang2 jer reduce kemalangan waktu perayaan
 IRWAN 


 kaunter tiket pekat dengan bau rokok. dah macam bau kedai snooker dah. Bukan xleh isap rokok ke dlm stesen?
 IRWAN 


 tak taruk ionizer kat aircond. Isu bau ketiak bukan baru beb, tapi apa yg dorang buat? Abam KTM pun xpakai odorono?
 IRWAN 


 rakyat mesia sumer kaya raya dan tak naik komuter. Dan kat mesia cakap org kaya je yg masuk tibi
 IRWAN 


 tak ajar cara penumpang nak handle big baggages. Pepagi indon mesti bawak beg besar mesin basuh. Tahapa lah isiknya tu
 IRWAN 


 sibuk bincang dgn singapore Railway tapi stesen sendiri bocor sana sini bila hujan
 IRWAN 


 duit dah habis rolling buat stupid, non value added buntings and banner
 IRWAN 


  walhal Menteri Pengangkutan pun tak ambik pedulik
 IRWAN 


 tangga2 kat stesen yg hot mcm Setia Jaya takde escalator
 IRWAN 


 takde TV dalam tu. Taruklah TV sebijik, pastu siarkan dakyah kerajaan. Itupun nak kena ajar. Bongok!
 IRWAN 


 the coaches are poorly maintained, if maintained at all
 IRWAN 


 seat tak ergonomik. BAyangkanla gua yg naik dari sungai gadut ni sampai ke Setia Jaya HARI2. Mau tonggek beb
 IRWAN 


 lawak bodoh yg dia tampal kat atap koc tu. Tukarlah seminggu sekali ke...Gugel jer jokes tu. Payah apa?
 IRWAN 


 takde tandas dalam koc. Akibatnya, link between koc berbau hancing.

5 comments:

lara nur said...

"...abam KTM yang puas hati dengan 'orang atas'..."



are u sure diorang puas hati? haha.

ini mesti taip lelaju (penuh semangat la kononnya) tapi lepas tu tak baca balik ..... ke perli?

Irwan said...

eh? Laaa betul laaa....Thanks lara!

Well, you know meee....

Unknown said...

aku SETUJU !!

Irwan said...

la? tetiberrr jer setuju? hehehehe

SnowladieS said...

mmg betul2 tk puas ati ngn ktm ni -.-"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...