Ada banyak tips dalam bidang penulisan yang boleh aku jumpa kat dalam internet ni. Aku suka membaca. Dan sesapa yang otai dalam hobi ni patutnya pernah eksperimen camacam cara nak mengaktifkan sex laifenya. Tapi tak banyak tips PEMBACAAN yang cool yang pernah aku jumpa. Kalau sesapa terjumpa, silalah taruk link nya di ruangan komen dan kupas kenapa kau taruk link tu kat situ.
Maka atas demand ini, aku mencuba untuk berkongsi tips aku agar ia menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada sesiapa yang mahu memanfaatkannya. Sungguhpun semua tahu, pembacaan bergantung kepada mood, aku nak kata juga bahawa mood itu akan mudah dihadirkan jika kita ada rutin. Korang boleh tanya lagi pasal perenggan ni di ruangan komen kalau nak aku eksplain dengan lebih lanjut pasal yang tadi sebab aku nak terus ke perenggan seterusnya, yakni memulakan tips aku.
Aku tak boleh melimitkan bahan yang aku baca kepada tajuknya saja. Walaupun tajuk yang menarik itu MEMANG aku akan baca, aku selalunya kena tahu APA yang AKU NAK. Bila aku dah tau apa yang aku nak, SEMUA BENDA yang aku baca akan seolah-olah nampak macam mengiya atau menidakkan tentang apa yang AKU NAK tadi.
Jadi, semuanya akan rasa macam menarik dan semakin menarik. Akibatnya, aku akan BERGHAIRAH untuk MULA MEMBACA. Sebab aku NAK TAU camana NAK DAPAT APA YANG AKU NAK. Supaya bila dah tau, timbullah ghairah untuk MELAKUKANNYA, demia sebuah kedapatan itu.
Maka bila dah berghairah nak membaca, aku akan mulakan membaca. Tulisan otai biasanya memang ada perenggan segmen untuk intro, background cerita, senario dan isu atau mesej atau isik. Ada juga yang suka tulis style berjalan ke depann jer. Tak berenti-henti aksinya sampai nak garu kening pun tertangguh-tangguh sebab taknak berenti membaca. Penulis novel biasanya ada kelebihan begini. Ada juga bebudak yang menulis tanpa koma atau intonasi cam isik sebuah jurnal perubatan. Ada yang terlalu obses dengan nombor hinggakan dah macam aku bercakap dengan robot pulak.
Masa membaca, aku kena sentiasa ingat tentang apa yang aku nak tadi, berkaitan dengan tajuk material yang dibaca. Dan cuba memahami isik material tu sepanjang pembacaan. Kalau aku tak paham, aku akan ulang baca dua tiga kali. Part ulang baca ni, pernah sekali aku dok ulang baca perenggan yang sama sampai aku tertidur sebab ada member ajak berborak masa aku sedang dalam 'Waktu Membaca' ku. Bila aku nak sambung esoknya, aku tengok tak bergerak pun bookmark tu.
Bila dah dapat kefahaman aku tentang apa yang aku nak, Aku akan cari lagi benda lain yang nak dibaca. Aku akan maksimakan pembacaanku dalam waktu membaca tu. Biasanya aku limitkan dua jam sehari. Kalau dapat sekali raaap, baguslah. Sejak ber anak ni, aku buat style pecah-pecah. 20 minit sana, 20 minit sini.
Tapi tips ni lain pulak stylenya kalau baca suratkabar. Dalam membaca persuratkabaran, aku suka guna style 'from tip to tip' Aku akan amati setiap kolum dalam page sokkabar tu, dari bucu kiri atas, sehinggalah bucu kanan bawah. Setiap isu, kolum walhal iklan 8D sekalipun aku ambik tahu. Tapi takderlah nak hayati setiap koma atau tulisan bold tu. Cuma ambik isik penting jer. Macam kalau eksiden, kita nak tau teruk ke, bila? sapa? kat mana? apa pengajarannya? Sapa kita nak tuding? Dan sebagainya. Tapi lately aku memang skip bahagian sukan sebab banyak sangat gambar yang melarikan ghairah aku dari membaca ke benda lain.
