Thursday, October 13, 2011

Keyword : JustDila



Gua sedang boring dengan hidup gua. Kemudian gua dapat idea untuk mengecheck blog gua. Gua mulakan dengan blog ini. Aiks? Kak Dila dari blog JustDila telah datang memaksa gua untuk mengomen entry terbarunya. Hokey..Gua pun tengah boring.

Tajuk entry Kak Dila memang takleh bla. Kalau gua ntah sapa-sapa, gua memang akan skip entry yang ini. Kemudian gua mula membacanya. Chiss! Rupanya beliau mengikut saranan gua agar menggunakan keyword untuk meraih trafik. Ok. Kita parking dulu topik ni kat sini.

Kemudian beliau bercerita pasal kegemarannya yakni suka membaca blog orang. Dan blog paling latest dia baca ialah blog akugileglamour.blogspot.com, dan jejarilebihruncing.blogspot.com. Oh, dan jejariruncing.blogspot.com juga. Gua baca entry-entry yang di linkkan oleh Kak Dila ke blog-blog ini. Secara peribadinya, gua tak berapa minat nak baca blog entry yang terlalu banyak perkataan macam innew, ahkak atau apa-apa yang seumpama dengannya. Pening kepala gua. Apatah lagi apabila isu yang dibincangkan ialah benda-benda retis (artis) macam ni kapel dengan sapa dan tu clash kenapa. Atau pasal isu orang ni kutuk lebih dalam komen atau sebagainya.

Dari situ, pemerhatian Kak Dila lebih tertumpu kepada gaya bahasa yang digunakan. Ada blog yang guna gaya bahasa kasar. Ada yang guna gaya mediocre. Ada yang gaya normal/neutral. Dalam kes blogging, kita semua kat dalam blog ini pernah buat eksperimen dan dari ujikaji tersebut, didapati bahawa kebanyakan orang akan lebih tertarik kepada pendekatan gaya bahasa yang keras serta diselang-selikan dengan humor. Kalau nak guna gaya mediocre (ganas tidak, beradab pun tidak), pastikan kita menopap entry kita itu dengan info yang berkaitan supaya pembaca takdelah tertumpu kepada keboringan gaya bahasa kita. Style ini banyak digunakan oleh bloggers yang carik makan dengan blog atau kaki gathering.

Dalam kes keyword tadi, kalau korang dah lupa, search engine macam Google atau Yahoo, biasanya akan search 140 perkataan pertama dalam blog kita masa dia buat kerja.  Jadi, kalau nak main game keyword, tak semestinya kita gunakan keyword pada tajuk ajer. Nak lagi kasar, taruk keyword ni kat header dan invisiblekan. Invisiblekan ni bermaksud, warna font dan warna background font tu sama.

Dalam hal main keyword ni jugak, kita kena peka dengan isu semasa, atau kita attack niche market kita. Contoh dalam blog gila glamer tu tadi, penulis memang spesifikali bercerita pasal Apek, si penjaga gol. Ini ialah taktik niche market. Klau nak main isu semasa, lagi senang. Caranya, kita kena ikuti news portal yang uptodate dan gunakan perkataan dalam isu terbaru dan taruk dalam 140 perkataan pertama dalam entry kita pada hari ini. Contoh, let say semalam punya isu dalam media dan Tivi ialah isu biskut Marie, maka pada malam itu jugak kita buat entry yang gunakan perkataan biskut Marie. Dan bila dah saratkan artikel kita dengan keyword yang terancang, adalah  wajib agar kita mengoogle buzz kan ia dengan menekan butang +1 yang tepi belah kanan sekali tu. Bila ia ditekan, entry kita ni akan masuk dalam carian Google. Jadi, pada esok paginya, bila orang google pasal isu Biskut Marie yang dia dengar dari cerita kawan-kawannya di kedai kopi masa sarapan tadi, result tu akan point ke blog kita dan voila!

