Friday, July 29, 2011

Singa baham Harimau Malaya

Kahkahkah. Sebagai #somalaysian yang ulung dan dikutukramai, gua yang tak tergerak langsung nak bersusahpayah menyapot kekalahan #HarimauMalaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru sebentaar je tadi, mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASEH kepada kedua-dua pasukan yang memberikan jumlah 10 gol dlm 2 perlawanan. Lastlast, kira berbaloi la, beli tiket.

Sungguhpun demikian, dikatakan 85,000 tax paying Malaysian citizen dipaksa membayar lebih dari kebiasaan untuk sekeping tiket. Menteri yang jaga bab-bab harga tiket bola ketika menjawab soalan memberitahu, rakyat Malaysia yang terkenal sebagai BJT consumer, pasti akan termakan umpan dan tak kesah untuk membayar 500% dari harga biasa, demi menyokong pasukan negara mereka. Malaysian kalau bab bab semangat ni memang buleh harap. Dapat pulak haritu Malaysia kena titik kat padang lawan 5-3, perlawanan kelayakan OLIMPIK ini merupakan lubang baek untuk kita menangguk di air yang keroh. Buleh buat duit rolling untuk PRU nantik. Hehehe

Penyokong Malaysia dilaporkan mengutuk taktik pasukan Singapura yang terlalu teknikal.Kejapkejap jatuh. Sikitsikit berguling. Dah macam American Football pulak.

Pemain-pemain Singapura pula ketika ditemuramah mengomplen, mereka bukan berlakon atau menggunakan step ke 7 dari taktik perang kuno yakni perang saiko, mereka terjatuh kerana pemain #HarimauMalaya kasar dan #jobo. Defender Malaysia, main macam langau hurung belacan. Lagipun, Malaysia kalau layak ke Olimpik pun, bukan boleh bla. Baik Singapura aje yang mewakili Asia. Pasukan Malaysia dinasihat untuk guna kelebihan mereka untuk terus cari makan kat area domestik dan nusantara ajer.

Apapun, tahniah juga kepada para penyokong di belah Malaysia saja, yang ramai-ramai bersusah-payah beli tiket, beli jersey, beli muffler, tinggal anak bini demi menghappeningkan malam Jumaat yang barokah dengan meraung, menjerit dan mencarut beramai-ramai sebagai satu suara, menyapot kebangkitan sukan kejarbola negara. Ditambah pulak ambience 'baru dapat gaji' dan Khamis-terakhir-sebelum-Ramadhan-minggu-depan, ramai pengunjung yang menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa walaupun #HarimauMalaya kalah, mereka "...bangga kerana telah turun padang, menyatakan sokongan dan basah bersama sama demi satu hasrat" Macam ayat mamat mamat #jobo yang kena tangkap dek #Bersih, je?

Apapun, pihak gua mengingatkan para kengkawan, sahabat serta peminat di luar sana agar jangan lupa untuk HAVE FUN dan sms bos masing masing untuk mintak Emergency Leave besok. Bila dah dapat, kita teruskan meronggeng malam ni dengan memecahkan harta benda awam macam hooligan kat negaranegara yang terer main bola. Bakar tayar, pusingkan keta dan lari ramai ramai di tengah jalan, kononnya emosional dengan kekalahan tadi. Sekurang kurangnya, kalau industri kejarbola tahap jaguh kampung, biarlah penyokongnya tahap world class. Barulah nama Malaysia terjulang...

Malaysia Boleh!

~ 'aku' of payabesarpedas.blogspot.com

Tuesday, July 19, 2011

...berat lagi hidung yg menanggung

Gua ingat nak mengamuk pasal amoi belakang gua ni, dahla masam, cakap dalam phone macam azan.
Tapi setelah terpandang keadaan brader kat gambar bawah ni, gua rasa amat bersyukur.
Pengajaran di sini: standby facemask dalam beg kalau nak naik pengangkutan awam.

Tren komuter rosak di Setiajaya

Gua nampak ada tren kat stesen. Gua ingat gua lambat. Dah beli tiket baru tau yang tren rosak. Elektrik dari kabel ada, tapi tren tak idup.
Para penumpang yang ada terpaksa dikeluarkan dan ramairamai berkumpul di platform 2.
Bila tren sampai, semua hilang pertimbangan menolak, menyumbat, memaksa diri sendiri memasuki koc2 yang dah padat.
Gua pun taknak komen lebih lebih sebab ada masamasanya, gua pun buat benda yang sama. Hehe.
Yang gua tak berkenan ialah petugas2 KTM rilek jer berjalan dengan machonya masa gua feedback pasal tren tadi.
Sekurang-kurangnya, buatlah muka cemas ke, jalan lelaju ke walaupun kami tau, takde apa boleh dibuat selain menunggu je tren ganti

Blog Alostari dah takde?

Terima kasih kerana komplen pasal blog Ustaz Hambali yang dah tak boleh access. Aku dah tau masalah ni dah dekat sebulan tapi dari sehari ke sehari asyik terlupa je nak tanya ustaz. Pagi tadi baru kesempatan.
Jadi, kepada peminatpeminat blog Ustaz Hambali, sila ambil link barunya kat sidebar kanan berlabel 'Inspirasi' tu.
Selamat beramal!

Friday, July 15, 2011

Menaiki komuter dari Semban ke PJ 2



Pemandangan Stesen komuter Sg. Gadut pada pukul 630pagi

Pemandangan rupa aku setelah berjalan kaki sejauh 1km pada pukul 630pagi

Dalam lif si stesen. Nak naik ke platform 1

Di Platform 1

Waktu pagi orang tak ramai. Start pukul 7pagi kang, berebut laa

Kelebihan naik kat stesen pertama ialah boleh pilih kerusi

Biasanya tren sampai 2-3 minit awal dari waktu yang dinyatakan.
Tapi kat stesen lain, waktu yang tertera JANGAN DIPERCAYA 
Dia tak tulis takbley bawak basikal fixie, kan? Hehehe  (idea jahat)

Pergh! Mamat ni memang ngatuk gila...close up sikit...

Tak engat haper, dah ni...
Tapi, bila sampai Nilai, koc jadi penuh dan ini jelah pemandangan aku sampai stesen KL
bersambung lagi, dowh!

Wednesday, July 13, 2011

Menaiki komuter dari semban ke pj


ruang solat surau 
tempat berwudhu
ruang legar ground floor
tangga batu cave
pandangan ruang legar dari depan pintu lif
platform 1. yang mengadap jalan Tampin-Seremban
Bahagian dalam Koc aku harini
Camwhore tidak dilupa
Dah lama gua tak mengomen. Kalini, gua up sikit game..Stesen komuter sg gadut beroperasi awal tahun 2011. Gua terus ushar surau. Surau lapang dgn tempat wudhu yg selesa. Bilik pakai kipas tp hawa dari luar pun dah cukup sejuk. Laman utama stesen dari kaunter tiket ke platfom menunggu adalah luas. Lantai marmar dan garis kuning org kurang upaya mencuri perhatian gua. Platfom kat atas. Gua boleh naik ikut tangga ala batu cave, atau guna lif. Gua pilih lif.
Sampai di atas, tempat menunggu lengang sebab tren baru lepas. Gua lepak menunggu sambil taip benda ni. 715am tren sampai.
Yes! Gua suka type ni. Gua teru7 ke koc yg private, betulbetul belakang tempat driver...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...