Monday, September 5, 2011

Tak Tau mana nak Mula atau Malas?


Pengkritik:  Merekalah mata kita yang sebelah lagi.
Agar perspektif ada depth


Aku plan aku nak buat beberapa entry, komen blog-blog mangsa aku dan siri itu akan berlarutan selama sebulan. Senang sikit aku takyah update blog ni hari-hari cam duludulu lagi. Sebab sekarang aku dah kerja kilang balik. Dan bila dah kerja kilang, aku kena kawal sikit perangai berblogging aku ni.

Bukan apa. Nak menaip satu entry memakan masa sebenarnya. Walaupun pada tahap genius cam aku ni, ia mengambil masa sekadar lima nam minit, namun masa tetap masa. Dan kalau macam plan aku nak komen setiap blog yang aku dah save kan dalam hardisk laptop kilang ni malam NI jugak, ia akan mengambil masa sejam dua jugaklah. Tu part menaip jer tu. Belum part mengarang, edit, cover line, masukkan NLP dan keyword berkenaan lagi.
Menulis? Menaip? Mengarang?

Menulis entry blog ni unik padaku. Pada aku, kalau menulis, tapi sekadar simpan jadi pekasam dan tak bagi orang baca serta bagi pendapat mereka terhadap pendapat kita, adalah boring. Diari tu lainlah cerita. Tapi, dah alang-alang kita susah payah duduk dalam postur yang tak betul selama 30minit menulis something yang accessible via internet, apalah salah kalau kita dapat dua tiga pulohsen hasil dari usaha penat lelah tulang belakang kita tadi. Dan kat sinilah keunikan utamanya menulis di blog.
Ahhh...Terjun jer laaahh

(Entry ni aku nak pergi arah yang lain, tapi dah termengarut arah yang ni, layan jerlah)


Dari situ namanya kita mahukan exposure, maka memang lojiklah kalau kita memblogwalk atau mentwitkan hasil tulisan kita tadi. Kalau nak harap orang kat luar tu, nak datang kat blog kau dan baca apa benda yang kau nak cakap, jangan haraplah. Sebab diorang pun ada masalah dan blog serta wall yang perlu mereka update. Jadi, kau kena ada saluran di mana kau boleh vent kan hasil kerja kau ni. Sama ada dengan orang-orang yang sekepala. Atau pun, unsuspecting conspicous internet surfers yang memang harihari berjuta-juta jumlahnya kat alamaya ni. Dan ofkozlah masa kau memarketingkan entry terbaru kau tadi, kau kena guna ayat yang kalau sesapa baca, mesti mereka rasa macam nak klik link kau macam:


"Beb, gua jumpa gambar lu bogel, Boleh tahan jugak, lu ni kan? Klik kat sini"

Atau...


"Klik kat sini dan saksikan orang Malaysia bakar bendera pada Hari Merdeka"

Dan salurkan ayat-ayat power ini di chat room, twitter atau mana saja yang kau suka. Dalam sepuluh, pasti ada sekor mamat yang termakan dengan katakata kau. Maka ia akan menjadi masalah kalau kau promo pada 30 orang kawan kau saja. Kau kena ada list yang sentiasa berkembang. Sebab pertama ialah agar makin ramailah orang yang exposed dengan material kau dan sebab kedua ialah agar kau dapat view yang BERLAINAN sebab kalau kau dok bergaul dengan orang yang sama jer, besar kemungkinannya korang ni akan sekepala. Ada baik ada buruknya tapi, objektif penambahbaikan ialah mendapat perspektif yang berlainan agar momentum sentiasa segar.


Ahh..Aku nak kurangkan bercakap, maka aku berenti takat ni dulu. Aku mula mengomen besok ajerlah...Preparekan jerlah blog masing-masing dengan entry power-power..Hehehe


ZZZZZ

Friday, September 2, 2011

Dah lama rasanya tak mengomen blog-blog

Les critiques

Sejak masuknya fasa ketiga ni, gua dah semakin kurang mengomen blog-blog orang. Itu bukan bermakna gua dah tak blogwalk. Gua masih melakukan aktiviti tersebut, cuma gua lebih kepada memfollow blog-blog yang pernah menjadi mangsa kepada blog ini (sila skroll ke bawah sekali ke label "blog-blog Mangsa").

Dan dewasa ini, gua dapati, blog-blog mangsa-mangsa gua semakin dewasa dan hebat. Tulisan, design, artwork dan point of view mereka juga semakin berkembang dan matang. Tengok jerlah Sarkasis, Terfaktab Dan 100 penulis. Diorang dah pandai mengasimilasikan point yang diorang nak sampaikan dengan isu terkini dalam gaya penyampaian santai tetapi menyengat. Gua salute bebudak ni semua. Bebudak zaman sekarang pun bila part mengutuk, sama ada akan secara tak hengat punya atau lebih kepada sarkastik. Dah takde guna generic terms yang tak berpa tepat tembakannya kadang-kadang. Atau berpantun-pantun macam orang sebelum kita...

