Kau baca dulu, mana tau kau dapat lebih dari aku:
Ada banyak entry yang saiko dalam blog ni. Dua tiga kali aku scroll atas bawah cuba memahami maksud blog ni. Dari namanya cam blog yang sarkastik. Tapi aku tak pasti sarka ke arah mana. Mungkin sekadar memeriahkan blogosphere yang dah nyawa-nyawa PKR ni. Atau mungkin satu lagi cara mereka semua berlatih menulis cam blog faveret aku mencari idea: 100penulis atau terfaktab. Atau blog ni sebenarnya sarkas-is? Aku pun tak taulah.
Aku takde masa nak check setiap entry dalam usaha memahaminya. Aku suka dengan tulisan hiro yang konsisten tentang cinta. Aku komfius dengan luna yang memula sound pasal dunia ni pinjaman tapi dia sendiri yang mencarut. Aku tau Sca nDx sebab dia selalu gaklah mengomen dalam blog-blog aku. Beri aku sikit masa nak menerjah blog peribadi setiap penulis ni...Mungkin aku akan lebih paham sarkasis...
Secara terus terangnya, aku mengaku yang aku kureng sikit nak mengomen blog yang terdiri dari banyak penulis. Sebab ia memeningkan kepala aku. Atau entry yang ada read more. Maafkan aku. Aku takde line internet dan semua benda yang korang baca ni, dipost sama ada dari CC, wifi free atau dari rumah mak aku. Jadi, aku akan cuba optimakan duit aku sebaik mungkin dengan menge save page sebanyak-banyak blog yang boleh dan baca kat rumah bila semuanya dah aman.
Aku menulis sekadar hobi jer. Tapi nak tulis tukang komen kenalah membaca. Dan bila ada banyak penulis dalam satu blog, dan setiap satu tu cam orang kurang kasih sayang, aku memang akan rasa macam nak makan nasik.
Tapi entry-entry dalamnya macam membaca fluffymath atau fynn jamal punya blog. Tapi ntahlah. Mungkin membantu kalau admin blog taruk description sikit kat bawah blog title.
p/s: sila belajar dari obie camana nak menulis dengan sarkastik...

