Friday, June 8, 2012

GTP Public Transportation? Stop Joking please

Sistem pengangkutan amatlah mustahak dala pembinaan ekonomi setempat. Sistem transportasi kepada masyarakat, adalah umpama hemoglobin kepada badan. Takde hemoglobin, takdela oksigen yang sampai dari peparu ke sel atau takdelah bahan kumuh dibawa dari sel ke peparu/hati.


Kembali ke topik, bila sesuatu tempat tu ada masalah dengan sistem pengangkutannya, maka tempat tu dah bersedia untuk pupus dari ingatan rakyat. Kita takkan nak pegi ke shopping kompleks yang susah nak dapat teksi atau bas. Kita takkan naik teksi pegi town kalau barang-barang yang dicari boleh ditemui dari van yang memekak tekan-tekan hon jual sayur pepagi tu. Malah, kita takkan keluar rumah pun kalau kita tau nak dapat teksi/bas itu sukar. Baiklah, rasanya by now, kita semua dah setuju yang sistem pengangkutan awam itu mustahak. Ni kita cerita untuk rakyat yang tak mampu. Untuk orang-orang yang macam aku. Untuk orang-orang yang kaya raya macam 75% percentile rakyat negara ini, isu-isu dengan sistem pengangkutan awam ni, diorang tak ambik port. Semua ada BLM maaa.


Maka di sini, peranan bas, teksi, kemuter dan LRT menjadi mustahak. Sampai bila kerajaan asyik nak fokus pembangunan dalam bidang ini cuma di bandar-bandar besar ajer? Padahal, kebanyakan duit yang dikumpul dibandar tu, datangnya dari orang-orang kampung yang datang jenjalan kat town.


Tak cukup dengan masalah sistem bas henti-henti yang lingkup satu semenanjung, dengan mutu perkhidmatan kemuter yang nampaknya takkan berubah selagi BN tak tumbang, industri perteksian juga diambang bahaya, sebenarnya....


Dari sudut pemandu teksi, acapkali kita dengar kes pemandu teksi dirompak, dikasari, ditipu oleh penumpang. Dahlah nak dapatkan penumpang kat area luar bandar lebih tidak pasti kebarangkalian berjayanya dari pergi memancing, memperjudikan keselamatan diri lagi, tak cerita lagi masalah-masalah teknikal dan dokumentasi dari pelbagai pihak macam JPJ, polis, SPAD, persatuan pemandu teksi dan segala uwan dan atok lagi. Dapatnya ada la duaploh hinggit, yang mengepaunya nak dekat tigaploh lima hinggit tetiap hari. Dahla bukannya boleh main angkat jer penumpang. Kang pasal nak dapatkan RM15, nyawa tah kemana teksi tah kemana. Kalau driver perempuan, lagi la mencemaskan.


Dari sudut pengguna teksi pulak, masalah nak dapatkan teksi yang reliable amatlah susah. Bila dah jumpa yang reliable, dah ada kepercayaan, abam teksi terlupa batas customer-supplier pulak. Tak cukup dengan tu, tak cerita lagi sex maniac yang jadi taxi driver, perompak atau ex-kaki mabuk/dadah yang bilabila masa jer diorang boleh triger dan hulur pisau kat leher kita. Imej cab-driver atas jalan dah memang jelek maka tak hairan jika mereka bertindak sebijik seperti yang kita labelkan mereka.


Dari sini kita lihat secara umum masalah dalam industri teksi dan peranannya dalam menentukan kejayaan GTP public transportation ni. Teksi hanyalah satu contoh. Banyak lagi benda yang perlu dibuat nak ubah sistem pengangkutan kita ni dari takuk lama ke the next level. Gua malas nak elaborate semua, tapi malas dah nak pikir point-point lain.


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Kolek Kecil said...

Hal ekonomi dan pembangunan lebih wajar dibincangakn oleh orang ekonomi. Menjatuhkan hukum bukanlah sesutu yang positif ke arah pembangunan negara maju, baik semasa kerajaan semasa memerintah ataupun kerajaan yang lain memerintah, sekiranya berlaku.

