Monday, October 4, 2010

Komen kepada: That's why you'll never win against Islam


Entry asal:

This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010.. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world.. , we tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, ...or ban the Athan, or fight hijab,.. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...

read more....

Salam Dark Half,

Aku tak tengok lagi  video ni. Tapi aku bukan nak cakap pasal video ni, aku nak cakap pasal entry kau.

Memanglah kejahatan takkan win over Islam. Kisah akhir zaman pun dah cakap, Islam akan jatuh, lepas tu naik, lepas tu jatuh balik dan kiamat. Islam ialah kebenaran. Kebenaran bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan nak berjaya dunia akhirat kena ikut cara Nabi Muhammad SAW.

Orang yang telah temui KEBENARAN tidak akan berganjak darinya. Tu sebab orang yang telah menganut Islam melalui KEBENARAN amat susah nak dipatahkan imannya (kisah ahli sihir yang dikalahkan oleh Nabi Musa as). Malangnya kebanyakan orang Islam di Malaysia tidak sebegini. Kita menganut Islam kerana keturunan. Kita tak pernah nak ambil kisah apa ertinya menjadi seorang muslim. Ini dapat dilihat dengan tidak cenderungnya kita terhadap masjid. Bahkan, kita tidak cenderung kepada solat. Solat yang menjadi tanda utama seseorang itu Islam, dah menjadi sesuatu yang dikerjakan semasa susah atau kerana nak jaga hati orang.

Dan atas sebab ini, aku kata ISLAM AKAN KALAH DI MALAYSIA. Islam akan diperkotak-katikkan oleh orang Islam sendiri hinggalah manusia lain yang TAK PAHAM akan mengambil kesempatan untuk menghancurkan kebenaran dan kebaikan sama sekali. Dan akhirnya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang berpecah belah dengan semua komponen negaranya mementingkan diri sendiri. Dan kemudian maksiat akan berleluasa dan huru hara pun tiba.

Iktibar yang aku dapat dari video, dan entry-entry yang berkaitan dengan video ini di blog dan FB ialah; kita orang Islam Malaysia hanyalah PERASAN Islam. Kita tertipu dengan diri sendiri. Kita lebih suka promokan benda-benda cam video ni dari mem blog walk kan salam atau taruk entry pasal hadis nabi. Kita lebih suka berbicara dan mendengar/membaca tentang Islam dari betulbetul menghayati ilmu atau mengamalkan sunnah.

3 comments:

± said...

firstly, thnx sebab menerjah blog aku.video tu memang menunjukkan umat Islam yg nampak begitu teguh dan bersatu padu dgn solat berjemaah malangnya bukan di Malaysia. memang agak tak relevan dgn suasana kat sini yg aku sendiri x penah langsung nampak org ramai² solat kat jalanraya or kat bus stand.aku sendiri baru betul² in depth dgn islam pun maybe baru setahun dua ni wpun baru 7 tahun aku ucapkan syahadah secara official.

risau betul aku bila kau cakap Islam akan kalah di malaysia sedangkan aku sedaya upaya cuba nak prove to my own blood related n frens yg used to condemn kaw² dgn agama yg syumul ni.maybe aku silap sebab cuba nak provekan sesuatu yg x perlu. aku perlukan teguran dan aku appreciate sgt komen kau yg berpandangan jauh ni..

tetiba je aku rasa cam guilty or maybe it'll be more like a joke to 'em to post such entry?

Irwan said...

no, dark...perjuangan tetap diteruskan walaupun kita tahu, kita takkan mengubah apa-apa. Yang penting, kita ni tergolong dlm golongan yang mana masa DIA spotcheck setiap hari...

Itulah manusia...Yang ada hanyalah harapan dan harapan itu jangan putus...Teruskan!!!!

Anyway, aku baru tau kau muallaf...Aku yang kena belajar dengan kau sebab kau LEBIH BERSIH dari aku...SERIESSS

Al said...

kat malaysia maybe sbb utama adalah perbezaan bahasa, berbanding org arab, tp mgkn jg skadar alasan

quran hanya untuk dibaca, bkn dihayati
sbb tu sinar islam x msuk2 dlm kepala

apapun,perjuangan harus diteruskan
dakwah perlu disebarkan stakat yang kita mampu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...