Sunday, December 12, 2010
Komen kepada: Cetusan minda 1 hingga 4
Sedutan dari entry-entry asal:
Cetusan minda 1
Saban waktu, insan melahirkan cetusan-cetusan minda yang samaada membawa kesan yang baik atau sebaliknya dalam kehidupan, mahupun ia hanya sesuatu yang berlalu seperti jarum jam yang tergantung didinding yang berlalu setiap saat dan sampai ketikanya ia berputar kembali ketempat yang ditinggalkan.
Dalam mana cetusan-cetusan minda dari kaitan berfikir insan ini wajar sahaja meletus dan menghangatkan suasana kehidupan seseorang mahupun untuk masyarakat umum seterusnya ataupun ia hanya mainan minda dalam berfikir, yang hadir dalam kehidupan seharian dengan keadaan samada menyenangkan atau merumitkan minda serta membina minda atau sebaliknya...
Cetusan Minda 2
...Dalam menyampaikan cetusan-cetusan minda, dengan menggunakan alat-alat samaada dalam pengantaraan bahasa harian, tulisan-tulisan, gambaran-gambaran, tanda-tanda yang digunakan seperti isyarat, berbentuk bunyi-bunyian mahupun yang lain-lain dan dengan menggunakan medium-medium seperti hasil artifaknya, buku-buku, segala yang berkaitan dengan media komunikasi termasuk blog-blog dan seterusnya, seseorang insan harus sedar dan merasa tanggung-jawab dari apa yang dizahirkan dari fikirannya.
Atas rasa tanggung-jawab kesan cetusan minda yang dihasilkan, samaada untuk dirinya mahupun pihak lain, membuat diri insan saban waktu akan meningkat kesuatu tahap-tahap fikiran yang lebih tinggi dari apa yang dimilikinya atau dalam kata lain, kematangannya meningkat. Disamping, pihak seterusnya yang mengembangkan atau mengikuti cetusan minda darinya, seperti teman-teman, para pembaca, para audien atau sesiapa sahaja yang disajikan cetusan mindanya serta kemungkinan untuk generasi seterusnya, akan mendapat faedah kebaikan....
Cetusan Minda 3
Untuk menghasilkan cetusan-cetusan minda yang baik dari masa kesemasa, memerlukan proses-proses pembetulan minda (taslih), sehingga tercapai sesuatu yang benar-benar dikira bermanfaat. Pembetulan berbeza dengan pembaharuan minda (tajdid) kerana sesuatu yang memerlukan pembaharuan adalah sesuatu yang telah wujud dengan baik atau sempurna, hanya setelah melalui detik-detik waktu, ia terhakis atau menjadi lupus yang mana memerlukan pembaharuan tetapi pembetulan adalah dimana ada kesilapan atau kesalahan, diperbetulkan mahupun diperbaiki sehingga menjadi sempurna.
Pembetulan adalah juga dilakukan bila sesuatu tersebut tidak lagi relevan dengan waktu terkini atau waktu akan datang. Seperti contohnya, suatu waktu dahulu, cetusan-cetusan minda dipusatkan kepada usaha kemerdekaan tanah-air oleh pejuang-pejuang tanah-air, kerana waktu itu, tanah-air adalah dalam gengaman pihak penjajah, namun setelah kemerdekaan dicapai, maka cetusan-cetusan minda adalah kemudiannya dipusatkan kepada bagaimana untuk pengisian akan kemerdekaan atau bagaimana mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai.
Atau contohnya, cetusan-cetusan untuk mendapatkan kebebasan bersuara yang merupakan impian sesetengah pihak dahulu, kini telah menjadi kenyataan, dimana siapa sahaja boleh bersuara terutamanya dalam dunia komunikasi internet seperti dengan web-web, blog dan sebagainya. Maka cetusan-cetusan minda untuk kebebasan bersuara ini kini wajar diperbetulkan kearah pengisian akan kebebasan bersuara yang diperolehi. Iaitu perlunya sentiasa diperbetulkan dengan cara nasihat dan sebagainya, agar pandapat-pendapat atau cetusan minda dalam kebebasan bersuara ini benar-benar dapat dimanfaatkan untuk dibawa kearah yang lebih positif atau kearah kebaikan....
Cetusan Minda 4
Salah satu medium untuk cetusan minda adalah inspirasi atau ilham yang hadir. Dalam mana kehadirannya adalah samaada sesuatu yang memberi manfaat atau sebaliknya, serta juga kesan yang ditinggalkan untuk kehidupan mahupun aktiviti yang berkaitan dengannya.