Dan bila dah habis benda yang berbuku atau risalah dan flyers dari rumah ke rumah, aku akan mula mengamati setiap apa yang berperkataan. 'Jalan Sehala'. 'Awas'. Inggridien untuk tepung goreng pisang. Tapi aku lebihkan kepada proses memahami dari membaca sekali lalu.
Aku sebut satu-satu dalam hati dengan jelas atau dalam intonasi yang kelakar dalam pitch yang berlainan, bila aku sensorang dalam keta.
Sejak ada blogging ni, kehidupan membacaku jadi lebih saiko lagi. Oleh kerana aku ni berCC dari online. Eh. Beroline dari CC, maka aku akan save page kan setiap site yang aku blog walk masa aku berCC tu. Blog wajib, blog kengkawan, bloggggblog, blog. Dan bila anak bini dah tido, aku luangkan sejam untuk semua ini. Masa ni lah semua info, berita, muzik, dunia, perasaan, ekonomi dan lately ketuhanan akan menerjah otakku. Aku sumbat jer semua dulu tapi aku SEDARI apa yang aku baca.
Cuma kengkadang tak ingat jer baca kat mana.
Tu sebab kengkadang terlambat sikit nak komen blog anda. Hehehe. Kepada semua, saya minta maaf. hehehe..
Jangan risau. Kalau bukan saya, MESTI ADA orang lain yang KOMEN punya...
Tuesday, December 14, 2010
Monday, December 13, 2010
Post a comment
Dalam blog ni ajer aku kena cari idea nak tulis apa. Aku ni seorang twisted, self-absorbed, religious narcisist, jadi aku kengkadang boring jugaklah asyik dok ulang-ulang baca blog aku jer nak cari idea untuk entry baru. Dan atas sebab aku nak isik blog ni, maka aku ambik dari dunia bloglah jugak. Kalau takde idea yang didapati dengan mudah, aku pun mulalah mengomen.
Salah satu perkara yang menimbulkan perasaanku untuk terus membaca dan memahami ialah jumlah komen yang diterima oleh entry yang dipaparkan. Aku mesti akan masuk ke dalam entry yang jumlah komennya tinggi. Nak tau apa yang dibincangkan dalam ruangan tersebut.
Aku akan baca entry sampai habis, kemudian baca setiap komen tu mengikut kronologinya. Banyak idea untuk entry baru, dan pelajaran yang aku perolehi dari perbincangan atau pandangan pengomen-pengomen. Masing-masing dengan kefahaman dan kelebihan semasing. Dan biasanya, aku pun nak join semangkuk. Atau aku memangkukkan diri. Sehinggakan selalunya aku terlupa, entry yang aku baca tadi pasal apa.
Kengkadang tu, aku boleh kembali ke blog yang sama semata-mata nak tengok komen orang lain kepada komen aku, atau nak tengok ke manakah perbincangan ilmiah itu dah berupdate setakat ini. Atau nak berborak dengan tuan rumah. Tapi aku lebih berminat dengan apa pandangan orang terhadap pandangan AKU, sebenarnya. Maklumlah, narsisis. Kalau takde, aku dengan perasaan tak puas hatiku, terpaksalah mula semula dari kosong, cari benda lain nak dikomen.
Aku tak ghairah sangat nak mengomen kalau komen yang tinggi tu setakat kengkawan si tuan tanah cuba meninggalkan bukti kehadiran mereka diblog si penulis. Sebab diorang nak tunjuk support sesama diorang, maka kenalah komen sikit. Dan biasalah, komen kenalah yang menunjukkan aku ni dah baca entry kawanku itu sampai habis. Barulah appreciate nampaknya. Hehe. Aku buat camni kengkadang.
Aku tak bernafsu kalau komen yang beribu tu, setakat gado-gado yang takde kena mengena dengan entry. Pengomen sibuk bergaduh sesama mereka dek salah cakap kat entry yang lain. Aku lebih suka komen yang beribu-ribu tu ada kena mengena dengan topik. Ni bila aku ikuti evolusi komen yang terhasil dari entry, last-last yang menyebabkan ia banyak ialah perbincangan yang takde kena mengena dengan tajuk. Dah tu berhari-hari lak layan gado-gado tu. Memang adrenaline junkie betul la budak-budak zaman sekarang...
