Wednesday, October 13, 2010

komen kepada: Dialog dengan Cero Null and Alternate

Entry asal:


Aku budak Capricorn.
Dan kalau nak tahu, semua yang tertulis dalam zodiak yang tiap-tiap hari ada dalam paper NST tu,
semua tu tak pernah sama dengan apa yang berlaku dalam hidup aku.
cEro adalah nama aku dalam dunia blog.
Kebanyakan kawan-kawan aku tak tahu aku adalah cEro walaupun mereka baca blog aku.
Aku sangat berhasrat mahu kekalkan seperti itu.
Tapi, tahukah kau, blogger yang tak tayang muka di blog dilabel sebagai orang yang tak ada identiti oleh sesetengah blogger lain??
Kononnya orang macam aku (dan kau) tak berani ke depan kerana niat blogging nak buat salah.
Aku cukup marah dengan statement demikian.
Apa yang aku nak buat adalah mahu menarik pembaca HANYA dengan hasil coretan blog semata-mata, bukan kerana wajah dan status..
Aku rasa, kalau aku bagitahu aku ni adik artis, which is not, sure ramai nak jadi followers, kan??
Kesimpulan,
HORMATI BLOGGER LAIN!
Kita semua sama...


read from start...

Salam Dark Half

Congratulations sebab kau jumpa orang macam cero dan congrats sebab mulakan siri dialog dengan blogger. Aku taktau berapa kali seminggu kau nak publish, atau apa plan kau dengan siri ni. Tapi you better finish what you start. Or at least have a plan. Hehe. Bossy pulak. Biaser arr. Cancerian.

Introduction bagus dengan menerangkan serba sedikit apa yang kau paham pasal mangsa. Kau memilih cero kerana presentation entry nya yang unik serta lambang otak taik di blog beliau.

Dialog bermula dengan soalan intro yang bagus yang menunjukkan kau ambik tau jugak pasal mangsa kau. Ini amat penting sebagai ice breaker untuk setkan mood sepanjang dialog. Cumanya soalan kau takde interaksi dengan jawapan dari soalan sebelumnya, menunjukkan ketidak-dialog-an dialog ini. Kau boleh improve dengan melakukan dialog dengan merekod pakai henpon atau menghantar semula reply yang diberikan dari mangsa dengan lebih banyak soalan lagi (hehehe. cam yahoodi). Satu cara lagi ialah kau boleh isi 'filler' antara dialog kau dan cero macam 'hehehe' selepas cero buat lawak, atau (macam bagus jer tukang komen-kau berbisik dalam hati) nak bagi dialog itu terbayang dalam kotak pemikiran pembaca.

Cero pun pandai menjawab. Tapi kecapricorn-annya amatlah menyerlah, maka standard arrr jawapannya memang berasa sedap dan merbahaya (sebab kandungan kolestrol dalam daging steak sedap itu tinggi) serta ada bau hangit seekor kambing. Aku tak dapat nak agak jawapannya yang berbaur 'blogger friendly' itu berniat apa, sebab tak kira camana kita sangka kita tahu mengagak tindak-tanduk seekor kambing, mereka tetap dapat masuk dalam halaman rumah kita dan memakan pucuk mangga yang kita baru beli kat pasar tani pekan Rembau tadi.

Dialog juga berakhir dengan saranan yang sangat baik untuk semua blogger di sana.

Cayalah Dark Half. Bila siri# 2 pulak? Takkan minggu depann? Kasi laa, satu lagi dalam minggu ni, kira promosi pembukaan kedai...Wa dah mula nak ketagih ni....Apakata kau dialog dengan owner blog politik atau mamat eroticlive yang selalu blogwalk pepagi pakai URL shortener tu pulak. Mesti cool punya...

4 comments:

cEro said...

hahaha, terbaEk dari tukang komen!!
hahaha

± said...

pasni aku nak moderate tukang komen :P

± said...

aku appreciate komen kau yg panjang lebar ni.memang aku kene blajar sket taktik2 kotor dari sorang editor cam kau untuk menjadikan siri berdialog dengan blogger ni ada flow gitu..

aku pun double standard gak dlm memilih mangsa, bro. kalau kena ngan blogger otai yg tak main ngan soalan murahan lagi krg intelek macam aku ni maunya kene reject awal2, bro.

tapi xpe, kau dah mencetuskan semangat bola2 api untuk aku teruskan apa yg aku dah mulakan

Irwan said...

Untuk yang paham, itu sebablah aku buat satu blog khas untuk merekodkan segala komen yag dah aku bagi.

Dan aku tak pedulik pun kalau tuan tanah nak delete ke, moderate ke atau apa saja sebab komen aku tu dah tersiar (sedikit sebanyak, ini akan pressurekan tuan tanah untuk meng approve komen aku). Pahamlah kita kalau komen itu ada kat sini tapi takde kat entry asal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...