Monday, November 22, 2010

komen kepada: Untuk si cantik dalam dan luar

Entry asal:

Rachel,
saya minta maaf. Saya nak awak tahu yang saya walaupun panas baran, tapi dengan awak panas saya tak pernah lebih 24 jam. Paling lama pun bila nak tidur mesti ingat awak. Jangan lah merajuk lama lama. Kesian dekat saya. Nak makan choki choki pun tak lalu. Awak, saya sebenarnya nak nyanyi lagu dekat awak. Tapi memandangkan karakteristik suara saya yang agak menggerunkan, saya batalkan niat saya. Tetapi saya ada tulis dekat sini saya nak nyanyi apa, bayangkan saya nyanyi ya.

"Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit"

saya nak tengok awak senyum lagi lah.


read from start



Salam Zoul,

Aku suka nama blog ni. Aku minat dengan gambar header tu. Dan aku nyaris-nyaris menangis sebab membaca entry kau yang ini. Sungguh hipnotik dan gempak. Mungkin kerana aku suka penulisan sebegini. Atau kerana kaffein dalam nescafe kaw yang aku minum tadi mula bertindakbalas, aku tak pedulik. Yang pentingnya, entry ini penuh inspirasi. Pada aku.

Plot entry ini simple ajer, nak blame kan sifat panas baran kau sebab kau tersalah cakap kat Rachel haritu. Dan kalau boleh, kau nak kapel balik dengan Rachel sebab dia lawa.

Setiap perenggan PADAT dengan selok belok linguistik yang menekankan ISIK dalam perenggan tersebut. Ayat kau seolah mengalir umpama ia didengari secara lisan. Sebuah artikel akan jadi sebegini jika ia ditulis dengan emosi yang berpandu.

Kisah seseorang yang berazam, kemudian menyaksikan azam tersebut dihancurkan oleh dirinya sendiri adalah sinonim dalam dunia orang yang suka berazam. Dan dalam hal kapelhud, azam yang kita buat demi sebuah perhubungan itu, lagilah diuji dengan lebihdahsyat lagi.

Kerana tanpa ujian dan susah payah, manusia jarang dapat rasai nikmat MENGHARGAI sesuatu itu. Contohnya sebuah kereta yang kita miliki dengan mudah, kurang kita hargai daripada sebuah motor yang kita beli hasil dari duit simpanan kita. Begitu jugalah dengan perhubungan. Sekiranya perkahwinan itu tiada mujadahnya, maka tiada pihak yang akan mempertahankannya bila rumahtangga di landa gelora kelak.

Kau akhiri dengan pantun (atau gurindam) yang aku rasa sungguh touching. Tapi kau pun sudah tentu tahu, nak memenangi hati seorang manusia lain (dapat lak yang bernama perempuan), kita perlukan lebih dari sebuah entry dalam blog. Ayat power hanyalah membuka pintu. Setelah pintu terbuka, kita patut ada strategi apa nak buat dalam rumah supaya bila pintu tertutup kali akan datang, kita berada di dalam. Takdelah kitorang sumer kena baca lagi entry sebegini...Kahkahkah...Kipidap.

5 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

hehe..mmg besh n smp ke atas awan la kalu rachel bc n3 tuh..wiwiwiwiwi~~

errr...yg last tu bkn pantun tu..itu lirik lagu - Cantik. heee~ i do lyykkeee d song!

zoul yazix said...

wasalam...alhamdullilah...tak sangka ada orang yang akan hargai sebuah entri di blog sebegini rupa.. :) Terima kasih keranan sudi memberi komentar mengenai entri ini. Sebenarnya entri ini biasa biasa sahaja. Tetapi seperti kata Tukang Komen apabila kita tulis sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh sungguh, yang membaca pasti akan dapat merasainya. Oh, sebenarnya ayat akhir itu benar benar sebuah lirik lagu..;) kalau boleh, komen lah lagi entri entri yang lain, tak kisah komen apa pun, asalkan membina. Lumrah lah kan tak ada yang sempurna. Dan sebelum komen tu harap minum lagi Nescafe kaw itu ye... dan saya share link ini di fan page dan group KakiBlogger di http://www.facebook.com/pages/GengBLOGGER/139670966083708. TERIMA KASIH Tukang Komen..

Amiey White said...

HEHEHE zoul sudah famous :P

biar zombie asal hati ada taman kui3

± said...

cam gaya tulisan TukangKomen, coincedentally...patut la kau terharu giler..hehe

Irwan said...

ooo..ye ke lirik? maklumlah, saya ni tak mendengar radio sangat lately...patut pun pantun tu cam pelik jer gaya bahasanya (tak macam gaya penulisan Zoul)...

Anyway...diharapkan kita semua akan mendalami lagi ilmu penyampaian agar dunia ini lebih bahagia dengan kurangnya kesalahfahaman (sebab mis comm)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...