Apapun, perkembangan social networking, mudahnya nak akses internet serta gayatnya kita kat Malaysia ni dalam hal mengaplod sesuatu ke internet, semakin menghangatkan lagi industri blogging dan sosial. Blogger kampung pun dah tau nak konekkan blog mereka kepada akaun twitter, FB dan tahapa-hapa lagi ntah sampaikan kita kena berhati-hati bila bercakap dengan orang di jalanan takut muka kita endup kat internet. Semuanya benar-benar terletak dihujung jari hinggakan si suami kalau nak suruh bini bukak pintu bilik pun terpaksa tweet dulu baru bukak. Takyah ketuk pintu lagi dah.

Keadaan ini sepatutnya menjadikan kita lebih matang dalam menyampaikan mesej serta berkomunikasi. Keadaan ini juga sepatutnya membuatkan kita lebih matang dalam menangani konflik atau perbezaan yang wujud dek pertembungan budaya, fikiran atau falsafah antara kita. Keadaan ini sepatutnya menjadikan kita lebih cultured, matured dan open kepada perubahan dan bukanlah takut kepadanya.

Diharapkan agar semua ini akan membawa kepada perkembangan yang lebih positif kepada negara dan masyarakat kita. Supaya setiap komponen didalamnya sentiasa berusaha ke arah kemajuan dan pada masa yang sama selalu ingat bahawa kita bukanlah bersaing sesama kita. 

Dan yang paling penting, diharapkan agar kita ini lebih fokus kepada angin yang menyebabkan pokok bergoyang, daripada dok leka bergaduh pasal sapa yang patut sapu daun yang berguguran atau arah mana pokok tu bergoyang selepas ini.



Monday, August 29, 2011

Terima Kasih Polis!

Dalam semua sedang sibuk dan gembira untuk pulang ke kampung merayakan hari kebesaran bersama-sama ahli keluarga yang tercinta, ada satu golongan yang terpaksa berkorban perasaan dan jiwa demi menjalankan tugas. Mereka adalah para polis. Hehehe

Tak dinafikan mereka ni amatlah penting sebagai orang-orang dalam Taman perumahan kita untuk menghalau gagak-gagak hitam yang gemar berkeliaran ketika kawasan kejiranan kita kosong bila semua dah balik kampung. Tanpa kehadiran mereka melakukan rondaan malam-malam, dah tentu para perampok sudah siap mandi dan masak-masak dalam rumah para mangsa yang mereka jenayahi.



Para polisi juga berkorban hati dan perasaan tiap kali dijarikan ketika menjaga keadaan trafik yang kebanyakan masanya macam taik. Dapat pulak lebih ramai lembu yang memandu dari manusia di jalan raya dan orang utan yang bawak motor sekarang ini.

Cuma, alangkah bagus sekiranya abam-abam polis yang menjaga trafik tu, lebih slim dan diet kerana diameter perut mereka saja dah nak penuh jalan raya. Sedap sikit mata memandang dalam bulan-bulan puasa ni.


Lagi satu kalau boleh, dalam 25 tahun perkhidmatan sebagai POLIS TRAFIK tu, sekali sekala patuhilah peraturan lalulintas jalanraya. Sebab menurut statistik yang telah kami jalankan, kami dapati, 0 daripada 10 polis trafik yang memandu didapati tidak mematuhi peraturan. Ada yang memandu lawan arus, tak berenti di lampu isyarat merah atau terbawa-bawa dengan aksi semasa latihan tatu. Tak cerita lagi kalau diorang memandu time berpakaian awam.


Walaupun kami paham, para polis juga adakalanya stress dan tensi dengan kerja dan kehidupan, kok ye nak mengular pun, janganlah sampai obvious sangat macam mamat kat dalam video kat bawah ni. Amender ntah pergi jaga line kuning jangan kasi orang berenti. Padahal, tempat tu hari-hari orang berenti tarapapa pun? Kat depan tempat dia jaga tu, terang-terang memerlukan pengawasan seorang pegawai trafik yang dedikasi. Dia buleh bantai kontrol bas pulak. Kelindan ke apa?


Mesej yang kita nak sampaikan di sini ialah, kalau awak dah berpakaian seragam, silalah berpikiran macam orang yang berpakaian seragam. Janganlah berpikiran macam orang awam. Ini termasuklah juga abam bomba, para guru, minah kilang dan termasuk juga pakgad-pakgad yang nasibnya masih dipinggiran. 

Semoga apa yang berlaku kepada pak polisi di negara ini, menjadi iktibar kepada adik-adik yang bercita-cita nak jadi abam polis tu, agar tukar cita-cita jadi Rosyam Noor atau Armoured Hero. Lagi popular. Nantik bila dah pencen, dengan populariti tu, boleh gak jual gelang ajaib AC. 


Akhir sekali, kami mengucapkan :



Selamat Hari Raya dan Mahap Zahir dan Batin
Segala kesulitan Amatlah Dikesali
"The feeling's mutual"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...