Monday, March 19, 2012

Dilemma tukangkomen

Index menurun...
tapi keadilan masih tergantung-gantung...

Menjadi seorang yang bersifat analitikal bukanlah satu perkara yang mudah. Otak manjang berjalan. Semua benda nampak ganjil. Semua benda ada ajer yang tak kena. Dah tu, punyalah dalam dan halus penelitian yang diberikan, hinggakan kengkadang boleh ketawa sensorang setelah paham maksud sesuatu lawak tu, beberapa jam setelah ia diujarkan.

Dan sungguhmacammanabaguspun seseorang tukang komen itu, beliau tetap takbley lari dari fakta bahawa beliau juga seorang manusia yang takbley lari dari terkesan dek faktor dalam hidup dalam memberikan komen komennya. Maka tak hairanlah jika kita dapat lihat ramai tukang komen dengan sedaya upaya menjaga reputasi mereka secara profesional atau personal selama mereka berkecimpung dalam industri ketukangkomenan. Semua tahu bahawa semua manusia makan, berak, main dan beranak, maka si tukangkomen juga tak terkecuali dalam turut serta jika tidakpun bersubahat dalam terlakunya perbuatan-perbuatan komen yang bersifat keemoan.

Dari sini kita mula lihat akan cabaran yang menanti para tukang komen dalam sentiasa relevan dalam industri ini. Mereka yang terlibat dalam mengomen industri politik misalnya, jika tiada suntikan berupa monetari dari fahaman politik yang disapotnya, agak sukar nak meneruskan stamina dan kretiviti dalam berkarya atau menghasilkan komen-komen yang berkualiti. Tukang komen dalam bidang seni pula contohnya, cari makan dengan timbulnya gossip dan tandatanya tentang kisah peribadi artis dan bukan mengomen mutu hasil seni artis itu sendiri (apa yang gua mengarut ni)

Apapun mesej yang gua nak sampaikan, kat sini ternyata bahawa kengkadang, si tukang komen hanya berbunyi for the sake of berbunyi ajer. Kasi happening. Sebab hanya yang berbunyi saja yang dapat perhatian dalam dunia serba sosial media ni. Disebabkan itu, kualiti bunyi yang dihasilkan tidak menentu, flaktuasinya besar hinggakan kadang-kadang isik dengan taik dah bercampur baur. Tak tau nak colek tang mana.

Namun itu semua, sepatutnya tidak menjadi penghalang daripada para pembuat dan pemikir, untuk terus meningkatkan mutu dan persembahan, dalam penghasilan bahan-bahan yang bakal dibahan nantik. Dan semoga yang mengomen dan dikomen dapat meneruskan hidup masing-masing dengan aman dan harmoni bak yin dan yang dalam logo kungfu taoisme. Komen mengomen ni amalan yang sihat selagi ialah dilaksanakan dalam atmosfera yang sihat. Kesihatan kekomenan ini pla menjadi asas kepada pembinaan modal insan yang lebih berkualiti sempena GTP. Eh?

Sekian. Maut jer, lebih.
Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...