Aku malas nak komen blog politik dan agama sebab dalam kedua-dua bidang, aku taktau apa-apa. Blog agama sebab takde benda yang perlu dikomen setakat ini. Blog politik pulak, masing-masing dengan agenda masing-masing.
Mungkin aku kena luaskan pemandangan ke luar Malaysia. Aku nak mulakan ke Indonesia dan Singapura dulu...Nak lagi gempak, aku komen Wikileak jer terus
Labels:
Buletin Board,
lawak,
Series
Sunday, December 12, 2010
Komen kepada: Cetusan minda 1 hingga 4
Sedutan dari entry-entry asal:
Cetusan minda 1
Saban waktu, insan melahirkan cetusan-cetusan minda yang samaada membawa kesan yang baik atau sebaliknya dalam kehidupan, mahupun ia hanya sesuatu yang berlalu seperti jarum jam yang tergantung didinding yang berlalu setiap saat dan sampai ketikanya ia berputar kembali ketempat yang ditinggalkan.
Dalam mana cetusan-cetusan minda dari kaitan berfikir insan ini wajar sahaja meletus dan menghangatkan suasana kehidupan seseorang mahupun untuk masyarakat umum seterusnya ataupun ia hanya mainan minda dalam berfikir, yang hadir dalam kehidupan seharian dengan keadaan samada menyenangkan atau merumitkan minda serta membina minda atau sebaliknya...
Cetusan Minda 2
...Dalam menyampaikan cetusan-cetusan minda, dengan menggunakan alat-alat samaada dalam pengantaraan bahasa harian, tulisan-tulisan, gambaran-gambaran, tanda-tanda yang digunakan seperti isyarat, berbentuk bunyi-bunyian mahupun yang lain-lain dan dengan menggunakan medium-medium seperti hasil artifaknya, buku-buku, segala yang berkaitan dengan media komunikasi termasuk blog-blog dan seterusnya, seseorang insan harus sedar dan merasa tanggung-jawab dari apa yang dizahirkan dari fikirannya.
Atas rasa tanggung-jawab kesan cetusan minda yang dihasilkan, samaada untuk dirinya mahupun pihak lain, membuat diri insan saban waktu akan meningkat kesuatu tahap-tahap fikiran yang lebih tinggi dari apa yang dimilikinya atau dalam kata lain, kematangannya meningkat. Disamping, pihak seterusnya yang mengembangkan atau mengikuti cetusan minda darinya, seperti teman-teman, para pembaca, para audien atau sesiapa sahaja yang disajikan cetusan mindanya serta kemungkinan untuk generasi seterusnya, akan mendapat faedah kebaikan....
Cetusan Minda 3
Untuk menghasilkan cetusan-cetusan minda yang baik dari masa kesemasa, memerlukan proses-proses pembetulan minda (taslih), sehingga tercapai sesuatu yang benar-benar dikira bermanfaat. Pembetulan berbeza dengan pembaharuan minda (tajdid) kerana sesuatu yang memerlukan pembaharuan adalah sesuatu yang telah wujud dengan baik atau sempurna, hanya setelah melalui detik-detik waktu, ia terhakis atau menjadi lupus yang mana memerlukan pembaharuan tetapi pembetulan adalah dimana ada kesilapan atau kesalahan, diperbetulkan mahupun diperbaiki sehingga menjadi sempurna.
Pembetulan adalah juga dilakukan bila sesuatu tersebut tidak lagi relevan dengan waktu terkini atau waktu akan datang. Seperti contohnya, suatu waktu dahulu, cetusan-cetusan minda dipusatkan kepada usaha kemerdekaan tanah-air oleh pejuang-pejuang tanah-air, kerana waktu itu, tanah-air adalah dalam gengaman pihak penjajah, namun setelah kemerdekaan dicapai, maka cetusan-cetusan minda adalah kemudiannya dipusatkan kepada bagaimana untuk pengisian akan kemerdekaan atau bagaimana mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai.
