Tuesday, October 26, 2010

Komen kepada: Bila Ego Setinggi Langit Memang Akan Jadi Susah Untuk Mengaku Kelemahan Diri


Entry asal:

Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan cabaran duniawi. Cabaran duniawi nih meliputi hati, tindakan, perasaan, perbuatan dan gerak - geri anggota badan masing - masing. Seperti yang kita sedia maklum di dalam setiap pertarungan pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Yang menang tidak bererti betul - betul hebat atau kuat dan yang kalah tidak bererti tewas selamanya ataupun lemah dari segala segi.

read more...

Salam Hans,

Artikel yang baik, straight forward, generic dan penuh dengan pepatah Melayu. Artikel ini dapat menarik search engine kalau ada sapa-sapa yang nak cari pepatah yang kau mention dalam artikel ni. Tajuk artikel pun menarik sehingga aku sendiri pun tersampai di sini.

Setiap perenggan ada punchline yang di boldkan. Walaupun penyampaiannya agak sederhana, namun ayat dalam setiap perenggan bijak di alun dengan intonasi provokasi. Pembaca terasa seolah-olah dialah yang makan cili.
Namun dalam dunia blog, kita nakkan komen dan trafik. Untuk dapatkan komen, artikel ini perlu di cilikan lagi. Ayat-ayat tenang perlu dikocakkan. Contoh:

Ayat asal:

Tidak perlu bermain dengan api kerana api sewaktu kecil menjadi kawan tetapi bila besar menjadi lawan. Cubalah belajar untuk menerima kenyataan. Jangan melawan kata - kata guru anda kerana guru anda lebih banyak pengalaman dan sudah masak dengan rencah kehidupan di luar sana. Apabila orang lain dipuji dan anda pula dikritik maka cuba duduk dan berfikir kembali. Apa silap anda? Apa kelemahan anda? Jangan terus membiarkan godaan syaitan itu semakin menguasai hati anda.

Ayat aku:

Tidak perlu melayan api kerana api sewaktu kecil menjadi kawan tapi bila dah besar menjadi sialan. Cubalah belajar menerima kenyataan. Jangan lawan katakata guru kerana guru lebih otai dan lebih berpotensi terkena darah tinggi. Bila orang lebih dan kita kurang, pandanglah cermin dan sikat rambut belah berlainan.  Mesti ada sebab kenapa kita diusik. Kalahkan setan dengan akal dan lojik.


Akhiri setiap perenggan dengan galakkan agar pembaca terdorong untuk membaca perenggan seterusnya. Ini kita panggil sebagai wacana. Susah payah kita suruh pembaca baca artikel kita tapi kita sendiri yang suruh mereka berenti di akhir perenggan pertama. Ini akan membuatkan pembaca tak boring dan artikel panjang kita tak terasa panjangnya. Indirectly, ia akan membuatkan pembaca tertarik untuk membaca lagi artikel kita yang lain.

Aku dah lama nak datang ke blog ini sebab nama kau. Kau ni suka hindustan atau perasan shah rukh khan? Atau kau ada darah kacukan macam Hans Isaac? Anyway, kipap degudwek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...