Inspirasi yang hadir atau cuba dihadirkan, tentunya bergantung kepada apa dan siapa serta bidang apa yang lazimnya dikaitkan untuk kehadirannya, disamping juga kaitan dengan persekitaran kehidupan yang wujud. Seperti contohnya, seorang penyajak akan sentiasa mengerahkan fikirannya untuk mencari inspirasi berkaitan dengan sajaknya dan sebegitu juga seterusnya pada bidang-bidang yang lain, hatta seorang suri-rumah juga mengerahkan fikirannya untuk mencari inspirasi mengatur dekorative buat ruang rumahnya.
Dalam pada itu, kehadiran inspirasi adalah lebih dikatakan bukan dibawah kesedaran (unconscious) dan ini suatu keunikan kerana insan sewajarnya berada didalam kesedaran tetapi inspirasi pula adalah sesuatu yang tiba-tiba datang dalam benak fikiran dan mampu melakukan cetusan-cetusan minda, yang mana kekadang boleh mencapai ketahap mempengaruhi penghuni dunia....
Salam Cik Zarch,
Sekian lamanya saya mengikuti artikel dalam blog tuan, tapi baru siri yang INI-lah saya dapat ikut. Mungkin sebab ayat dalam siri ini mudah difahami. Atau kepala saya dah mereng sebab CUBA mengomen entry ,Wujudkah Kosong' haritu. Yang penting pada saya, saya dah boleh mula baca 2-3 artikel tuan sampai habis dengan satu nafas. Sebagai 'mood' kepada artikel saya, anggaplah saya TERASA dengan siri ini. Mood ini penting demi memastikan tuan membaca artikel saya pula dengan satu nafas...
Dalam isu#1, tuan menyarankan agar kita berfikir sebelum melakukan sesuatu. Melakukan sesuatu secara SEDAR. Kita kena SEDAR apa yang kita buat. Kita kena sedar KENAPA kita setkan 'makan dengan tangan kanan' serta 'cebok dengan tangan kiri'. Atau kita kena sedar bahawa kita ialah sapa. Atau KITA KENA SEDAR, ALLAH sedang MEMERHATIKAN kita. Maka atas KESEDARAN ini, kita melakukan sesuatu. Dan sesuatu itu ialah menghasilkan cetusan minda.
Dalam isu#2, tuan menyarankan agar kita ada rasa tanggungjawab atas AKIBAT dari cetusan minda yang bakal kita hasilkan. Kita kena pikir REACTION masyarakat umum terhadap benda yang kita producekan. Hasil cetusan minda bukanlah bergantung kepada sijil atau berapa banyak kejayaan kapital si pencetus. Dan paling penting, bila sipencetus dapat tahu bahawa apa yang dia telah cetuskan itu salah atau perlu diperbetulkan, dia patutnya melakukan apa yang sewajarnya.
Dalam isu#3, tuan menerangkan pula proses pembersihan minda sebelum memulakan proses cetusan minda yang penting agar memastikan cetusan minda itu menepati kriteria yang telah tuan anjurkan setakat ini. Tuan menganjurkan agar kita mengambil pelajaran dari kehidupan seharian kita kerana dalamnya terkandung pelbagai pelajaran.
Dalam issue#4 pula, tuan mengkategorikan sesuatu yang dinamakan 'inspirasi' yang diakui kewujudannya dalam dunia pencetusan minda. Ilmu yang berharga ialah perbezaan antara wahyu dengan ilham, serta ada ayat Al-Quran yang mem'BERAT'kan lagi artikel tuan. Dan sebagai pengkarya, kita kena sedar akan hasutan dari pihak musuh yang akan menyelitkan dogma yang mengakibatkan orang (atau diri kita sendiri) yang melihat/mengalami cetusan minda kita tadi ini, terhumban ke dalam neraka.
@...
?...
!...
Setakat ini, semua artikel tuan dalam siri ini terasa pedas kepada saya, walaupun saya tak pasti sama ada tuan memang berniat menaruk cili dengan tujuan untuk memedaskannya atau sekadar pelengkap kepada kesempurnaan 'rasa' akan masakan yang tuan cuba hidangkan. Topik ini amat relevan sebagai panduan kepada insan seperti saya yang baru nak belajar memasak dalam dunia blogging serta suka bereksperimentasi dengan rempah-ratus dan herba, bagi menimbulkan 'rasa' kepada masakan-masakan saya.
Dan seperti yang tuan sedia maklum, cetusan minda, atau 'hidangan' yang terdapat dalam blog saya yang ini, semuanya dicetuskan oleh hidangan yang telah disajikan oleh orang lain. Saya anggap mereka semua adalah jiran saya. Kerana dalam kehidupan blogging saya yang baru berusia 4 bulan ni, saya cuba sedaya upaya mengambil seberapa banyak pelajaran dari cetusan minda orang lain dalam memperkemaskan lagi mutu masakan saya.