Atau contohnya, cetusan-cetusan untuk mendapatkan kebebasan bersuara yang merupakan impian sesetengah pihak dahulu, kini telah menjadi kenyataan, dimana siapa sahaja boleh bersuara terutamanya dalam dunia komunikasi internet seperti dengan web-web, blog dan sebagainya. Maka cetusan-cetusan minda untuk kebebasan bersuara ini kini wajar diperbetulkan kearah pengisian akan kebebasan bersuara yang diperolehi. Iaitu perlunya sentiasa diperbetulkan dengan cara nasihat dan sebagainya, agar pandapat-pendapat atau cetusan minda dalam kebebasan bersuara ini benar-benar dapat dimanfaatkan untuk dibawa kearah yang lebih positif atau kearah kebaikan....
Cetusan Minda 4
Salah satu medium untuk cetusan minda adalah inspirasi atau ilham yang hadir. Dalam mana kehadirannya adalah samaada sesuatu yang memberi manfaat atau sebaliknya, serta juga kesan yang ditinggalkan untuk kehidupan mahupun aktiviti yang berkaitan dengannya.
Inspirasi yang hadir atau cuba dihadirkan, tentunya bergantung kepada apa dan siapa serta bidang apa yang lazimnya dikaitkan untuk kehadirannya, disamping juga kaitan dengan persekitaran kehidupan yang wujud. Seperti contohnya, seorang penyajak akan sentiasa mengerahkan fikirannya untuk mencari inspirasi berkaitan dengan sajaknya dan sebegitu juga seterusnya pada bidang-bidang yang lain, hatta seorang suri-rumah juga mengerahkan fikirannya untuk mencari inspirasi mengatur dekorative buat ruang rumahnya.
Dalam pada itu, kehadiran inspirasi adalah lebih dikatakan bukan dibawah kesedaran (unconscious) dan ini suatu keunikan kerana insan sewajarnya berada didalam kesedaran tetapi inspirasi pula adalah sesuatu yang tiba-tiba datang dalam benak fikiran dan mampu melakukan cetusan-cetusan minda, yang mana kekadang boleh mencapai ketahap mempengaruhi penghuni dunia....
Salam Cik Zarch,
Sekian lamanya saya mengikuti artikel dalam blog tuan, tapi baru siri yang INI-lah saya dapat ikut. Mungkin sebab ayat dalam siri ini mudah difahami. Atau kepala saya dah mereng sebab CUBA mengomen entry ,Wujudkah Kosong' haritu. Yang penting pada saya, saya dah boleh mula baca 2-3 artikel tuan sampai habis dengan satu nafas. Sebagai 'mood' kepada artikel saya, anggaplah saya TERASA dengan siri ini. Mood ini penting demi memastikan tuan membaca artikel saya pula dengan satu nafas...
Dalam isu#1, tuan menyarankan agar kita berfikir sebelum melakukan sesuatu. Melakukan sesuatu secara SEDAR. Kita kena SEDAR apa yang kita buat. Kita kena sedar KENAPA kita setkan 'makan dengan tangan kanan' serta 'cebok dengan tangan kiri'. Atau kita kena sedar bahawa kita ialah sapa. Atau KITA KENA SEDAR, ALLAH sedang MEMERHATIKAN kita. Maka atas KESEDARAN ini, kita melakukan sesuatu. Dan sesuatu itu ialah menghasilkan cetusan minda.
Dalam isu#2, tuan menyarankan agar kita ada rasa tanggungjawab atas AKIBAT dari cetusan minda yang bakal kita hasilkan. Kita kena pikir REACTION masyarakat umum terhadap benda yang kita producekan. Hasil cetusan minda bukanlah bergantung kepada sijil atau berapa banyak kejayaan kapital si pencetus. Dan paling penting, bila sipencetus dapat tahu bahawa apa yang dia telah cetuskan itu salah atau perlu diperbetulkan, dia patutnya melakukan apa yang sewajarnya.