Taktik guna keyword ini sangat powerful hinggakan jika kena gayanya, takyah dah kita nak susah payah nak blogwalk atau twitkan entry terbaru nak panggil orang baca. Gua ada dua tiga blog yang hidup solely dengan style ini. Akhir sekali, gua sangat sarankan agar setiap blogger, berlatih ilmu keyword ini setiap hari khamis. Sebab pada petang jumaat, orang selalunya akan mengular dan search itu ini dalam google. Pada hari Ahad pula, kita google buzzkan entry-entry kita agar semua ini masuk dalam listing google yang biasanya dikeluarkan pada pagi Isnin, Japan time....Barulah ilmu keyword ini, ada impaknya. Kalau tak, ia hanyalah sekadar entry di sebuah blog yang sepi...Selamat mencuba!

2 comments:

saidila said...

hahahaha....mampossss akak tak faham apa ko cakap...sanskrit sangat....

apapun terima kasih....

akak sebenarnya baca2 sahaja....ehhh akak pun baca blog kawan baik ko tu yg dark half tu tau...
(http://kontrolhisteria.blogspot.com/)cerpen dia yg sadis....tapi bagus sebab takder jual kat kedai buku mana2pun...walaupun mula2 cam takut2 jer nak pegi situ....cam blog horror jer....tapi akak berankan diri...dan lama2 akak jadi suka....suka baca...tapi mungkin itu sisi gelap dia kot...padahal dia budak baik lagi melucukan...agaknyalah....ko pun sama tidak terkecuali...walaupun bahasa yg ko gunakan bila mengomen dan buat entry itu kasar lagi berani tapi ialah ko tak suka nak cover2 jadi macam baik....aiii entahlah...susah nak cakap....

semua blog kalau akak singgah akak akan cuba baca....kecuali blog bahasa omputih ( sebab akak tak faham ) ....3 blog yg akak linkkan tu bukan sebab cara gaya penulisannya tapi isinya...gaya bahasa penulisan terutamanya ahkak puaka tu akak pun ambik masa nak memahaminya....akak suka gaya penulisan yg betul yg bila baca tak yah nak fikir2...akak baca sbb nak tahu sahaja...isunya cuma hanya kerana seorang lelaki yg bernama khairul fahmi...selalunya org berebut pompuan ...kali ni berebut lelaki...macam2 skrg yer...

lastly...tahniah sebab ko dah peningkan kepala akak pulak kali ni...dah lebih 2 kali akak baca komen ko masih juga akak tak faham....(ataunya semasa ko tulis ni ko pun tengah pening jugak kot...)mungkin akan faham untuk kali yg ke lain....maklumlah dah tua...pemikiran tak seagresif masa muda...(tanda2 nikmat yg Allah tarik secara ansuran )

okm ini jer ulasan akak... kang akak pun takut nak suruh ko komen pulak lain kali....

jumpa lagi di lain entry itupun kalau akak berani

Irwan said...

Salam Kak Dila..Akak tak paham? Ini memang masalah saya. Saya akan cuba belajar lagi agar penyampain saya lebih efektif.

Anyway, blog kontrolhisteria tu bagus. Tapi sebab ia mcm fantasi sikit, saya lebih suka pseudo sains. Saya suka benda real. Saya pun dok usharr jer opening nak mengomen. Diorang makin sekarang. Tight artikel dorang tu..Congrats kat diorang!

Akak pun, teruskan mengupdate blog! Saya sarankan agar akak cuba mengomen tentang isu-isu terkini dan berikan pandangan dari sisi akak.

Banyak blog luar negara yg meletup style mcm ni. Sebab orang nak tau pendapat yg berbeza-beza ttg sesuatu isu. Cuma, tajuk entry tu, kenalah menarik, inviting dan provokatif...


Selamat mencuba, kak!

Oh, dan akak tak perlukan keberanian nak datang sini! Feel free, kak.

All in all, i thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...