Majoriti kutipan pendapatan di bandar bukanlah dikutip oleh orang kampung yang datang berjalan-jalan ke bandar. Sedangkan orang di bandar sendiri bekerja di bandar, menginap di bandar, dan kehidupannya di bandar. Purata pengeluaran wang oleh orang bandar lebih besar berbanding purata perbelanjaan orang kampung yang datang ke bandar, hanya untuk berjalan-jalan. Selain itu, rancangan dan perlaksanaan pembangunan menggunapakai hasil kutipan cukai pemaju-pemaju dan pengusaha perniagaan serata negara.

Mengapa fokus pembangunan pengangkutan awam berlaku di bandar, kerana jumlah populasi orang di bandar lebih besar, selain bandar memerlukan rangkaian pergerakan ekonomi yang lebih meluas. Sebagai contoh, seorang CEO event management perlu berada di Serdang untuk urusan syarikatnya pada sebelah pagi, dan perlu berada di Shah Alam pada waktu tengahari, sebelum perlu menghadiri mesyuarat di PJ pada jam 3pm. Belum lagi kita ambil kira pecahan kawasan perumahan dan juga persekolahan. Lebih memerlukan rangkaian pengangkutan awam yang lebih banyak dan baik. Rasanya contoh ini memberi gambar yang jelas. Pokok pangkalnya, populasi di bandar dan pergerakan ekonomi, pendidikan dan penghijrahan orang kampung yang bekerja di bandar menjadi faktor perlunya rangkaian pengangkutan awam diperhebat di kawasan bandar berbanding kampung.

Sasaran tidak langsung yang dibuat bukan sekadar memberi peluang sejauh mana individu boleh pergi dengan pengangkutan awam, dengan kos paling murah. Akan tetapi juga mensasarkan kekurangan kesesakan lalu lintas, selain mengurangkan kos subsidi bahan api yang semakin meningkat. Paling utama, ia untuk meningkatkan kualiti kebersihan alam, yang semakin merosot akibat pencemaran udara, cahaya dan bunyi.

Masalah sosial seperti penipuan dan pelbagai lagi, bukan hanya masalah kepemimpinan dan masyarakat. Selain pendidikan agama, moral dan sahsiah perlu ditingkatkan, pendidikan di peringkat keluarga yang tidak akan ada silibusnya di sekolah perlu diterapkan. Ini peranan ibu-bapa sendiri. Jika kita punya anak, lihat anak dan keluarga kita dahulu, sebelum melihat hal lain. Bukankah sudah dikata "Qu anfusakum waahlikum naa ro"..

Kepada pemerintah, cadangan demi cadangan perlu datang dengan perlaksanaan. Bukan sekadar janji yang melangit.

Apapun tak dinafikan, kawasan kampung juga memerlukan pembangunan setara. Dengan harapan, local economic growth juga mampu bersaing di kawasan bandar. Wallahua'lam.

Irwan said...

Thanks, Kolek Kecil. Pandangan yang sungguh menyeluruh dan saksama. Memberikan gambaran dari sudut big picture dari perspektif idea dan pelaksanaan, serta apa yg pihak govt pertimbang dalam peningkatan sistem pangangkutan di sesuatu tempat.

Pada gua, kemajuan yang nak dilaksanakan kenalah bijak dan selari dengan gaya hidup kita kat Malaysia. Kat Malaysia, jarak kampung dengan bandar, taklah sejauh jaraknya seperti di China atau Indonesia, namun perjalanan sejam menaiki komuter atau bas dari Sungai Gadut ke Nilai contohnya, dalam keselesaan yang selayaknya dinikmati oleh seorang rakyat Malaysia, tidak dapat dikecapi, malah masalah sistemik ini dilihat sebagai tiada kesudahan.

Dan pendedahan berbentuk humor ini adalah analogi kepada masalah kronik dalam sistem kita yang cuba diperbaiki oleh pasukan yang memerintah Malaysia sekarang. Memang diakui, semangat yang ditunjukkan oleh pencetus idea transformasi ini amat genius dan inspirational, namun api itu nampaknya tidak tersebar jauh ke dalam sekam yang semua akui, adalah 'target' sebenar semua ini. Penyelidikan menyeluruh perlu dilakukan terhadap sekam itu akan penyebab fire-retardant nya bagi membolehkan kita melengah atau menyelesaikan inefisiensi ini secepat mungkin.

Dan bila gua pikirkan balik, semua perasaan ini datang dek flashback viralvideo yang ditayangkan dalam tv di komuter koc baru, semasa gua sedang dalam perjalanan pulang dari kerja, tergantung di palang stainless steel bas CityLiner yang penuh sesak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...