Dalam isu#3, tuan menerangkan pula proses pembersihan minda sebelum memulakan proses cetusan minda yang penting agar memastikan cetusan minda itu menepati kriteria yang telah tuan anjurkan setakat ini. Tuan menganjurkan agar kita mengambil pelajaran dari kehidupan seharian kita kerana dalamnya terkandung pelbagai pelajaran.
Dalam issue#4 pula, tuan mengkategorikan sesuatu yang dinamakan 'inspirasi' yang diakui kewujudannya dalam dunia pencetusan minda. Ilmu yang berharga ialah perbezaan antara wahyu dengan ilham, serta ada ayat Al-Quran yang mem'BERAT'kan lagi artikel tuan. Dan sebagai pengkarya, kita kena sedar akan hasutan dari pihak musuh yang akan menyelitkan dogma yang mengakibatkan orang (atau diri kita sendiri) yang melihat/mengalami cetusan minda kita tadi ini, terhumban ke dalam neraka.
@...
?...
!...
Setakat ini, semua artikel tuan dalam siri ini terasa pedas kepada saya, walaupun saya tak pasti sama ada tuan memang berniat menaruk cili dengan tujuan untuk memedaskannya atau sekadar pelengkap kepada kesempurnaan 'rasa' akan masakan yang tuan cuba hidangkan. Topik ini amat relevan sebagai panduan kepada insan seperti saya yang baru nak belajar memasak dalam dunia blogging serta suka bereksperimentasi dengan rempah-ratus dan herba, bagi menimbulkan 'rasa' kepada masakan-masakan saya.
Dan seperti yang tuan sedia maklum, cetusan minda, atau 'hidangan' yang terdapat dalam blog saya yang ini, semuanya dicetuskan oleh hidangan yang telah disajikan oleh orang lain. Saya anggap mereka semua adalah jiran saya. Kerana dalam kehidupan blogging saya yang baru berusia 4 bulan ni, saya cuba sedaya upaya mengambil seberapa banyak pelajaran dari cetusan minda orang lain dalam memperkemaskan lagi mutu masakan saya.
Kebanyakan jiran lebih suka menikmati sesuatu yang ada kena mengena dengan dirinya. Tidak dinafikan bahawa kadangkala, dalam keterdesakan, saya membalas hidangan jiran yang pedas-pedas dengan hidangan yang pedas juga kerana saya malas nak berfikir. Saya anggap, mereka yang gemar bermain cili, adalah mereka yang tahan dengan kepedasan sebuah kecilian. Kerana mereka semua lebih otai dari saya dan saya anggap, mereka akan dapat 'rasa' apa yang saya mahu mereka 'rasa', dan sudah tentu ia BUKANLAH soal penarukan cili dalam pembalasan saya itu tadi. Hahaha. Mengong punya paragraph.
Sungguhpun kebanyakan jiran suka dengan hidangan yang mereka terima sebagai balasan, ada juga jiran yang rupanya suka masak cili tapi tak suka makan pedas. Kebanyakan masanya, jiran sebegini akan saya utamakan kerana mahu lebih memahami mereka kerana saya mahu duduk dalam kejiranan ini dengan lebih lama. Saya tak mahu berpindah randah dan memulakan semula proses ini dari kosong.
Saya juga SEDAR bahawa saya takkan dapat memuaskan hati semua orang. Atau MENGAWAL kesan akibat dari cetusan minda saya kepada si jiran yang ditujukan atau anak-anak buahnya, atau orang yang kebetulan berada dalam rumah jiran saya tu semasa hidangan dibalas. Saya tak boleh menyalak bila ada orang lain yang takde kene mengena dalam ini filem, menyampuk dengan mengatakan itu ini pasal masakan-masakan saya. Sungguhpun demikian, komen mereka tetap saya terima dan saya ambil pelajaran darinya agar jangan malas berfikir lagi.
Umumnya, kebanyakan sukakan yang manis-manis. Maka selepas ini, tak kiralah pedas, masin, masam atau pahit camana pun masakan yang terhidang depan saya, balasan yang akan saya balaskan, Insya Allah adalah yang manis-manis sahaja...
Insya Allah...
Labels:
Series
Subscribe to:
Posts (Atom)







