Seperti biasa, segmen Memaki Sistem Komuter dan segala di antaranya kembali lagi dengan isu-isu lapuk tetapi hangat yang berkaitan dengan sistem pengangkutan awam yang paling efisien dan terbaeeerk di Asia Tenggara: sistem komuter Malaysia.
Sistem Komuter kita ni bukanlah besar atau kompleks sangat pun macam London Subway ke. Dan jumlah penumpangnya pun taklah sehardcore macam pengguna di China yang sesak dia sepanjang masa. Dan takdelah pulak setakat ni ada kes-kes jenayah atau isu besar yang melibatkan KTMB atau keretapi terbalik ke. Tanah runtuh pun Alhamdulillah takde. penumpang pun semua baik-baik belaka walau kengkadang time pagi dan petang tu ada jugaklah sorang dua yang celaka main tolak-tolak tapi semuanya kira normal, laa.
Jadi, apa masalahnya KTMB taruk effort sikit dalam mengemaskini dan menambahbaik kan lagi apa yang diorang kata dah cukup baik dah tu? Apalah salahnya taruk sorang penjaga kaunter kat stesen besar macam stesen Kuala Lumpur tu selepas pukul 9 malam? Tak pun, upahlah sorang macha jadi tukang tempat tukar syiling sebab mesin auta-matik yang korang harap-harapkan tu, hanya terima wang kertas yang crispy new ajer. Kedai kuda pun ada sistem yang lebih efisien nak dapatkan duit dari orang ramai, tahu tak?
Ni tidak. Bila komplen kat abam KTM berbaju biru BN tu, ada yang sampai siap cakap kat kita; kalau tak suka naik tren, sila naik bas. Takpun, kita pulak yang jadi pendengar dan penenang kepada rungutan si abam KTM yang tak puas hati dengan 'orang atas' dalam organisasi KTMB tu sendiri.
Dah berapa tahun dah sistem railway dan perkeretapian kat dalam Malaysia ni dah wujud? Dan kenapa aku rasa sistem komuter kita ni macam tak berubah-ubah (kalau bukan semakin buruk) sejak dari mula ia dilancarkan? Dan kenapa balik-balik aku dengar alasan yang sama: KTMB ni GLC lah. Orang kerja KTM ni makan gaji buta lah. Orang bawah tak puas hati dengan orang atas lah. PM tak naik komuter lah. Berapa lama kita nak puas hati apabila perbincangan sebegini berakhir dengan racial remarks pasal ketakbergunaan bangsa Melayu dalam membuat kerja?
Hai entahlah. Apa yang orang kerdil macam aku dan kau boleh buat hanyalah mengomplen. Walaupun kita tak tau sapa yang dengar atau sapa yang ambik tahu, sekurang-kurangnya kita tak terus terbelenggu dengan rasa tak puas hati yang patutnya takde. Buang masa betul la komuter Malaysia, ni.
Ni besok beli tren made in China ni, tahapa pulak la bullshitnya kang ni. By that time, mamat yang buat keputusan beli kat mana tu, dah bla. Yang tinggal? Ni! Rakyat marhaen yang tak berduit ni.
Tweets ·
- Refine results »
»