Tuesday, October 5, 2010

Komen kepada: Blasphemy against Allah Subhanahu Wa Ta'ala and His Messenger ~ The Punishment prescribed in the Holy Quran

Muka harmless ajer..Hati-Hati!

Entry asal:

Those of you who have been following the news here, here and here regarding this case and the most vicious form of a blasphemer in the person called Benjamin Stephen ~ the apostate known before as Badrul Hisham according to sources online who say that this culprit is a religious school dropout from Perak.


He is said to have been bullied during his schooldays and maybe might have rebelled against his tormentors by doing what he has done since apostatizing from Islam and now notoriously being hunted down for his filthy unmentionable degrading blasphemy that none before him here in Malaysia had dared to be so uncouth against the Greatest Messenger of Allah the Almighty!!!


read more...

Salam Mahaguru58,

Pertama sekali saya bersyukur kerana Allah temukan tuan kepada saya. Keduanya marilah kita bersyukur kerana masih dalam iman. Walaupun senipis kulit bawang. Kedukaan kita bila tak dapat buat apa-apa bila ada yang mati tanpanya. Lebih mengecewakan bila kita dapat tahu mangkuk yang menyebarkan kebencian kepada Baginda SAW ialah orang yang pernah dilahirkan dengannya.

Saya budak baru belajar. Jika salah tolong tunjukkan.

Saya tak pasti apa yang telah tuan lakukan selain membuat laporan polis dan menghangatkan kembali ingatan terhadap arwah Badrul Hisham. Bahkan saya sendiri baru tahu akan si arwah, asbab dari tuan. Yang saya tahu, beliau dan rakan yang telah membulinya masih mentah. Bahkan beliau tak pernah berjumpa Rasulullah. Namun pengajaran yang penting di sini ialah mesej dari Allah.

Perlu diberi penekanan terhadap apa yang kita perlu ambilkira dalam merangka corrective dan permanent action untuk menangani masalah ini. Badrul sudah terlanjur. Namun mulutnya yang cabul tidak boleh dibiarkan begitu saja. Kerana bala yang tiba tak mengenal siapa.

Jika benar arwah telah dibuli hingga menjadi sedemikian, perhatikanlah pengaruh kawan-kawan terhadap anak-anak. Kekecewaan membawa padah. Ada yang kecewa kerana dia rasa dia benar. Ramai yang memilih untuk terus kecewa kerana dendam. Dan manusia yang tak cukup akalnya suka melihat diri sebagai mangsa. Dan terus membiarkan diri dalam api kecewa. Kekecewaan boleh diatasi dengan jemaah. Di sini, kengkawan dan keluarga menjadi pemain utama.

Jika benar arwah membenci dari sudut pemahaman, maka kita perlu bersemuka dengannya dan bagi warning lisan kepadanya. Jika dia masih berdegil, maka barulah kita perangi dia kerana dengan cara ini, kita sudah buat adab. Moga-Moga Allah berikan hidayat kepada kita dan mereka yang mendengar ceramahnya.

Pengawasan terhadap akhlak dan tauhid perlu ditekankan di sekolah agama. Ini kerana di SEKOLAH AGAMA, syaitan lebih ramai dari pelajar. Dan semuanya digoda, dari pak guard hinggalah ke guru. Institusi ini perlu dipondokkan. Diorang takkan dapat isik Islam jika kulitnya tidak dikeraskan dengan CARA Islam. Ini dapat dilakukan dengan menggalakkan pelajar untuk keluar tabligh semasa musim cuti sekolah. Kepada yang dah advanced, kita sorongkan mereka kepada tarekat.

Di samping itu, mesti ada sekumpulan jemaah di kalangan pelajar yang memantau keadaan pelajar di dalam sekolah itu. Mereka cuma menyalurkan maklumat kepada guru yang berkenaan. Ini penting dalam membendung budaya yang wujud di sekolah agama (couplehood, kumpulan ekstrem, metal, masalah keluarga, etc). Dan jemaah ini mestilah terdiri dari mereka yang punyai latarbelakang dan perwatakan yang warak. Termasuk juga guru yang akan menangani masalah tersebut. Kerana hati remaja amatlah sensitif. Kerana walau macamana betul dan berpengalaman sekalipun seseorang itu, adab berakhlak (yang muda disayangi, yang tua dihormati) dalam berkomunikasi perlu ada.

Budak-budak lepasan sekolah keagamaan juga perlu dipantau agar ISLAM dalam dada mereka terus segar. Selain program tabligh dan tarekat, ini dapat dilakukan dengan mengaktifkan alumni mereka dengan program yang menggalakkan perjemaah-an. Kerana mereka sering terdedah kepada ujian. Mereka calon imam. Mereka boleh baca Al-Quran. Dan ini menjadikan mereka lalai. Umpama lalainya Melayu dengan hak keistimewaannya. Kelebihan yang tidak dizam-zam hanyalah pembaziran. Dan ilmu Islam yang ada dalam hati mereka, akan berkarat dan memudaratkan jika tidak dijaga sehingga akal mereka terbentuk dengan sempurna.

Badrul sudah menjadi statistik . Tetapi itu bukan bermakna dia tak boleh dijadikan catur dalam mengingatkan rakyat tentang kewarakan Islam Malaysia yang semakin tercabar. Saya meletakkan pedang di leher tuan dan menyeru agar tuan teruskan perjuangan!
http://mahaguru58.blogspot.com/2010/10/blasphemy-against-allah-subhanahu-wa.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...