Kebanyakan jiran lebih suka menikmati sesuatu yang ada kena mengena dengan dirinya. Tidak dinafikan bahawa kadangkala, dalam keterdesakan, saya membalas hidangan jiran yang pedas-pedas dengan hidangan yang pedas juga kerana saya malas nak berfikir. Saya anggap, mereka yang gemar bermain cili, adalah mereka yang tahan dengan kepedasan sebuah kecilian. Kerana mereka semua lebih otai dari saya dan saya anggap, mereka akan dapat 'rasa' apa yang saya mahu mereka 'rasa', dan sudah tentu ia BUKANLAH soal penarukan cili dalam pembalasan saya itu tadi. Hahaha. Mengong punya paragraph.
Sungguhpun kebanyakan jiran suka dengan hidangan yang mereka terima sebagai balasan, ada juga jiran yang rupanya suka masak cili tapi tak suka makan pedas. Kebanyakan masanya, jiran sebegini akan saya utamakan kerana mahu lebih memahami mereka kerana saya mahu duduk dalam kejiranan ini dengan lebih lama. Saya tak mahu berpindah randah dan memulakan semula proses ini dari kosong.
Saya juga SEDAR bahawa saya takkan dapat memuaskan hati semua orang. Atau MENGAWAL kesan akibat dari cetusan minda saya kepada si jiran yang ditujukan atau anak-anak buahnya, atau orang yang kebetulan berada dalam rumah jiran saya tu semasa hidangan dibalas. Saya tak boleh menyalak bila ada orang lain yang takde kene mengena dalam ini filem, menyampuk dengan mengatakan itu ini pasal masakan-masakan saya. Sungguhpun demikian, komen mereka tetap saya terima dan saya ambil pelajaran darinya agar jangan malas berfikir lagi.
Umumnya, kebanyakan sukakan yang manis-manis. Maka selepas ini, tak kiralah pedas, masin, masam atau pahit camana pun masakan yang terhidang depan saya, balasan yang akan saya balaskan, Insya Allah adalah yang manis-manis sahaja...
Insya Allah...
Labels:
Series
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
nak memahanmi cetusan incik zar mind jer memakan masa jugak tapi berjaya jugak aku menghabiskan keempat2 entry.thanks to tukangkomen sbb mensummerizekannya utk memudahkan proses pemahaman.
yaaa..aku sangat suka dgn kepelbagaian rasa masakan tukangkomen dan jiran2 beliau walaupun hidangan pedas jiran tetangga tuan yg pedas agak memeritkan bontot aku akibat diarrhea yg dicetuskan dari hidangan pedas tadi.tapi setelah hajat besar dilepaskan, terasa hidangan pedas tadi begitu bermakna dan aku mahukan ia lagi!
dlm masa yg sama, sila teruskan menjelajah masakan jiran yg bermanfaat seperti dari incik zar mind art tadi
cetusan yang kreatif sob
di tunggu koment baliknya dan saya senang berkunjung di sini
cetusan yang bermanfaat
salam
dark ko cheret beret??? smpai tahap cmtu skalii.
huh best2..
Terimakasih kerana membacanya, apalah sangat nukilan saya ni. Maaf kalau terasa pedas, chili ni pun, baru saya beli kat kedai Asia disini tadi..he..he..he..lawak no..
Saya sebenarnya tulis dalam bentuk umumi bukan khususi dan segalanya pun adalah terutama untuk diri saya agar tak terbelenggu dalam dunia yang membelenggukan fikiran.
Seperti seorang yang menyanyi dalam bilik mandi sorang-sorang, tanpa disedari samaada menganggu jiran sebelah yang tidur atau menghiburkan jiran sebelah yang tak dapat nak tidur-tidur kerana sesuatu sebab-sebab tertentu.
Oklah, teruskan nukilan cik imran, menarik dibaca...
Imran..hehehe..I get that alot...
tak nampak hehe
apa yg x nampak ntah? back to topic. PRITTTT!(whistle bola)
saya juga berharap incik imran akan terus menerjah entry yg berskala tinggi seperti ini utk dikupas supaya sama2 dpt menikmati mangga muda bersama kuah rojak yg sedap itu..
tambah petis sikit...ngan cili api bangi. perghhh
ape-ape lah
gaul je sume
smp ade yg kna telan pil chi kit teck aun pon xpe
br dia tau mskn jnis mna dia nk mkn lps ni
klo x smp bl pon xtau..haha
pil cikit tek aun boleh makan ke?
erk..adekah perlu xplain dgn detail di sini?
sila abaikan mana yg tidak berkaitan
hrp mklum
buat resipi kuah rojak ke???
sedap tuuu....
pil cikit tek aun x bleh mkn tapi bleh dihidu saja dgn niat dpt menghilangkan saket perot XD
Post a Comment