Selepas semingguan penat ber-tweet (lajuuu, dowwwh) dengan orang yang tidak dikenali, aku kembali ke blogosphere secara serius sejak semalam. Ada entry yang aku nak baca sangat (Dunia Cik Zara contohnya) sebab ada cili (kata sesetengah orang). Ada entry pasal benda yang orang nak aku komen. Adapun sebenarnya, sebab mengada-ngada.
Selepas Cam Whore, attention whore dan fame-whore, isu minggu ini ialah pelacur blogger. Aku rasa, isu ini lagi baik dari kita cerita benda yang takde kena mengena dengan kita (melainkan kita nak ambik tau). Kasihan Cik Kupukupu yang menjadi casualty of war. Tapi aku respek dengan Cik KupuKupu sebab dia waras dalam menghadapi tohmahan dan pandangan orang lain. Tak macam ada sorang bitch tu (dan kengkawan dia). Memang layaklah Cik ni ada follower riban-riban dan ramai yang suka kat dia. Dari sini kita tengok, apa jenis crowd dan perbincangan yang ada kat dalam blog Cik KupuKupu (dan apa jenis crowd dan kengkawan yang dikumpulkan oleh blog yang satu lagi tu).
Blogosphere, jika punyai kelayakan yang secukupnya, akan berubah menjadi industri juga. Semua benda akan berubah menjadi industri jika ada sambutannya. Samalah macam MTV. Samalah macam FB. Samalah macam blogging. Dan blogging di Malaysia MEMANG DAH JADI INDUSTRI. Dahada orang yang BERUBAH hidupnya dek berblogging ni...Jadi, sila betulkan lensa tu.
Lari atau tidak blogging dari takrif asalnya, ia cumalah takrifan saja. Takyahlah kita beria-ria mempertahankan takrif buatan manusia itu, sekuat kita berpegang kepada hadis Baginda SAW yang menganjurkan agar berbaik sangka sesama muslim. Dulu kita pinjamkan garam kepada jiran tanpa harapkan balasan. Kini, bila garam dipinjam setiap hari, salahkah kita taruk cukai sikit ke atas setiap pinjaman itu?
Semua orang tahu bahawa duit adalah penggerak dunia kapitalisme. Dan semua orang tahu bahawa jika sesuatu dilakukan tanpa backup duit yang kuat, maka sesuatu itu akan mati ditengah jalan atau tak sampai ke destinasi yang diharapkan. Bahkan pengaruh politik juga akan tumpas jika kita ada kekuatan dari segi kapital.
Ok. Aku ada baca somewhere (hehe) pasal jika platform blogosphere ini (blogger, wordpress, tumblr, myspace, etc) dilenyapkan, adakah kita semua ini akan kekal menulis? Sebagai seorang penulis, aku rasa macam bagus nak menjawab soalan ini dengan satu soalan lagi: kalau dah ANTICIPATE ia boleh jatuh, apa yang kau dah buat untuk mengelakkan kejatuhan itu?
Kat sini, kita lihat jika sebuah blog tu selalu ada BE yang berkelip-kelip, dia ada nilai pada advertiser. Bila ia ada nilai, ia selalunya akan dikekalkan. Ia akan graduate ke dotcom atau ke platform yang lebih stabil (jika platform asal hendak dilupuskan). Ini berlaku banyak kali di negara luar seperti Taiwan dan Amerika. Blog yang takde iklan takde nilai dari sudut kapitalismenya, maka blog-blog sebegini takde justifikasi nak melawan kehendak penyedia platform kalau dia decide nak hapuskan platformnya besok.
Sungguhpun UK dan US ada lagi banyak blog dari Malaysisa, kenapa Malaysia tetap dicanang sebagai negara yang paling banyak blog? sebab kebanyakan blog di Malaysia ada iklan nuffnang dan nuffnang pandai buat kerja.
Jadi, mereka yang paham (dan bersedia untuk masa depan -cyber police are watching us!) akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menaikkan tahap blog mereka. Dalam hal menaikkan tahap blog, takde jalan lain selain menaikkan trafik. Dan dalam hal menaikkan trafik pulak, setiap orang ada cara masing-masing.
Ada yang main SEO. Ada yang main keyword. Ada yang main tag-tag. Ada yang main blogwalk. Otai sikit, join team blogger yang ada auto ping. Macam-macam cara. Aku tak kisah. Kalau ada mana-mana style yang aku meluat pun, sikit-sikit jer sebab aku percaya, manusia berubah.
Sebagai penutup, golongan blogger kena ketepikan perbezaaan diri atau cara kita dan bersatu. Kita ni jelah yang menghidupkan dunia internet ni dengan update-update terbaru dan bahan-bahan bacaan yang jauh lebih gempak dari buku-buku. Pihak berkuasa dan pemonopoli dunia sedang berusaha nak menyekat dunia tanpa sempadan ini. Kita plak gi buang masa dengan gaduh-gaduh pasal gaya pemakaian tudung.
p/s: nampaknya dunia blogosphere ni sebijik macam dunia underground. Semuanya cakap macam bagus masa bujang, tapi bila dah kawin, slowwwwwwwww cheh!
2 comments:
akan ku serahkan blog aku ke anak cucu
*cliche
kahkahkah
eszol: payabesarpedas untuk masjid, akuskizo untuk welfare homes, mywifenkids to my gurls, tukangkomen to my frens and giggling the google, I hope it won't be shut down when Julian Assange is dead or jailed
Post a Comment