Monday, November 15, 2010

Berdiari dan berblogging


Aku ni seorang yang pelupa. Terlalu banyak perkara berlaku dalam sehari, sehinggakan aku tak dapat nak recall satusatu. Dan sebagai tools aku bermuhasabah setahun sekali (setiap kali nak buat azam baru contohnya), aku perlukan data tentang apa yang telah aku lalui sejak setahun lepas supaya mudah aku buat keputusan dan perancangan. Sejak tahun 1999, aku mula mengabaikan sifat suka berdiari ini sebab kononnya 'dah naik tahap' main pakai memorize ajer. Main pakai photographic memori ajer. Tengok sekali, jer dah ingat. Lalu sekali jer, dah lancar lubang kat mana.

Details, ketelitian dan fokus yang konsisten adalah penting semasa kita mengumpul data. Setiap behavior, abnormalities, bahkan B.A.U pun kita take note. Kerana selagi kita bernafas, maknanya kita masih ada peluang. Masih diberi kesempatan olehNya. Kesempatan untuk apa?

Kesempatan untuk berubah. Dari yang tak baik kepada yang baik. Dari yang baik kepada yang baek. Dan dari yang baek kepada yang baaaaaaaaaaaaaakkkpunyaaarrr...Inilah motivasi aku dalam ber diari.

Segalanya berjalan dengan OK. Tapi sebab tahun 2000 aku grad, dan alam pekerjaan amatlah berbeza dengan alam pengajian, aku dapati aku kehilangan banyak details tentang memori yang aku simpan dengan cara memorizing berbanding cara rekoding. Aku akui cara menulis diari lebih efektif untuk seorang yang skizo cam aku ni. Dan kadang-kadang, bila semangat, angin atau keterdesakan hidup itu datang, barulah aku bukak bukuk hitam diari aku dan mencoretkan sesuatu. Tapi besoknya aku akan terus lupa sebab terlalu busy. Bahkan by seminggu selepas aku menulis diari, kat mana diamnya diari tu pun aku dah kurang pedulik.


Sejak mula berblogging, aku umpama hidup selepas mati. Satu passi yang kusangkakan dah mati sejak aku kawen, tibatiba kembali mendenyutkan keadaan. Aku suka dengan tahap cepatnya aku mendapat pandangan kedua tentang sesuatu yang aku rekodkan dalam hidupku.
Dan untuk itu, aku nak rekodkan di sini bahawa aku amat bersyukur kerana hobi menulis zine itu telah hidup kembali. Dan yang paling aku suka dalam blogging ni ialah, baru dua tiga saat aku post sesuatu entry, bila aku reload, dah ada orang komen. Pergh!!! Aku memang terima kasih banyak betul dengan orang camni.

Orang yang mengomen dengan bersungguh-sungguh itulah yang paling aku hargai. Sebabnya obvious. Aku tau mereka dah membaca. Aku tau mereka mencuba untuk paham. Dan aku mahukan pendapat kedua, ketiga, keempat dan seterusnya dari perspektif yang berlainan tentang sesuatu agar aku lebih memahami sesuatu itu. Atau teguran yang mengingatkan aku akan diriku semula. Kalau zaman zine dulu, satu feedback tu seminggu. Tu pun dalam ayat-ayat pendek macam:

"Nice bro"
"Aku suka zine kau sebab ia mengingatkan aku kepada aku"
"Gempak arrrr zine kau"
"Scuba, kau dah makan ubat lom?"
"Free copy, ada?"
"Kau kenal Imam tak?"
"ASL plis"


Serupa juga macam komen dalam entry. Bila kita log in satu blog gempak dan baca entry, terperanjat beruk tengok jumlah komen sampai 100 lebih dalam masa 24jam. Tapi bila baca setiap komen tu, ianya hanya bendabenda macam:

"Yes! Aku first!"
"Aku second!"
"Salam, scuba. Aku third"
"Nice blog. I like your style. Fourth. Hehehe"
"Fak shot en miningles komen!"
"Dah follow. Follow I pulak. Plis"

Ntah lah. Tapi aku tetap suka sebab kita berkomunikasi. Dan komunikasi itu penting sebagai terapi kepada orang yang skizo cam aku ni. Skizo-skizo. Apa ntah skizo-skizo.

9 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...
This comment has been removed by the author.
~* chirpy_chummy *~ said...

sowi2..silap n3..haha

Irwan said...

buat cemas orang jerr...

± said...

aku tak tulis diari tapi aku ada note book yg size lebih kurang cam kat atas ni gamba lembu. aku suka jot down apa saja aku terasa nak tulis,kdg2 lukis

pasal komen tu,aku faham caner perasaan bila dapat respons cam kau tulis kat atas tu, nak2 komen merapu takde input cam aku ni. sori la kalau kau rasa nak nanges layan komen2 aku selama ni :P

komen paling best dah tentu yg berisi dan mencabar penulis.insyaAllah satu hari nanti kau ada crowd sendiri, yg dapat beri pandangan dan bertempur secara sihat

Unknown said...

sejak kebelakangan ni aku slalu dgr pasal diari, kepentingan diari la. insyaAllah, selepas sekian lama xmenulis diari, rasanya nak mula balik.

Irwan said...

Razman, gua mendiari kat twitter jer. Lagi direct. Lagi spontan. No icing or sugar

Fadzlin Basir said...

takut nak tuis diari nnt ade gak yang curik-curikbaca..phewww malu kot!wahahahaaahhaa

Irwan said...

Cik Fadzlin,

Kita lebih risaukan apa orang "kata" dari apa yang kta "rasa"

sekian.

yanmaneee said...

nike epic react
paul george shoes
jordan shoes
yeezy sneakers
kd 12
yeezy supply
kd shoes
nike react
yeezys
cheap jordans

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...