Wednesday, July 13, 2011

Menaiki komuter dari semban ke pj


ruang solat surau 
tempat berwudhu
ruang legar ground floor
tangga batu cave
pandangan ruang legar dari depan pintu lif
platform 1. yang mengadap jalan Tampin-Seremban
Bahagian dalam Koc aku harini
Camwhore tidak dilupa
Dah lama gua tak mengomen. Kalini, gua up sikit game..Stesen komuter sg gadut beroperasi awal tahun 2011. Gua terus ushar surau. Surau lapang dgn tempat wudhu yg selesa. Bilik pakai kipas tp hawa dari luar pun dah cukup sejuk. Laman utama stesen dari kaunter tiket ke platfom menunggu adalah luas. Lantai marmar dan garis kuning org kurang upaya mencuri perhatian gua. Platfom kat atas. Gua boleh naik ikut tangga ala batu cave, atau guna lif. Gua pilih lif.
Sampai di atas, tempat menunggu lengang sebab tren baru lepas. Gua lepak menunggu sambil taip benda ni. 715am tren sampai.
Yes! Gua suka type ni. Gua teru7 ke koc yg private, betulbetul belakang tempat driver...

Sunday, June 26, 2011

Skill Utama seorang Pengomen


Cikgu gua cakap dulu, sebagai seorang akademik, kita kenalah berfikiran kritis. Gua kena anggap gua yang paling bagus. Gua yang paling bernas. Dan gua tak boleh takut nak suarakan pendapat gua. Betul! Ni sumer memang diterapkan ke dalam benak budak-budak MRSM.
Disiplin: critical thinking. Ilmu: sedang ditimba. Beramal: kami mengomen

Cuma keadaan masyarakat Malaysia dan masyarakat tempat gua membesar pada masa tu, memandang taboo kepada orang berpikiran kritis ni. Mereka menggelar kami ni budak U cakap macam baguslah, pengkritik tak bertauliahlah, tak sedar dirilah, Melayu mudah lupalah...Macam-macam...

Sejak dua menjak ni, semakin ramai memilih kerjaya sebagai pengkritik. Pengomen. Ini menjadikan industri ini semakin kompetitif. Semua orang ada pendapat masing-masing dan sebagai pengkritik tegar, gua terpaksa jack sikit komen gua agar komen gua sentiasa sama ada menjadi yang teratas, atau yang menginspirasikan kepada komen-komen lain. Pihak yang dikomen pulak tak tertumpu kepada satu-satu bidang macam politik, ekonomi, agama atau muzik, bahkan merangkumi segala-gala lancau dalam hidup ini...
Kenapa nak berada di atas? Kenapa nakkan perhatian? Attention Whore?

Apa gunanya bercakap jika tiada yang mendengar? 
Apa gunanya mengomen jika hanya gua yang pedulik? 
I know who you are and where you live
Tapi, satu hal dalam dunia pengomenan ialah, keupayaan menerima kritikan. Part ni, gua nak terima kasih kat Twitter dan haters dari blogosphere ni yang telah banyak membantu gua mempertebalkan telinga dan kulit muka gua. Gua semakin lali dan bijak mengendalikan komen. Dapatlak komen-komen yang tak berasas atau disebabkan oleh salah faham. Bahkan, kebanyakan tweeps yang block gua adalah mereka yang banyak sakit buntut kat dalam blogosphere ni akibat entry entry gua dalam blog ini. Malas dah gua nak sebut nama atau kasi link. Gua tak pedulik dah...

Mesej gua kepada semua ialah, setiap apa yang kita baca dalam apa saja media, perlulah kita tapis dengan pemikiran yang kritis. Jangan telan bulat-bulat. Kunyah dulu. Kasi gaul dengan air liur dulu. Rasa dulu. Kegemaran setiap orang adalah berbeza dan kita tak perlu nak ikut sesapa..tu jer...

Salam

Friday, June 17, 2011

Apalah Salah?





Gua pun pelik, kadangkadang
Camana semua orang
Boleh cam tarapapa dengan semua orang
Yang
Tahapahapantah.

Maksud gua,
Kalau badan berketak, suara bagak, jalan berkeypak, apalah salahnya kau senyum?

Maksud gua,
Kalau ye pun lu yang betul, dan mamat tu tolol, apalah salah lu nyatakan hak lu dengan berhemah?

Dan apalah salah kita lebih bertimbang rasa? Paling asas merendah diri? Pempahamlah sendiri, jangan sampai disound nanti.

Apalah salah kita pikir sikit pasal orang sekeliling masa memandu di jalan raya? Dah lah anggap orang boleh baca pikiran dia nak masuk mana, sukasuka tukar lane tanpa bagi signal.

Apalah salah kita semua lupakan perbezaan diantara kita, dan bersatu, mungkin buat yang kali terakhirnya demi mempertahankan gaya hidup Malaysiana yang kita komplen setiap hari tapi kita sukakannya.

Kerana masa dah semakin suntuk. Esok memang masih ada. Soalnya adakah kita juga ada? Maka, apalah salah kita bermuhasabah dan saling memberi maaf?

Apalah salah?

Salahlah Apa?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...