Thursday, March 15, 2012

KTM's new coaches

Seminggu selepas gua taruk posting yang ini, KTM telah  melancarkan deretan koc 'Made in China'nya ke landasan-landasan usang dalam sistem railway Malaysia. Walaupun dengan terlancarnya koc ini tidak mengubah apa-apa pun dalam mutu perkhidmatan sistem komuter KTM, kelibat koc-koc baru dilandasan purba tersebut berjaya juga mengalihkan fokus para pengomen tegar daripada terus memukimakkan sistem celaka ini tiap kali train stall pagi-pagi time pegi kerja.
Warna pilihan: merah, biru, kuning dan kelabu taik hanjing
Gua terlepas naik koc ni masa ia mula-mula launching. Tapi sebagai pengguna tegar laluan Sungai Gadut ke Setia Jaya, gua tak pedulik sebab gua mesti dapat merasa punya. Dan seperti yang gua harapkan, semalam gua dah naik koc baru. Takdelah gempak sangat... 

Warna kelabu tu lebih menguasai nampaknya
Yang menjadi kayu pengukur pada gua dengan terlancarnya koc baru ini ialah: adakah sistem kemuter KTM semakin baik? Dalam minggu ini saja (11-16 Mac), dilaporkan dah berlaku 3 kejadian train stall. Sekali pada Isnin (masalah kat Salak Selatan), pada Selasa (masalah kat KL Sentral) dan Rabu (masalah kat Kepong). Dan ketiga-tiga kes berlaku di antara pukul 9am ke 1030am. Gua dah malas nak menganjing part ni sebab gua tau, sistem maintenance KTM ni adalah umpama pahat. Yang berkarat. Gua nak tengok pada Jumaat ini (16 Mac) apa jadi sebab biasanya, tren kemuter mencapai kemuncak kepukimakkannya pada hari Jumaat, between 530pm ke 830pm.
Nampak macam canggih. Adakah pengguna akan menikmati mutu
udara yang lebih bersih, wangi dan sejuk dalam koc baru?
 Apa lagi yang gua nak komen pasal koc baru? Lu tengok la sendiri gambar-gambar spy-cam yang gua post. Kalau lu adalah sorang budak kampung yang terletak di kaki bukit Banjaran Titiwangsa, mungkin lu akan heran dan berbangga dengan koc-koc baru ni. Tapi sebagai seorang urbanites yang bercitarasa New York dan tapi berjiwa wali-wali, gua langsung tak heran dengan rupa koc baru ni. Apa yang terlintas dalam kepala gua masa ushar interior koc tersebut ialah: "Made in China"
Koc baru ni lebih panjang dari koc lama.
Kapasiti pada satu-satu masa ialah 1100 orang wangi atau 1000
orang yang berbau keti
 Dan bagi menunjukkan yang gua ni seorang pengomen yang bagus, gua bagitau kenapa gua langsung tak terusik dengan pelancaran koc baru ni. Sebabnya mudah: masalah dengan kemuter bukanlah kocnya atau sistem railway nya atau equipment-equipmentnya yang primitif. Masalah utamanya ialah SIKAP. Ya. The same old Malaysian shit. Yang gua perasan, selagi takde orang komplen, mereka takkan perbaiki apa kerosakan yang ada di koc atau di stesen mereka (eh? ini macam dah sama dengan kebanyakan agensi kerajaan...) Macam kes bangku dulu. Atau kes eskalator dulu. Gua tak pasti pulak sapa yang komplen pasal koc yang sampai dapat koc baru ni. Eh?
Sambungan antara koc dah takde pintu macam koc lama.

Besi pemegang pun nampak ergonomik. Bila frekuensi batang
batang besi ni dibersihkan, ye? Penyakit macam-macam sekarang ni

Sambungan antara koc yang seakan dalam LRT.

Siap ada display dalam koc untuk next station. Pengguna tegar KTM
sedar bahawa elektronik notice board macam ni tak pernahnya tepat.

Siap ada CCTV dalam koc. Adakah ini dummy atau betul-betul
ada orang memantaunya? I highly doubt it is being used.

Part ni ajer nampak peningkatan dari koc lama. Ia berkelip-
kelip menunjukkan kita kat laluan dan stesen mana.
Jangan ushar lelama nantik sawan

Siap ada TV untuk viral video propa kerajaan. Ruang iklan
pun ada kat tepi-tepi dinding koc. Setakat ni kebanyakan
ruang ni diisi dengan gambar Najib
Apapun, gua bukanlah seorang warga yang tak bersyukur atau tak reti berterimakasih. Di ruangan yang tah sapa yang pedulik ni, gua nak ambik kesempatan mengucapkan tahniah kepada siapa saja yang dapat habuan dengan terbelinya koc Made in China ni, serta gua nak persembahkan jari keramat kepada sistem perkeretapian yang paling syok sendiri dalam Asia Tenggara. Semoga terus menjadi sumber kepukimakkan kami.


Thursday, March 8, 2012

Abu, genius yang skizo

Semuanya berlaku dengan pantas. Terlalu pantas. Hinggakan kalini memang diakui, Abu kalut. Abu kalut setelah mengetahui bahawa dia adalah salah seorang dari 20 manusia dalam dunia ini yang memiliki tahap kegeniusan yang tinggi yang sepatutnya berada di paling atas dalam rantai makanan. Tetapi itu tidak berlaku. Sebab sekarang Abu sedang lapar dan dia dah habiskan sakibaki duit syiling tabung simpannya untuk datang ke KL nak ambik result test yang dipegangnya itu. Abu happy. Tapi Abu juga lapar. Abu lapar, sebenarnya.

Abu tak suka keadaan macam ni; lapar, terdesak, happy dan blank pada masa yang sama. Abu lebih suka dok rilek rilek di tepi salah sebuah pantai di Bahamas, contohnya. Hanya dok menyandar menikmati keindahan suasana damai, dengan deruan bunyi ombak yang melalaikan. Kejapkejap isap straw minum air. Kejapkejap minum air. Kejapkejapp, ahhhh. Lega benar, laa konon. Tapi tak. Abu sekarang berada dalam keadaan lapar, nak kena pikir macamana nak cari duit untuk makan, dan tambang balik semula ke rumahnya di Pedas. Dan perutnya baru saja berbunyi. Seorang budak gemuk makan burger melintas depan Abu. Abu rasa macam nak rompak ajer burger budak tu. Dia merenung budak tu sampai budak tu perasan. Budak tu sembunyikan burger dia. Abu tersedar dari halusinasinya. Budak tu lari. Peh! Lapar betul, tu...

Abu melangkah longlai di kaki lima. Dia takbleh berpikir. Pandangannya berpinarpinar. Pikirannya semak dan bising. Kalau boleh Abu nak merabaraba merangkak atas jalan tu ajer. Tapi abu tau itu takkan menyelesaikan masalahnya. Abu kena cari makanan. Untuk makanan, Abu kena cari duit. Untuk duit, Abu kenalah cari, errr....mmmm.....

Lama jugak Abu berdiri kat situ, termenung. Sibbaik brader yang jalan belakang Abu tak terlanggar Abu tadi, masa tetiba Abu berenti. Orang ushaar Abu yang kelihatan tekun memikirkan sesuatu. Abu seakan berada dalam trance. Abu nampak macam melihat sesuatu tapi anak matanya membesar dan menguncup mengikut apa yang terlintas di pikirannya. Abu fana' bak kata golongan tarekat. Daan jika Abu fana', Abu pergi mana? Just what the hell is going on?

Tetiba dalam reramai yang ushar Abu tu, ada sorang akak yang lalu, melontarkan sekeping limaposen ke arah Abu. Bijik mata Abu yang tadi statik memandang sesuatu, tetiba terpaku mengikut gerakan pada duit syiling tu yang bergolek ditepinya. Tak lama kemudian, ada lagi orang baling syiling. Kemudian ramai lagi. Kemudian ramai lagi. Ada jugak baling duit kertas. Tetiba Abu rasa cam best. Tetiba Abu rasa cam sial.

Tapi yang penting sekali ialah; Abu rasa laparrr.....

The End

Published with Blogger-droid v2.0.1

Habis laaa

''Gua dah jumpa function save draft dalam blogger droid...Habis laaaahhhhh''

MamatA: gila sloww
MamatB: kehkehkeh...

Published with Blogger-droid v2.0.1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...